PAS SEMAKIN TIDAK BERPRINSIP?

Posted by Tukya

Untuk kali kedua saya menulis tentang pemimpin Pas yang semakin galak menipis maruah kepada Dr. Mahathir, saya tetap mengatakan bahawa pemimpin Pas kini semakin longgar dengan prinsip perjuangan Islam yang didukunginya..

Saya sememangnya jahil bagaimana kaedah tuntutan Islam terhadap umatnya tentang memaafkan orang yang melampaui melakukan kesalahan. Mungkin tulisan ini sangat beremosi dan fanatik. Tetapi apa yang saya nampak sekarang, apabila pemimpin Pas menunjukan tegarnya, beria-ria membuka lubang maaf kepada Dr. Mahathir, semacam Pas sendiri yang akan terkambus di dalam lubang yang digalinya.

Kerana saya sangat jahil dengan persoalan ‘kemaafan dan tidak berdendam’ di dalam Islam, maka saya ingin nyatakan, personalan saya bukan persoalan kemaafan dan tidak berdendam terhadap manusia. Tetapi persoalannya ialah terhadap manusia khusus yang bernama Dr. Mahathir, memandangkan rekod prilakunya sewaktu menjadi pemimpin negara selama 22 tahun, rasanya sejuta kemaafan ahli Pas tidak akan berbaloi dengan dosa-dosanya terhadap bangsa, negara, bahasa, budaya dan juga maruah agama.

Ini yang lebih saya persoalkan dan sepatutnya inilah yang mesti difikirkan oleh pemimpin Pas dan bukan hanya kemuslihatan politik atau cuba menunjukan sikap pemimpin Pas yang cukup Islamik..

Kejahilan saya dalam bab kemaafan dan tidak berdendam ini membuat saya diterjal persoalan; apa untungnya maruah pemimpin Pas dengan alasan mengunjungi manusia yang pernah memusuhi dan dimusuhi sekian lama itu?

Rugikah pemimpin Pas jika tidak berbaik dengan musuh nombor satunya dulu? Untungkah jika menunjukan sikap bermaaf dan tidak berdendam? Sebenarnya bukan persoalan rugi atau untung tetapi lebih kepada terdedah kepada sikap pemimpin Pas tidak berprinsip dengan musuh politiknya.

Saya juga tidak tahu, apakah politik Islam membenarkan kita bermusuh orang politik sampai menamakan perkataan-perkataan yang membolehkan tuduhan itu terbalik kepada diri sendiri, seperti taghut, firaun, menghina (sedangkan dia juga masih dalam agama yang dianggap menghina) maha zalim? Kemudian apabila musuh itu tidak ada dalam politik, lalu kita menganggap ia seperti seekur ular yang baru menyalin sarungnya?

Saya rasa, di dalam Islam, jahat dalam politik sama saja jahat di luar politik. Malah jahat dalam politik mengakibatkan bangsa, negara dan agama, malah apa saja pentadbiran, kekuasaan yang ada di dalam genggamannya (ekonomi, perundangan, raja-raja dan lain-lain) sedangkan jahat di luar politik, paling memuncak jahat seseorang itu bersifat individu yang memberi kesan tidak menyeluruh. Contohnya, perogol bersiri atau orang yang rasuah, paling banyak yang menjadi mangsanya 100 atau RM1 bilion. Tapi bagaimana kalau jahat dalam politik? Bukan saja Pas menjadi mangsa (tahun 1978 menyebabkan Kelantan merudum) sebaliknya satu negara, tergadainya maruah bangsa, hinanya agama rasmi, rosaknya kedaulatan undang-undang, terlucutnya kuasa raja dan lain-lain lagi.

Sesetengah pemimpin Pas pernah menyamakan Dr. Mahathir seperti Kamal Atathur. Sesetengah pemimpin Pas pernah menyamakan Dr.Mahathir seperti Fir`aun, Maha Zalim. Apakah apabila Dr. Mahathir menyerang mantan kerajaannya, Perdana Menterinya sekarang semua gelaran dan tuduhan itu jadi debu di atas tunggul di hembus angin Islam melalui ajaran ‘ kelebihan maaf dan kelebihan tidak berdendam?’

Kejahilan saya tidak dapat menerimanya. Dosa-dosa ini tidak dapat memadam keterbukaan saya dalam politik.

