TV3 siaran Buletin Utamanya pada 10 Julai 2008 jam 8 malam menyiarkan satu gambar dari pengirim yang penakut namanya disiarkan. Gambar itu menunjukan Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak sedang dipayungi oleh teman-teman menuju ke satu Jet Khas Mas, di Lapangan Terbang Sultan Abdul halim, Alor Setar Kedah.
Menurut laporan itu, jet khas itu membawa seorang pembesar negeri berangkat ke luar negeri. Gambar itu tidak profesional. Kelabu dan secara curi-curi.
Tujuan disiarkan tentunya untuk rakyat menyedari betapa kerajaan Kedah yang melaung-laungkan jimat berhemat ketika perbelanjaan susut. Penonton yang melihat siaran itu diharap dapat berfikir sendiri.
Saya sendiri tertanya-tanya. Masakan kerajaan Kedah yang melaung-laung jimat cermat itu, mengenepikan slogannya? Apakah Azizan buat kelolo lagi?
Lantas saya pun menelefon pegawai khasnya.
Bukan apa, hairan juga kalau difikirkan jika ada kebenarannya, pastilah YAB Azizan Abdul Razak ini cakap tidak serupa bikin.
Pada 6 Julai 2008 jam 10 pagi saya dengan rombongan Persatuan Penulis Kedah (ASASI) telah membuat ‘Kunjung Hormat” ke pejabat beliau.
YAB Azizan seperti biasa, seperti saya sering bertemu dan berbual di majlis-majlis ceramah. Keloloh dan ‘makar kering’nya membuat orang tak kering gusi ketawa.
Dalam pertemuan lebih satu jam itu berbagai-bagai yang dibualkan. Beliau menekankan perlunya Persatuan Penulis memberi sokongan kepada kerajaan dalam mendaulatkan bahasa. Kami juga memberi pandangan, Kedah harus kembali kepada asas asal dengan nama-nama tempat yang mencerminkan keperibadian Kedah. Contohnya perkataan ALUR STAR, CHE DET MALL sendiri.
Diceritakan tetang cadangan menebang balak yang akan dilakukan tidak seperti yang digembar gembur oleh media.
Bercerita lagi tentang berhemat di mana kerajaan Kedah akan berusaha sedaya mungkin dan banyak lagi cerita-cerita yang tidak sampai kepada media, menunjukan kerajaan Kedah sudah lakukan.
Tiba-tiba, cup-cup, Azizan yang baru seratus hari lebih memegang tampuk pemerintah di Kedah, menyewa jet peribadi dalam penerbangan khas. Kenapa? Mengapa cakap tak serupa bikin ini berlaku? Sebuah jet MAS, berapa harganya? Barangkali harganya boleh menampung pakaian anak-anak sekolah di DUN Sala.
Pegawai Khas belau ketawa apabila saya bertanya dengan sinis tentang jet itu.
“Itu penerbangan khas untuk menjemput Sulntan Brunei ke Majlis Jubli Emas Tuanku pada 16 Julai ini. Biasalah tu. Perbelanjaan itu duit pemerintahan lama. Duit tu bukan duit kerajaan negeri sekarang. Tuanku yang titah sendiri MBnya. Takkan nak pakai telefon nak jemput seorang sultan.”
“Tapi belanja tu banyak.”
“Itu bukan duit kerajaan Kedah. Itu peruntukan perayaan Jubli Emas dulu.”
Saya terkedu. Jawapan ini tentu tidak saheh, tapi terjawab jika ada sangka buruk Azizan orang boros dan membazir.
Sabtu malam, 12hb Julai 2008 saya dengan seorang kawan terkam ke Batu 9, ke Komplek Pas Kedah kerana ingin menyertai sambutan hari ke 100 kerajaan Pas memerintah Kedah. Kata Azizan, berita tentang jet itu satu fitnah. Saya tersentak apabila ditegur oleh Menteri Besar itu supaya mereka yang melaporkan berita fitnah itu dapat berfikir sedikit bagaimana sara hidup keluarga hasil dari kerja-kerja fitnah itu.
Katanya dengan kelakar, dia menemani pemangku sultan untuk menjemput Sultan Brunei ke Majlis Jubli Emas pada 16 Julai. Takkan sebagai Menteri Besar kedah tak boleh menemani wakil Sultannya dan itu adalah adab.
Pagi itu hujan, dia tidak tahu petugas lapangan terbang mengambil payung dari mana, kebetulan payung berwarna kuning. Kata Azizan, apa nak persoal tentang warna. Sekarang ini orang tak ambil peduli lagi tentang warna.
Jet pula kecil, lebih sedikit besarnya dari bas kilang. Kena menyeronot kalau nak masuk. Bergoncang sepanjang penerbangan kerana hujan.
Saya rasa terkilan juga apabila membaca dan melihat berita itu kemudian dikaitkan dengan jet peribadi.
Kata Azizan, mati hidup balik dia tidak dapat merasai memiliki jet. Kenapa itu mesti ditohmah. Kini, katanya, dia hanya memiliki Mercedis berharga RM17 ribu, masakan mampu membeli jet walaupun sekarang berstatus menteri besar.
“Itu bukan haknya. Saya cuma menumpang,” katanya.
Demikianlah cerita tohmah dan fitnah ini. Apapun mungkin orang menganggap itu cakap dan tepis sepak politik. Tapi saya sangat terkesan apabila beliau berkata:
“Ingatlah, kerja-kerja fitnah ini sangat besar dosanya. Kenalah fikir, jika kita bekerja seperti ini, tak terfikirkah hasil dari gaji dan imbuhan yang kita dapat, duit ringgit itu juga kita menyara, memberi makan anak bini. Apa sudahnya?”
