Bulu Roma Seorang Model!

Posted by Tukya Labels:


Kewujudan bulu roma di muka, kaki dan kawasan lain yang tidak diingini adalah sesuatu yang mengerikan bagi seorang wanita terutamanya yang berkerjaya sebagai model. Bagi seorang model, kelihatan cantik adalah sesuatu aset yang penting bagi mereka untuk meneruskan kerjaya. Jika terdapat bulu roma di muka seperti bibir atas, dagu dan cuping mahupun di betis adalah sesuatu yang memalukan dan akan kelihatan hodoh. Oleh yang demikian mereka mengambil keputusan tekad untuk membuang bulu roma tersebut dari tubuh mereka dengan secepat mungkin.

Bulu roma boleh dibuang melalui beberapa cara iaitu sama ada mencabut, mencukur, menggunakan bahan kimia tertentu atau laser. Namun, cara-cara ini sebenarnya boleh memberikan kesan negatif sama ada jangka pendek atau jangka panjang, yang pasti memang ia akan memberikan kesan yang tidak baik pada pengamalnya.

Kaedah mencabut merupakan kaedah yang paling mudah dan paling murah. Mereka hanya perlu memiliki penyepit kecil untuk membuang dan menarik bulu roma keluar. Oleh yang demikian mendapati bahawa kaedah mencabut ini merupakan kaedah yang sering digunakan untuk membuang bulu roma.

Memang tidak dinafikan bahawa dengan mencabut, bulu roma tersebut akan mengambil masa untuk tumbuh semula kerana dengan mencabut, bulu roma akan keluar berserta dengan akarnya. Walaupun kaedah ini nampak lebih selamat namun sebenarnya ia akan memberi kesan pada kulit. Kulit akan menjadi merah dan akan berasa sakit ketika mencabutnya.

Selain mencabut, kaedah mencukur juga amat popular dalam kalangan wanita terutama para model. Hal ini kerana ia boleh membuang bulu roma dengan mudah dan cepat tanpa perlu berjumpa dengan doktor dan sebagainya. Walau bagaimanapun ia hanyalah penyelesaian sementara kerana apabila bulu roma ini terkena dengan pisau cukur, bulu roma akan tumbuh dengan lebih lebat dan kasar daripada sebelumnya. Oleh yang demikian, mereka perlu mencukur dengan lebih kerap dan hal ini secara tidak langsung akan membuang masa kerana setiap hari atau 2 hingga 3 hari perlu meluangkan masa untuk mencukur bulu roma ini semula.

Bahan kimia yang khususnya untuk menanggalkan bulu roma memang banyak terdapat di pasaran pada hari ini. Sebenarnya, dengan menggunakan bahan kimia merupakan kaedah yang paling bahaya. Hal ini kerana ia boleh memberi kesan kepada kulit seperti alergi dan sebagainya. Oleh yang demikian, jika mahu menggunakan bahan kimia, adalah perlu untuk mendapat nasihat dan arahan daripada doktor.

Seterusnya ialah dengan menggunakan kaedah laser. Kini, kaedah ini adalah amat popular bagi yang berkemampuan kerana dipercayai bahawa penanggalan bulu romanya adalah sempurna dan kekal. Namun, kaedah ini mengambil masa yang agak panjang untuk membebaskan bulu roma dengan sepenuhnya. Ia perlu membuat rawatan beberapa kali bagi membuang bulu roma secara kekal dan selamat.

Bagi seorang model kaedah ini merupakan kaedah pertama yang menjadi pilihannya walaupun terpaksa mengeluarkan wang yang banyak. Dengan menggunakan kaedah laser, model ini perlu mempunyai tahap kesabaran yang tinggi kerana ia mengambil masa yang panjang untuk menghilangkannya secara kekal dan sempurna selain melaburkan wang yang banyak berbanding kaedah lain yang menyelesaikan kadar yang segera tetapi sementara sahaja.

–Ikuti Utusan Pengguna keluaran Julai/Ogos 2009

6 comments:

  1. dilaga

    Sdr. Azizi,

    Ini yang terlintas di dalam kepala:

    1) Jangan zalim pada bulu roma!! Takut-takut nanti disumpah menjadi ular atau biawak yang tak berkulit.

    2) Apakah ada sesiapa yang mengumpul pengalaman pertama setiap manusia yang melihat bulu roma pertamanya?

    3) Bulu mata itu kategori mana, bulu roma atau bulu saja?

    4) Ulat bulu itu berbulu romakah?

    Ha..ha.. kena berhenti merepek.

  1. srikuala

    ketahuilah bahawa sesungguhnya bulu roma tu tempat laluan keluar bagi setiap nyawa manusia apabila diseret ruhnya oleh Malaikat Maut.Dan setiap rerambut di tubuh kita sentiasa berzikir kepada Al- Kholiq.

  1. SIS

    salam tn..manusia yang tidak mensyukuri nikmat yang Tuhan telah kurniakan..ada sebab musabab bagi setiap kejadian Tuhan..cuba bayangkan jika Tuhan jadikan manusia itu tanpa sebarang bulu..!!!

  1. NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE

    aduh2 pasai bulu pula ustad ni.
    apa mimpinya semalam ni?

    kan enak kalau dada berbulu ?
    Tak sapa nak cabut.

  1. Unknown

    Klu terlebih hgga ganggu jiwaraga tuu elok laa buangkn..cam rambut gak laa...potong or botakan..bulu2 len tuu blehh juga...cuma bulu kening wanita jaa tak bleh dilicinkn diganti alis hitam..cabut trimming tu no hal...

  1. Unknown

    Nakk mudah n fren buang bulu...wazzap abg n..0194176025 ada pelbagai cara n mudah n matikn akar...tu..klu yg nak jadi bersih licin lagi hgga jadi makyah..bleh wat HRT huhuu..abg n takat buang sikit n kemas tu elok laa...bagi ada keyakinan diri..n trampil....