Lalu apabila ada sebahagian pemimpin Pas bertimpuh lendit, menguntum senyum, duduk semeja (kalau Dr. Mahathir mengisap rokok, nescaya sebatang rokok akan diunjukkan) manakala pemimpin lain pula secara terbuka mengatakan Islam menuntut kita bermaaf-maafan, tidak berdendam. Tidakkah kita merasa malu kepada Dr. Mahathir yang mungkin hatinya membisik: budak-budak tak Islamik ni sungguh tak malu!. Minta dijauhi Allah pula kalau-kalau Dr. Mahahtir bersikap seperti sikapnya dengan Dato’ Seri Anwar; “Saya tidak akan berlembut dengan Anwar.” (Harakah 16-31 Julai 2006 muka 13)

Kalau pemimpin Pas memberi alasan pertemuan itu pertemuan politik, maka saya rasa ia akan lebih merbahaya sebab politik Umno, mantan pemimpin Umno, spesis Umno tidak ada yang mustahil untuk melakukan sesuatu.

Pas akan menggigit jari lagi!

Apa untung? Sekali lagi saya bertanya. Untungkah kalau Dr. Mahathir masuk Pas? Untungkah pengikut Dr. Mahathir memihak kepada Pas nanti? Untungkah kita mengambil kesempatan (walaupun dinafi) menyebelahi mantan Perdana Menteri ini pada ketika anak didik dan penyokongnya dulu tidak memihak padanya?

Jawapannya, sebesar tahi kuku pun Pas tak untung. Yang untung Dr. Mahathir kerana beliau dapat melepas geram atau berjaya mengalih pandang isu terhadapnya dalam kelompok Pas, di mana Paslah merupakan parti orang Melayu terbanyak dan terbanyak pula yang mudah lupa.

Jika kehadiran beberapa pemimpin Pas di majlis syarahan dan dialog yang ucap utamanya Dr. Mahathir atas alasan jemputan badan NGO, apakah menjadi kewajipan hadir jika kad jemputan diterima? Dr. Mahathir pasti seronok kerana kelentongnya mahu didengar oleh pemimpin Pas walaupun syarahannya belum tentu diterima. Kemenangan moral sudah didapatinya.

Pemimpin Pas juga tidak membaca sejarah politik apabila memberi alasan kepimpinan Dato` Seri Abdullah Ahmad Badawi melibatkan soal-soal kedaulatan negara. Berapa lama Dato` Seri Abdullah menjadi Perdana Menteri dan berapa lama pula Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri? Alasan yang diberi itu seperti mengakui, kepimpinan Dr. Mahathir jauh lebih mesra, selamat, bermaruah dari pimpinan tiga tahun Dato` Seri Abdullah.

Adilkah kita meletak hukum perbandingan begitu. Ilmu perbandingan mestilah masa yang setara, bukan pincang. Ukuran kebencian juga mestilah dilihat dari jarak masa yang sama. Teliti ucapan Dr. Mahathir jika pemimpin Pas mahu memberi maaf. Adakah sepanjang syarahannya Dr. Mahathir lebih banyak merasa kesal kesilapannya? Adakah beliau menyesal? Tidak! Yang banyak diucapkan ialah kesahalan Perdana Menteri yang tidak menjalankan dasar lamanya?

Dalam Islam kita dituntut memberi maaf apabila seseorang yang melakukan kesalahan itu rasa menyesal, mengakui kesilapannya. Dalam Islam kita dituntut tidak berdendam kerana orang yang melakukan kesalahan terhadap kita memohon maaf kepada kita, membuat pengakuan kesalahannya.

Adakah Dr. Mahathir berbuat begitu? Jika tidak, mengapa pemimpin Pas terang-terang menyatakan kita sedia memaaf, tidak berdendam?

Demikianlah. Saya rasa luahan yang penuh dengan emosi ini tidak menjadikan pemimpin Pas salah anggap. Saya rasa cara terbaik pemimpin Pas mestilah menjauhi Dr. Mahathir tetapi meneruskan kritikan di pentas-pentas dan menunjukan sikap, Pas apa peduli dengan kritikan terhadap Dato` Seri Abdullah dan dalam masa yang sama Pas mesti membongkar lagi kemungkaran di zaman Dr. Mahathir.

-Amin.

4 comments:

  1. Zaharah

    Salam.

    Tukya, saya pun banyak yang terbuku di hati tentang pemimpin PAS sejak akhir-akhir ini. Mohon moga-moga Allah kuatkan semangat saya di suatu ketika utk menyampaikan terus kepada pihak2 pimpinan.

    Ini Email saya

    tehzaharah@gmail.com
    atau
    binti_muhammad@yahoo.co.uk

  1. tukya_azizi

    salam zaharah..

    ia sekadar 'rotan kecil'.

