KURSUS/BENGKEL PENULISAN KRITIS

Posted by Tukya Labels:


Persatuan Pengguna Pulau Pinang ingin melihat dan melahirkan para penulis yang bersifat berani, kritis, berkualiti, bertanggung jawab.

Oleh yang demikian satu kursus dan bengkel penulisan yang mencakupi bidang kritikan, rencana, drama dan sastera akan di adakan:

Pada 13 hingga 19hb Mei 2011
Tempat Di Chalet Titi Hayun, Yan Kedah*

Bagi penulis-penulis yang ingin menyertai, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP dengan kerjasama PAKSI (Seniman Paksi Rakyat Malaysia) mempelawa menyertainya.

Kursus, penginapan dan makan adalah percuma. CAP dan PAKSI akan cuba memastikan mereka yang benar-benar komitmen dalam bidang penulisan dan ingin melihat kejayaan ini dalam masa jangka panjang.

Penyertaan adalah terhad. Moderetor terdiri dari penulis yang berpengalaman. Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said adalah salah seorang pembicara.

Anda boleh SMS atau e mail dengan menyertai butir-butir lengkap kepada:*

1. Dinsman e mail dinsman_49@yahoo.com.my

SMS 0199592408

2. Azizi Hj Abdullah e mail editor_up@yahoo.com

Tel 04-8299511 sbg 239 waktu pejabat


------------------------------

* Chalet Titi Hayun hanya beberapa kilometer dari pekan Yan Kedah. Ia satu tempat peranginan yang indah, mempunyai air terjun dan rekriasi yang berpada. Anda boleh sampai ke sana. Dari pekan Yan kira-kira 8 kilometer atau anda boleh melalui Merbok, menyusuri jalan tepi laut sehingga ke pekan Yan Kecil.

Buku: ANAK BELANTARA (Edisi Baru)

Posted by Tukya Labels:


“Kau beli untuk kemusnahan. Kami pertahan untuk hidup!” demikian intikata Uloi Jau dikulit novel edisi terbaru Azizi Hj Abdullah, terbitan Ameen Books, ISBN 978-967-362-072-2.

“Buah ciku minyak kelapa
Semut berkumpul di atas lantai
Kata itu banyak makna
Maksud tersimpul payah dirungkai.” –muka surat 99


Menaiki pesawat dari KL ke Kucing, kemudian ke Marudi, menaiki bot laju merentasi Sungai Baram, panjat tebing sungai dan bermalam di rumah Omang Joi, Penghulu Kaum Kayan di belantara Uma Bawang untuk menemui Penan di tengah belantara. Demkian penulis Azizi Hj Abullah ketika memperoses novel ANAK BELANTARA ini.

Sebuah novel menyintai dan mempertahan alam sekitar. Dapatkan sekarang. RM19, harga pos RM1. Boleh didapati melalui penulis; 012 4396060 atau Ameen Books atau di kedai buku sekarang.

-Pian,Pengelola Blog.

Jakarta Melelahkan Kami

Posted by Tukya Labels:

Catatan 26hb Januari – 30 Januari 2011

JAKARTA MELELAHKAN KAMI

1. Memang lelah jika di Jakarta dan akan terjelepok jika tidak ada pemandu berkereta. Saya dengan tiga rakan sangat bertuah kepada penulis buku agama dan isu antarabangsa yang prolifik, Saudara Herry Nurdy yang sangat bersedia dengan van ala Kijangnya putar-putar sekitar Jakarta hujung Januari lalu.


Jalan Sudirman


2. Niat saya hanya ke Toko Buku Gramedia di tengah kota Jakarta sahaja tapi jadi melampau lelah dan letih apabila Jakarta yang seluas 661,52 KM dengan penduduk 8,389,444 juta dan seramai 44,283 penduduk per batu persegi, dengan kelip-kelap lampu neon dan kenderaan yang membingit setiap waktu.

3. Bukan hobi saya melawat ke tempat bersejarah atau tempat peranginan. Tetapi Herry Nurdy semacam tidak mahu menghampakan saya dan kawan-kawan. Singgah di rumahnya di Celidug Tenggerang di pinggir Jakarta, mengejutkan saja dengan buku-buku sebanyak 14 ribu lebih. Saya belum pernah ketemu di Malaysia manusia seperti Herry Nurdy ini yang katanya setiap minggu, dia akan membawa buku-bukunya dengan kereta, berputar di sekitar kampong, berhenti di padang permainan dan mengajak belia dan kanak-kanak sama-sama membaca. Kadang-kadang katanya, kami adakan lomba cerita.


