-Profesor Malayuwiyah.
Bukan kerana nama Umno maka tulisan ini melahirkan kebencian yang amat sangat. Tetapi atas nama bagaimana di kalangan anak muda dalam Umno yang menonjolkan diri sampaikan tercabut akar umbi jati diri dan buta sejarah, maka tulisan ini sangat beremosi, cemburu, kesal, dukacita di atas butanya sesetengah anak muda dalam Umno menilai jatidiri negaranya sendiri.
Bagaimana pun dosa esmosi, cemburu, kesal, dukacita dan menempelak pula dengan perkataan ‘buta’ rasanya tidalah seberat dosa warga negara dari kalangan anak muda yang cuba mengelirukan sejarah dan tidak ada roh kebahasaannya sendiri.
Kita tidak hairan jika ada anak muda yang tidak tahu sejarah kerana mereka tidak celupar dengan sejarah dan bahasanya sendiri. Tetapi yang menghairankan kita adanya anak muda yang tidak mengaji sejarah tanah airnya sendiri, tetapi menjadi warga setia tanah airnya, tiba-tiba menjadi celupar tentang sejarah negaranya dan menjadi tunggul reput pua terhadap bahasanya.
Dan yang lebih menghairankan lagi, anak muda ini berada dalam sebuah parti yang menggemilangkan sejarah bangsa dan tanah air, mencemerlangkan imej pejuang, memertabatkan bahasa kononnya, lalu bercakap dengan celupar tentang megahnya parti yang dianutinya dan menafikan pula sejarah.
Adakah kerana sejak kecil sehingga muda lela, anak muda julung berkeris ini tidak bersekolah dalam negaranya dan tidak membaca sejarah? Adakah kerana sejarah baginya hanyalah satu cerita dongeng, maka ia boleh diubah dan dipinda?
Tidak. Saya yang tidak mengaji tinggi ini tidak anggap begitu. Yang sebenarnya, kalau ditanya Pak Samad penjual satay Kajang pun boleh jawab. Sebabnya kerana “lebih Umno dari Umno,” fanatik habis dan kerana ingin melobi pangkat dan darjat orang-orang ini sanggup berbuat apa saja untuk ‘melakon karektar terbaik’ agar masa depan dijulang sebagai ketua atau perdana menteri.
Khairy Jamaludin sangat sesuai berada dalam kategori ini. Sebagai Naib Ketua Pemuda yang sungguh-sungguh nampak mengkondem semua sejarawan dalam Umno, menolak ilmuan dan cedekiawan dalam Umno, mengimpikan jawatan ketua pemuda yang menolak julangan keris tetapi menggantikan dengan ‘kebebalan fakta’ , ditokok pula rangsangan megah sebagai menantu seorang perdana. Alasannya mudah, kerana kebebalan tentang sejarah, maka beliau menjerkah semua pihak, termasuk Menteri Penerangan sendiri yang bersusah payah mengimbau kembali sejarah kemerdekaan melalui TV dan media.
Sayangnya tidak pula seorang Umno pun yang menyangah, pada hal soal ini soal sejarah yang setidak-tidaknya datuk nenek mereka terlibat secara langsung mahupun secara tidak langsung tentang menuntut kemerdekaan, baik sejak zaman Portugis, Jepun, British.
Menurut Berita Harian muka 5 keluaran 29 Ogos 2007, Khairy Jamaludin atas nama jawatan Naib Ketua Pemuda Umno, dipetik sebagai berkata: “ Sudah termaktub dalam sejarah bahawa kemerdekaan negara yang dicapai pada 31 Ogos adalah hasil perjuangan dan tuntutan yang dilakukan parti pemerintah.” (sila baca perkataan condong untuk difahami)
Mak Minah yang jual goreng pisang pun terkedu apabila dikatakan hasil perjuangan dan tuntutan dilakukan oleh parti pemerintah. Inilah yang dikatakan ‘lebih Umno dari Umno.’ Inilah yang dikataan ‘fanatik habis’ terhadap parti Umno. Tidak sepatutnya sebagai seorang yang cerdik pandai yang ingin jadi pemimpin tidak mengambil masa sedikit membaca sejarah, setidak-tidak pun di dalam buku sejarah Tingkatan 4 dan 5.
Di dalam sejarah, Umno adalah satu kesinambungan perjuangan dan tuntutan. Jika seorang yang berak tahi keras, ia adalah kerana bermula dengan teranan dan rengkuhan teran pada mulanya. Kepala tahi keras tidak akan terjulur begitu mudah jika tidak diteran terlebih dahulu.
RTM melalui TV1 menyiarkan Dokumenteri Khas, tentunya inisiatif Menteri Penerangannya dan tentu menteri Umno juga. Dalam Dokumenteri Menuju Kemerdekaan pada 31 Ogos jam 11.05 minit yang lalu, secara rengkas menceritakan tentang Tanah Melayu mulai 1941 hingga 1945. Diceritakan lahirnya Malayan People Anti Japanese (MPAJA) Tentunya ada lagi apa yang dikatakan API, SEBERKAS dan lain-laun yang ketika itu jantan Umno belum lagi menikah dengan betina Umno.
Tidak adakah dalam perkataan tuntutan dan perjuangan kemerdekaan itu (lihat huruf condong) seorang lelaki bernama Mat Kilau, Dato’ Bahaman, Tok Jangot dan lain-lain lagi. Tidak adakah penderhaka Melayu ketika itu melawan Portugis? Siam malah Inggeris sendiri.