  1. TarakNama

    Perjuangan PAS adalah untuk membetulkan kepincangan dalam
    pemerintahan negara. PAS adalah satu entiti politik. Oleh itu musuhnya
    bukan individu yang sudah tidak lagi berkecimpung dalam politik. Lawan
    sebenar PAS adalah BARISAN NASIONAL dan UMNO sebagai tunjangnya. Pemimpin
    PAS tidak pernah menyimpan dendam terhadap mana-mana individu yang pernah
    memburukkannya dahulu. Soal untung rugi bukanlah menjadi ukuran. PAS
    duduk semeja dengan Dr Mahathir kerana beliau turut menegur kepincangan
    kerajaan pimpinan sekarang. Bukan sekadar Dr Mahathir, mana-mana individu
    sahaja yang dapat mendedahkan kepincangan yang wujud dalam kerajaan akan
    disambut dengan tangan terbuka demi melihat kerajaan sekarang dapat
    memperbetulkan kesalahannya.

    Cerita beliau pernah menjadi Perdana Menteri adalah satu cerita
    lain. PAS pernah menegur beliau pada masa itu. Kini apa faedahnya PAS
    terus memusuhi Dr Mahathir? Beliau sudah tidak ada kuasa untuk
    mengubahnya. Sudah tidak ada taring untuk meratah, sudah tidak ada kuku
    untuk mencakar. Biarlah beliau menghabiskan sisa-sisa hidupnya. Tetapi
    sebagai mantan PM tentu beliau masih layak untuk berkokok walaupun tidak
    mematuk. Setidak-tidaknya beliau turut mendedahkan kepincangan kerajaan
    masakini. Perihal kepincangannya dahulu, sudah tidak ada apa yang dapat
    beliau lakukan. Kerajaan sekaranglah yang perlu membasuh tahi yang
    ditinggalkan Dr Mahathir dahulu. Di samping membasuh tahi terdahulu, kita
    perlu memastikan juga bahawa tidak ada tompokan tahi baru oleh kerajaan
    sekarang. Hanya Pak Lah sahaja yang dapat mencuci tahi terdahulu dan
    memastikan tahi baru tidak wujud.

    PAS tidak bersama dengan Dr Mahathir. PAS cuma ingin melihat
    apakah perkara yang akan disentuh oleh bekas PM ini. Dan PAS juga ingin
    tahu apakah jawaban PM sekarang. PAS masuk campur kerana ianya membabitkan
    kepentingan negara seperti isu Jambatan bengkok, Proton, MV Agusta. Jika
    masalah dalaman UMNO yang ditimbulkan, PAS tidak akan sekali-kali
    menempatkan dirinya dalam pertelingkahan tersebut.

    Sekali lagi ditegaskan PAS tidak pernah berdendam dengan
    mana-mana individu. Sifat pemaaf tidak memerlukan seseorang itu mendesak
    orang yang melakukan kesalahannya memohon maaf di atas kesalahannya.
    Tetapi orang yang minta maaf harus menyatakan kekesalan dan kesalahannya.
    Terserahlah sama ada Dr Mahathir ingin melakukannya atau tidak. Tapi bagi
    pemimpin PAS sudah tidak ada apa lagi permusuhannya terhadap batang tubuh
    Dr Mahathir.

    Bagi krisis beliau dengan Datuk Seri Anwar, PAS tidak ada hak
    dalam hal ini. Datuk Seri Anwar ada hak untuk tidak memaafkan Dr Mahathir.
    PAS pun masih bersama-sama dengan Datuk Seri Anwar untuk memperjuangkan
    kebenaran. Untuk kebenaran PAS sedia bekerjasama dengan sesiapa sahaja.

