Aktiviti Sangeetha

Posted by Tukya Labels:

Bicara Karya Sangeetha

25 Jun 2007

2.30 hingga 4.30 petang

Hotel Seri Malaysia, Sungai Petani,Kedah.


Program anjuran bersama Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara, Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda Yan dan Angkatan Sasterawan Negeri Kedah (ASASI) diadakan untuk memperkenalkan novel terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka karya Azizi Haji Abdullah, di samping menggalakkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat serta memupuk minat masyarakat untuk berkarya.

Panel pembicara terdiri daripada Dato’ Dr. Anwar Haji Ridhwan, mantan Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka dan Prof. Madya Dr. suhaimi Abdul Aziz, Timbalan Dekan, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Tuan Haji Azizi juga akan turut memperkatakan tentang cetusan idea dalam menghasilkan novel Sangeetha.

Seramai kira-kira 150 orang peserta terdiri daripada guru-guru dan ahli ASASI serta peminat sastera di sekitar Sungai Petani dijangka akan menghadiri program ini.

Peminat sastera dijemput hadir.



Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Puan Khairiyah Ghazali, 04-5377242/ e-mel kriyah@dbp.gov.my

1 comments:

  1. faheez

    salam.......buat bekas guruku..........selamat hari raya aidilfitri.......dr bekas anak muridmu m.hizmi naim alias srk tunku abdul malik 1994/95