Apakah bacaan sejarah Naib Pemuda Umno yang Umnonya lebih dari Umno menggap sejarah tuntutan dan perjuangan kemerdekaan itu hanya Tunku Abdul Rahman pergi ke London bersama Tan Ching Lok, Sinivasagam? Apakah kemerdekaan itu bermula hanya ketika menjulang keris?
Jika beginilah pemahaman sejarah oleh seorang Naib Ketua Pemuda, gemilanglah negara apabila beliau ditakdirkan Allah menjadi pengganti Perdana Menteri sekarang, yang kebetulan secara otokrasinya diwasiatkan oleh bapa mertua.
Sayang sekali, dalam keadaan seluruh rakyat menilai kemerdekaan, segala media cetak dan letronik, buku, forum mencungkil sehingga akar-akar saraf, mencari siapa lagi yang terlibat dalam arena menuntut kemerdekaan, mencari pahlawan dan wira, tiba-tiba muncul seorang anak muda bertanjak tanpa keris menafikan semuanya disebabkan ‘bebal’ dengan sejarah, mahu menonjok diri dan lebih Umno dari Umno.
Ketua Pemuda, Datuk Hihsamuddin mesti bertanggung jawab membetulkan celupar ini. Tapi mampukah seorang ketua terhadap naibnya? Sejarah Umno juga memberitahu, tidak pernah berlaku ketua takutkan naibnya dan jika ini berlaku, ia adalah sejarah Umno yang sama diceluparkan oleh naibnya yang lebih Umno dari Umno.
Jika sejarah tidak boleh diubah, mengapa Naib Ketua Umno mengubahnya? Yang sebenarnya, Umno telah lama mengubah sejarah, termasuk fakta yang tercatat, misalnya isu bahasa sekarang. Mengapa catatan ‘Bahasa Melayu’ tiba-tiba diubah cetak dengan ‘Bahasa Malaysia’ dalam Perlembagaan?
Kita cukup merasa kesal bagaimana Umno sejak akhir-akhir ini mengambil sikap tidak peduli apa nak jadi terhadap bangsa, bahasa, sejarah dan agama. Jika Umno mendakwa sebuah parti terunggul, pasak perjuangan demi orang Melayu, demi negara Malaysia, kepada siapa lagi rakyat mengharap jika soal-soal ketuanan dan sejarah dilembik dan dikorokan begitu saja. Ini tidak diambil kira lagi bagaimana ‘dayus’ dan ‘mati pucuk kejantanan’ Umno apabila kita meneliti tuntutan MCA, MIC yang membabitkan maruah, agama, bangsa, bahasa.
Oleh yang demikian Khairy selaku Naib Ketua Pemuda harus meminta maaf kepada aruah-aruah pejuang kemerdekaan, kepada sejarah Malaysia sendiri dan harus mengumumkan dengan sifat anak jantan bahawa kata-kata itu adalah benar kerana ‘aku ingin tunjuk lebih Umno dari Umno, demi masa depanku dalam parti Umno, untuk menjadi pemimpin Umno, untuk dapat sesuatu dalam Umno dan pedulikan dasar Umno kerana yang terbaik itu bukanlah Umno tetapi Umno adalah lubuk yang boleh ditimba.’
Jika seorang anak muda berbangsa China rakyat Malaysia dikatakan menghina lagu Negaraku, merendah-rendah daulah bendera, berseni kata yang menghasut, apakah seorang pemimpin nombor dua dalam Pergerakan Pemuda Umno tidak boleh didakwa kerana menafikan fakta negara merdeka? Ini sejarah. Bayangkan jika 500,000 pembaca Berita Harian yang separuh darinya yang tongong, pak turut, buta sejarah percaya kata-kata ini disebabkan status dan kedudukan Naib Ketua Pemuda ini, apa akan jadi tentang sejarah kemerdekaan Malaysia jika separuhnya (250,000) pula bercerita pada anak-anak mereka, katakan seorang punya 3 anak. Apa akan jadi kepada 750,000 anak bangsa 50 tahun akan datang ketika mereka menyambut 100 tahun kemerdekaan?
Yang pasti generasi ini akan menyambut kemerdekaan dengan pertunjukan bunga api tiga puluh hari tiga puluh malam, menghabiskan RM berbilion-bilion, berkomboi macam sebut kerengga di pokok mempelam kerana perjuangan dan tuntutan kemerdekaan negaranya begitu mudah, seronok dan mewah.
Demikainlah dan akhirnya kita berharap orang-orang seperti ini dikuarantin dalam pondok-pondok buruk supaya dapat menghabiskan bacaan sejarah kemerdekaan negara sehingga khatam di depan guru sejarah. Kemudian kalau masih mahu jadi lebih Umno dari Umno, serah saja pada Tuhan. Wallahu aklam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
taik keras yang depa teran pun buta juga , pasai tu ia terus terjun dalam lubang jamban . lubang ajaib naik heran pasai tu pula ia terkemut2 seolah2 kita geleng kepala.
Tukya orijinal dah mati . Tuk cai pun dah mati . UMNO bila nak mati ?
Saya sangat suka dengan perenggan terakhir Ustaz. Sehingga tergelak saya seorang-seorang ketika membacanya.
kalau anak singa buta yang baru celik,menceritakan dia pernah nampak harimau makan sayur pada suatu ketika dulu,
burung belatuk akan percaya.
anak rusa tambi
baru kembang ekor
apa dosa kami
hampa jangan tegur
maaf, baru terjumpa blog ini. terpanggil untuk respon.
'profesor malayuwiyah' itu pada saya elok ditukar menjadi 'profesor malayubassiyyah", barulah tepat.
btui ka cheq tk taw pn hngpa dh taw ka psai nma dia yng tu
Post a Comment