Di rumah Herry Nurdy, (tengah) di Celidug Tengerang jakarta, seorang penulis buku agama, yang memiliki lebih 17 ribu buku



4. Memberi sedikit ceramah kepada guru-guru di SMA An Nisaa Bintaro Elementary School. Sangat kagum kerana sekolah swasta ini lebih baik dari sekolah pemerintah, yang diwakafkan oleh seorang tokoh korporat lagi dermawan, manakala gaji guru-guru tidak selumayan seperti di Malaysia.


Berkesempatan memberi ceramah kepada guru-guru SMA An-Nisaa Bintaro Eelementary School di Tanggerang Jakarta



Gaji mereka tidak lumayan tetapi tetap menjalankan tugas pendakwahan


5. Satu waktu solat zuhur, Herry singgah di Masjid Sunda Kelapa di tengah Jakarta. Sekali lagi kami kagum kerana inilah satu-satunya masjid yang berjaya mengIslamkan seramai 15,980 orang lebih sepanjang tahun 1993 hingga 2010. Kami diberitahu 75.03% warga Indonesia dan 24.97% warga asing.


Masjid Sunda Kelapa, Jakarta


Subhanallah! Kami teruja dengan system pengurusan, sedangkan masjid dan kawasannya tidaklah seluas mana.

6. Lain pula apabila solat Jumaat di Masjid Raya Bintaro Jaya, di mana program asuh anak yatim dan dhuafa sangat kemas dan ia ditadbirkan oleh kumpulan ilmuan. Masjidnya tidaklah besar. Jemaah Jumaat hari itu kira-kira 600 orang tetapi pengumuman kutipan sangat menakjubkan. Lebih 7 juta Rp seminggu atau kira-kira RM3 ribu.


Bersama Herry Nurdy di Masjid Raya Bintaro Jaya selepas solat Jumaat


7. Saya tidak percaya warga Jakarta dikatakan susah dan miskin. Jakarta memang tidak layak bagi mereka yang meminta. Tidak ada yang tidak bekerja. Sistem lalu lintas kenderaan lebih kepada perasaan dari peraturan. Alangkah baiknya kalau di Malaysia di buat lorong khas di bibir jalan di tengah bandar untuk laluan bas, seperti yang dilakukan di Jakarta.

8. Di setiap simpang yang macet, sedia ada beberapa anak muda yang sememangnya mencari sedikit wang poket, tetapi yang lebih penting ialah pengorbanan mereka melegakan lalu lintas yang sesak. Tidak ada polis trafik tetapi merekalah yang memain peranan menguak-nguak mana-mana kereta yang dirasanya perlu didahulukan. Anihnya tanpa diminta pemandu akan meletak secara pantas ditapak tangan. Mungkin sekadar 500 Rp atau 1000 Rp.

9. Di Bogor Istana bekas Presiden Sukarno, kawasannya sangat dingin. Di depan istana peninggalan, beribu-ribu ekur rusa memagut rumput. Satu teknik menarik pelancung.


Ribuan rusa berkeliaran di halaman Istana Bogor


10. Dua hari, pagi dan petang menghabiskan di Toko Buku Gramedia. Buku ribuan judul. Sekali lagi saya melihat tafsir al-Qur`an hampir seratus judul dari berbagai penerbit. Saya teringat JAKIM bahagian penerbitan. Saya pernah menulis dalam tebloit KHABAR betapa JAKIM perlu perhebatkan tafsiran al Qur`an dan percepatkan terjemahan dari tafsir luar. Hasrat untuk mencari buku tercapai. Di antara yang saya sangat berkenan ialah ‘EVEN ANGELS ASK: Bahkan Malaikat Pun Bertanya,’ sebuah buku yang memantapkan iman dengan berfikir kritis. Kedua ‘RUMAH SERIBU MALAIKAT,’ oleh Yuli Badawi yang disedekahkan oleh Herry Nurdy, mengesahkan satu keluarga yang membesarkan puluhan anak angkat.


Dua buku menarik


Di Lapangan Terbang bayan Lepas, Kastan bertanya, adakah buku tafsiran Qur`an apabila saya memberitahu bes saya berisi buku-buku.

Saya tidak tahu mengapa ditanya begitu. Mungkin akan dirampas. Pelik, yang kita tak mau cetak.