Saya sekali lagi terkedu. Malam itu puluhan ribu, bagaikan orang sesak di depan Mina. Saya terfikir, alangkah baiknya jika salah seorang yang mendengar penjelasan itu, jurugambar dan pemberita yang membuat laporan tersebut.
Kerana fitnah bukan perkara kecil, setidak-tidaknya dia bertanya; halalkah duit gaji kerja fitnah aku ini?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Salam tukcai,
bukankah saya dah kata dulu? Kita bagi peluang kat ustat azizan dulu. Baru 100 hari lebih tak lama mana sangat pun lagi.
oh ya sajak yang ustat minta tu ada saya buat, tapi bila dah banyak kali dengar penjelasan mb baru kita, rasa tak sampai hati nak bagi. Takut sajak yang diminta tu akan jatuh sebagai fitnah besaq juga.
Mai la jalan aswara lagi, kita pekena kopi o sambil cerita-cerita.
wan.
Betoi kata Ustaz. Umno ni tak abis-abis ngan ftnahnya.Sesama Islam pun nak dengki.La ni Mahzir Khalid dan juak-juaknya dok sibuk serang Ustaz Azizan pasai membalak di kawasan tadahan. Padahal masa dia dulu habis kawasan tadahan 'digondolnya'. Kalau tak percaya tanya Pegawai Jabatan Hutan kawasan Pedu dan sekitarnya.
Abang Azizi yang dihurmati.
Ini pantun kon (saya)untuk mereka yang pandai mencipta fitnah!
PINTAL SABUT KELAPA PERLIS,
PENGIKAT TITI DALAM TAMAN;
MULUT MENYEBUT TANGAN MENULIS,
DI AKHIRAT NANTI PENENTU HUKUMAN.
http://rp-semantan.blogspot.com
CUCU TOK KEDU
楼梯有机玻璃电焊机硬度计测厚仪北京汽车租赁防静电地板 白癜风 白癜风治疗网络地板 白癜风遮盖白癜风资讯白癜风资讯白癜风治疗有机玻璃加工数控切割机数控火焰切割机数控等离子切割机焊机健身器材点钞机特灵特灵空调保险柜白板
尖锐湿疣 尖锐湿疣治疗 生殖器疱疹 生殖器疱疹治疗
Chinese antique furniture supplier and we can supplycar wash systems. car wash systems .car wash equipment. car wash equipment. automatic car wash .automatic car wash .car washing machine. car washing machine. car wash. car wash if u need ,contact me
帕金森轻松过关名师课堂
职称考试规律总结职称考试应试技巧会计职称模拟试卷会计职称考前串讲会计职称考试答案会计职称考试试题会计职称考试报名会计职称称准考证会计职称考试时间会计从业资格考试会计职称培训初级职称培训中级职称培训初级职称报名中级职称报名初级会计会计资讯2009年会计2009年会计报名会计资格会计专业资格会计专业资格考试会计专业技术资格会计从业资格证会计从业资格试卷会计从业资格试题会计从业资格证书09年会计从业资格考试
会计专业资格会计专业资格考试会计从业资格证书会计专业技术资格会计从业资格证初级职称初级会计资格初级会计职称会计报名中级会计资格中级会计职称初级会计职称考试中级会计职称考试09年中级会计职称考试轻松过关名师课堂闫华红田明王燕会计答疑会计试题会计职称模拟试卷会计职称考前串讲会计职称历年试题会计资讯会计职称考试报名会计职称称准考证会计名师会计职称培训会计从业资格试题09年会计从业资格考试2009年会计报名2009年会计职称考试规律总结职称考试应试技巧会计职称考试答案会计职称考试试题会计职称考试时间中级职称初级职称培训初级职称报名中级职称报名中级职称培训职称考试初级会计中级会计初级会计初级中级
铜门
无机钢筋锚固料 锚固料 融达 北京融达 北京融达建业 渗透性聚合物砂浆 聚合物砂浆 高强渗透性聚合物砂浆 灌浆料 灌浆 北京灌浆料 不锈钢钢绞线 粘钢胶 植筋胶 结构胶 灌浆剂 高强无收缩灌浆料 建筑结构胶 水泥灌浆剂 加固料 碳纤维胶 碳纤维胶 灌注粘钢胶 树脂灌缝胶
疱疹治疗 疱疹的治疗 疱疹图片 病毒性疱疹 单纯疱疹 疱疹病毒 疱疹症状 男性生殖器疱疹症状 男性生殖器疱疹 什么是生殖器疱疹 生殖器疱疹的治疗 生殖器疱疹怎么治疗 生殖器疱疹如何治疗 生殖器疱疹治疗方法 生殖器疱疹怎么治 生殖器疱疹的治疗 生殖器疱疹的治疗 中药治疗生殖器疱疹 复发性生殖器疱疹 治疗生殖器疱疹的药物 治疗生殖器疱疹的特效药 生殖器疱疹治疗 尖锐湿疣症状 什么是尖锐湿疣 宫颈尖锐湿疣 阴道尖锐湿疣 男性尖锐湿疣 假性尖锐湿疣 尖锐湿疣怎么治疗 尖锐湿疣治疗方法 尖锐湿疣的治疗 中药治疗尖锐湿疣 治疗尖锐湿疣的药物 治疗尖锐湿疣的特效药 男性尖锐湿疣 尖锐湿疣复发 尖锐湿疣图片
wholesale come here .we are the best china wholesale.as a wholesaler.we supply wholesale products. our service including wholesale appareland wholesale handbags.wholesale shoes.wholesale clothing.Consumer electronics.wholesale cell phone.womens clothing Any inquiry, contact us immediately.
Post a Comment