  1. Anonymous

    [url=http://www.cgoldseller.com/serverlist13.asp?gid=31&gname=SilkRoad%20Online]warhammer gold[/url] [url=http://www.cgoldseller.com/serverlist13.asp?gid=31&gname=SilkRoad%20Online]warhammer money[/url] [url=http://www.cgoldseller.com/serverlist13.asp?gid=31&gname=SilkRoad%20Online]warhammer accounts[/url] [url=http://www.tibiacrystal.com]tibia money[/url] [url=http://www.tibiacrystal.com]tibia gold[/url] [url=http://www.tibiacrystal.com]tibia item[/url] [url=http://www.rsgold-accounts.com/accounts.htm]runescape accounts[/url] [url=http://www.rsgold-accounts.com/accounts.htm]buy runescape accounts[/url] [url=http://www.rsgold-accounts.com/index-1.htm]runescape money[/url] [url=http://www.rsgold-accounts.com/index-1.htm]runescape gold[/url] [url=http://www.rsgold-accounts.com/index-1.htm]runescape gp[/url] [url=http://www.rsgold-accounts.com/powerleveling.htm]runescape power leveling[/url] [url=http://www.rsgold-accounts.com/powerleveling.htm]runescape powerleveling[/url] [url=http://www.rsgold-accounts.com/powerleveling.htm]cheap rs2 powerleveling [/url] [url=http://www.rsgold-accounts.com/equipments.htm]runescape equipment[/url] [url=http://www.rsgold-accounts.com/equipments.htm]buy rs equipment[/url] [url=http://www.rsgold-accounts.com/runes.htm]runescape runes[/url] [url=http://www.rsgold-accounts.com/runes.htm]cheap rs2 runes[/url] [url=http://www.rsgold-accounts.com/logs.htm]runescape logs[/url] [url=http://www.rsgold-accounts.com/logs.htm]cheap rs2 logs[/url] [url=http://www.rsgold-accounts.com/othergoods.htm]runescape items[/url] [url=http://www.rsgold-accounts.com/othergoods.htm]buy runescape items[/url] [url=http://www.rsgold-accounts.com/questpoint.htm]runescape quest point[/url] [url=http://www.rsgold-accounts.com/questpoint.htm]rs2 quest point[/url] [url=http://www.rsgold-accounts.com/questpoint.htm]cheap runescape questpoint[/url] [url=http://www.rsgold-accounts.com/FAQ.htm]runescape gold[/url] [url=http://www.rsgold-accounts.com/FAQ.htm]runescape items[/url] [url=http://www.rsgold-accounts.com/FAQ.htm]runescape power leveling[/url] [url=http://www.cgoldseller.com/rs1.asp]runescape money[/url] [url=http://www.cgoldseller.com/rs1.asp]runescape gold[/url] [url=http://www.cgoldseller.com/rs1.asp]buy runescape gold[/url] [url=http://www.cgoldseller.com/rs1.asp]buy runescape money[/url] [url=http://www.cgoldseller.com/rs1.asp]runescape items[/url] [url=http://www.cgoldseller.com/rs01.asp]runescape accounts[/url] [url=http://www.cgoldseller.com/rs1.asp]runescape gp[/url] [url=http://www.rsgold-accounts.com/FAQ.htm]runescape accounts[/url] [url=http://www.rsgold-accounts.com/FAQ.htm]runescape money[/url] [url=http://www.cgoldseller.com/RunescapePowerleveling.asp]runescape power leveling[/url] [url=http://www.cgoldseller.com/RunescapePowerleveling.asp]runescape powerleveling[/url] [url=http://www.cgoldseller.com/serverlist1.asp?gid=18&gname=Tibia]tibia gold[/url] [url=http://www.cgoldseller.com/serverlist2.asp?gid=19&gname=Dofus]dofus kamas[/url] [url=http://www.cgoldseller.com/serverlist2.asp?gid=19&gname=Dofus]buy dofus kamas[/url] [url=http://www.cgoldseller.com/serverlist5.asp?gid=23&gname=World%20of%20Warcraft%20-%20USA]wow power leveling[/url] [url=http://www.cgoldseller.com/serverlist5.asp?gid=23&gname=World%20of%20Warcraft%20-%20USA]wow powerleveling[/url] [url=http://www.rsgold-accounts.com/questpoint.htm]runescape questpoint[/url] [url=http://www.rsgold-accounts.com/questpoint.htm]rs2 questpoint[/url] [url=http://www.cgoldseller.com/serverlist5.asp?gid=23&gname=World%20of%20Warcraft%20-%20USA]Warcraft PowerLeveling[/url] [url=http://www.cgoldseller.com/serverlist5.asp?gid=23&gname=World%20of%20Warcraft%20-%20USA]Warcraft Power Leveling[/url] [url=http://www.cgoldseller.com/serverlist5.asp?gid=23&gname=World%20of%20Warcraft%20-%20USA]World of Warcraft PowerLeveling[/url] [url=http://www.cgoldseller.com/serverlist5.asp?gid=23&gname=World%20of%20Warcraft%20-%20USA]World