Terima Kasih Institut Terjemahan Negara

Posted by Tukya Labels:

Hari ini 28hb Ogos 2008 terima buku berjodol Perjanjian & Dokumen Lama Malaysia 1791 - 1965, terbitan Institut Terjemahan Negara. Sangat baik Pengarah Urusannya, Sdra Mohd. Khair Ngadiron.

Ketika perjumpaan dengan Sasterawan Negara dan SEA Write Award tiga empat bulan dulu di PWTC, apabila Sdra Mohd. Khair Ngadiron beritahu, ITNM sedang berusaha membukukan perjanjian lama, saya sangat tertarik. Kalau terbit nak beli satu.


Cup, cup, hari ini dikirim secara percuma, disamping jemputan tahlil SN S.Othman Kelantan pada 29 Ogos 2008. Khabarnya telah diresmi oleh Speaker Dewan pada 28 Ogos. Maaf Ngadiron, saya tak mampu terpa secara tiba-tiba.

Ada 26 perkara, bermula dari bagaimana Persetiaan Gabenor Pulau Pinang, wakil Syarikat Inggeris dengan DYMM Baginda Yang di Pertuan Kedah 1791 hinggalah ke Akta Perlembagaan dan Malaysia 1965. Saya lebih banyak rasa meradang karenah penjajah dan mereka yang membuat perjanjian, Akta dengan pemimpin, pejuang dan Negara Malaysia sendiri.

Mahu menangis semau-mau, seperti Pak Manan di tepi rel keretapi menangis meraung-raung kerana Umno kalah di P44, 26 Ogos lalu.

Rupa-rupanya banyak di antara perjanjian tidak pun ditandatangai, misalnya penyerahan Pulau Pinang oleh Sultan Kedah kepada British.

Bagi mereka yang berminat dengan isu Batu Putih yang baru-baru ini telah diputuskan oleh Mahkamah Antarabangsa, bab 4 dan 5 memberitahu bagaimana Persetiaan antara Great Britain dengan Johor 1824 dan Perjanjian Belanda 1824.

Dilaporkan juga bahawa kedua-dua perjanjian tahun 1824 menjadi antara keterangan dalam pendengaran tuntutan bertindih Malaysia-Singapura berhubung Pulau Batu Putih.

Wauu, rupa-rupanya sejarah banyak mengajar kita. Anak muda generasi sekarang patut membacanya.

Melihat buku ini, saya teringat bagaimana watak Sawo yang saya bentuk dalam novel Tini, yang sanggup membunuh bondanya kerana ladang pusaka dimurahati kepada pihak lain.

Saya bercadang hendak membaca buku ini di pondok-pondok panas Pilihanraya P44 yang baru lalu. Bukan apa, cuma nak mengisi sepi dan sunyi sambil melihat poster yang terkoyak, bendera lesu yang tidak dipungut dan mungkin katak di tepi parit Masjid Penanti berhing-hong kerana seronok.

Saya syorkan, sesiapa saja patut membacanya untuk melihat bagaimana dulu, kini dan selamanya, bangsa dan negara yang dicatat dalam dokumen sejarah ini.

4 comments:

  1. benuasuluk

    Tukcai,
    telan ayaq lioq bila Tukcai cerita pasai buku tu. Nak kena pi cari ni.
    Pak Manan? Ba hak hak hak. kalaulah Pak manan kalah di Pokok Sena, nescaya dia keriau dalam kebun getah. haha.

  1. barajiwa

    Ustaz,

    Tahniah dan terima kasih di atas coretan ustaz. Semoga ramai rakyat jelata kita yang benar-benar yakin bahawa sejarah itu guru yang tidak boleh kita perdaya!

    Tahniah juga ITN.

    barajiwa

  1. asalbayu

    MENCONGAK MAKNA MERDEKA

    Ketika di usia kanak-kanak
    sering kutanya bapa:
    akan makna merdeka?
    Lalu jawapannya: KEBEBASAN
    Siapa kurung kita?
    kuasa asing katanya
    di bumi sendirI kita jadi kuli.

    Anak-anakku kini di usia dewasa
    kepadaku sering mereka tanya:
    benarkah kita sudah merdeka?
    Minda kita masih diperhamba
    saban ketika dusta dan nista
    angkara kebejatan arus perdana.

    Kepada mereka kuhulur nasihat:
    usah percaya jika diperdaya
    tidak wajar dikongsi kemungkaran
    agar selamat di dunia juga akhirat
    usah tumpang gerabak dosa.

    Maaf.... rela aku dicerca!
    Hingga kini masih aku mencongak
    makna merdeka setelah setengah abad
    kutempuh di terowong ini
    sinar di hujungnya masih suram.


    ABDUL HALIM YAACOB (270808)
    Pinggiran Alor Setar.
    http://asalbayu.blogspot.com

  1. Unknown

    Salam Ustaz,
    Saya sudah miliki buku ini dan rasa sesal dan marah kepada penjajah, pejuang dan pemerintah...ada part sampai 'Jika orang kita masuk kristian british akan bayar pampasan kepada keluarga tapi jika org british memeluk Islam akan ditangkap' yang sedih pejuang naning dan kerajaan setuju dgn perjanjian ini...pejuang Islamkan ini?...