of Warcraft Power Leveling[/url] [url=http://www.cgoldseller.com/serverlist6.asp?gid=24&gname=Hellgate%20London]Hellgate money[/url] [url=http://www.cgoldseller.com/serverlist6.asp?gid=24&gname=Hellgate%20London]Hellgate gold[/url] [url=http://www.rsgold-accounts.com/logs.htm]buy runescape logs[/url] [url=http://www.rsgold-accounts.com/othergoods.htm]buy rs2 items[/url] [url=http://www.rsgold-accounts.com/othergoods.htm]cheap runescape items[/url] [url=http://www.cgoldseller.com/serverlist6.asp?gid=24&gname=Hellgate%20London]Hellgate London gold[/url] [url=http://www.cgoldseller.com/serverlist14.asp?gid=32&gname=Guild%20Wars]Guild Wars Gold[/url] [url=http://www.cgoldseller.com/serverlist14.asp?gid=32&gname=Guild%20Wars]buy Guild Wars Gold[/url] [url=http://www.rsgold-accounts.com/accounts.htm]runescape items[/url] [url=http://www.rsgold-accounts.com/accounts.htm]rs2 accounts[/url] [url=http://www.rsgold-accounts.com/equipments.htm]cheap rs2 equipments[/url] [url=http://www.rsgold-accounts.com/index-1.htm]buy runescape money[/url] [url=http://www.rsgold-accounts.com/index-1.htm]buy runescape gold[/url] [url=http://www.rsgold-accounts.com/runes.htm]buy runescape runes[/url] [url=http://www.cgoldseller.com/rs1.asp]runescape money[/url] [url=http://www.cgoldseller.com/rs1.asp]runescape gold[/url] [url=http://www.rsgold-accounts.com/powerleveling.htm]cheap rs2 powerleveling [/url] [url=http://www.cgoldseller.com/serverlist11.asp?gid=29&gname=EVE%20online]eve isk[/url] [url=http://www.cgoldseller.com/serverlist11.asp?gid=29&gname=EVE%20online]eve online isk[/url] [url=http://www.rsgold-accounts.com/powerleveling.htm]buy runescape power leveling[/url] [url=http://www.rsgold-accounts.com/powerleveling.htm]rs2 power leveling[/url] [url=http://www.tibiacrystal.com]tibia gold[/url] [url=http://www.tibiacrystal.com]tibia item[/url] [url=http://www.cgoldseller.com/rs01.asp]runescape accounts[/url] [url=http://www.cgoldseller.com/serverlist10.asp?gid=28&gname=Fiesta]Fiesta Silver[/url] [url=http://www.cgoldseller.com/serverlist10.asp?gid=28&gname=Fiesta]Fiesta Gold[/url] [url=http://www.cgoldseller.com/serverlist3.asp?gid=20&gname=Scions%20of%20Fate]Scions of Fate Gold[/url] [url=http://www.cgoldseller.com/serverlist6.asp?gid=24&gname=Hellgate%20London]Hellgate Palladium[/url] [url=http://www.cgoldseller.com/serverlist6.asp?gid=24&gname=Hellgate%20London]Hellgate London Palladium[/url] [url=http://www.cgoldseller.com/serverlist3.asp?gid=20&gname=Scions%20of%20Fate]SOF Gold[/url] [url=http://www.cgoldseller.com/serverlist4.asp?gid=22&gname=Age%20Of%20Conan]Age Of Conan Gold[/url] [url=http://www.cgoldseller.com/serverlist4.asp?gid=22&gname=Age%20Of%20Conan]AOC Gold[/url] [url=http://www.cgoldseller.com/serverlist12.asp?gid=30&gname=ArchLord]ArchLord gold[/url] [url=http://www.tibiacrystal.com]tibia money[/url] [url=http://www.tibiacrystal.com]tibia gold[/url] [url=http://www.rsgold-accounts.com/accounts.htm]runescape accounts[/url] [url=http://www.rsgold-accounts.com/index-1.htm]runescape gold[/url] [url=http://www.rsgold-accounts.com/powerleveling.htm]cheap rs2 powerleveling [/url] [url=http://www.cgoldseller.com/serverlist12.asp?gid=30&gname=ArchLord]buy ArchLord gold[/url] [url=http://www.cgoldseller.com/serverlist9.asp?gid=27&gname=Dungeons%20&%20Dragons%20Online]DDO Plat[/url] [url=http://www.cgoldseller.com/serverlist9.asp?gid=27&gname=Dungeons%20&%20Dragons%20Online]Dungeons and Dragons Online Plat[/url] [url=http://www.cgoldseller.com/serverlist8.asp?gid=26&gname=Lord%20of%20the%20Rings%20Online(US)]lotro gold[/url] [url=http://www.cgoldseller.com/serverlist7.asp?gid=25&gname=Lord%20of%20the%20Rings%20Online(EU)]lotro gold[/url] [url=http://www.cgoldseller.com/serverlist7.asp?gid=25&gname=Lord%20of%20the%20Rings%20Online(EU)]buy lotro gold[/url] [url=http://www.cgoldseller.com/serverlist8.asp?gid=26&gname=Lord%20of%20the%20Rings%20Online(US)]buy lotro gold[/url]