Sebaik-baik saja Timbalan Perdana Menteri mengumumkan Sasterawan Negara ke 10 pada 11 Ogos lalu, saya terima banyak SMS dari kawan-kawan kerana bagi mereka seperti merekalah yang terawal menerima berita itu.
‘Datuk Anuar Ridwan Sasterawan Negara ke 10’ begitu satu SMS, iaitu Ridzuan Harun, pensyarah di ASWARA. Datuk Anuar juga menjadi dekan di situ.
Tapi ada seorang yang saya tak berapa kenali cuba menojah dan mencubit perasaan saya. Saya tidak tahu maksudnya untuk apa dia memprobok saya. Mungkin dia nak tahu sejauh mana penerimaan saya tentang anugerah Sasterawan negara ke 10 ini.
“Sepatutnya saudara, kalau dilihat dari segenap sudut,” smsnya.
“Eloklah tu. Datuk Anuar Ridzuan kan dah tepat. Dia datuk, orang berkelulusan,” jawab saya.
“Anugerah SN bukan itu ukurannya.”
“Semuanya sudah diukur. Panel yang menilai dan mengukurnya.”
“Tidak. Mereka tidak mengukur dengan betul.”
“Aikkk, saudara ni sapa?”
“Jangan tanya saya siapa, tapi tanya siapa saudara dengan Datuk Anuar Ridwan!”
“Pulakkk.”
“Sejak bila dia menulis dan sejak bila saudara menulis? Sudara muncul sebagai penulis pertama menerima Hadiah Sastera bahagian novel dari kerajaan (1971) kemudian lima tahun berturut-turut, kemudiannya lagi Hadiah Sastera dari kerajaan dalam bahagian cerpen. Saya baca biografi saudara, sehingga kini lebih 35 novel saudar hasilkan. Menurut Allahyarham Othman Putih, saudara menghasilkan lebih 300 cerpen, puluhan drama TV, Radio, artikel sastera.” Demikian sms kawan itu lagi.
Saya menjawab: “ Ni, tak payahlah ungkit-ungkit. Mungkin karya saya tak setanding dan hebat dengan SN kita ni.”
“Hahhh, mari kita buat ukuran. Sdra ada Senja Belum berakhir, dia belum tulis lagi. Sdra ada Seorang Tua di Kaki Gunung, dia Hari-hari Terakhir Seorang Seniman. Sdra ada Wi & Wiliam, Kawin-Kawin, Ayahanda, Harga Sebuah Maruah, Sangeetha. Sdra skrinplay terbaik, Drama TV terbaik. Ini saya senarai yang pokai-pokai di antara 35 yang pernah sdra terbit. Sdra juga penerima anugerah SEA. Write Award lebih dulu daripadanya, iaitu tahun 1988 sedangkan dia tahun 2002. Karya Datuk Anuar Ridwan berapa? Menurut catatan laporan hari pengumuman, dia hanya ada empat novel, itu pun tidak semua terbaik. Hanya ada empat antologi, itupun boleh dipertikai.”
“Tapi ada sudut lain yang saya tak ada.”
“Apa, cuba cakap.”
“Saya tak ada PhD. Saya tak banyak menulis ilmiah. Saya tak banyak kertas kerja.”
‘Bukan. Bukan kerana itu,” kata kawan saya.
“Tak apalah. Saya gembira dan itu haknya.”
“Bukan. Sebab utama saudara tak dipilih, kena tenguk siapa dia panel. Lapan puluh peratus kaki bodek kerajaan BN.”
“Hiss, tak betul tu!”
“Sebab utama, saudara orang PAS. Orang PAS tidak ada dalam pemilihan anugerah apapun. Lain kali keluar saja dari PAS. Masuk Umno, tahun depan gerenti dapat!” demikian sms terakhirnya.
Saya ketawa terbahak-bahak. Apakah saya perlu keluar dari PAS?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
11 comments:
Tuan,,,, JANGAN GADAI MARUAH DIRI KERANA NAK KAN SN,,,,,,,,,, !!!!!!
salam...
sn- sini nikmat sana nikmat
sn- sini neraka sana neraka
setiap apa yang menerpa, kembali kita kepada-Nya.
pas untuk semua!!!
wassalam.
Salam
Saya dah anggap ustaz melebihi anugerah itu....
Tapi anugerah satu penitirafan....
ibarat macam hakikat dan syariat
apapun hanya jauhari yang kenal manikam...
Ustaz dah melebihi mereka
dapat anugerah sasterawan negara pun apa guna jika bahasa sendiri terpinggir didalam arus kerakusan pemimpin umno yang berpura-pura sebagai pejuang bangsa ...
Salam'
Tidak perlu mengejar anugerah, yang aulia maruah...
Pak Azizi. Maaf kalau pandai-pandai mencelah. Saya Melihat dari jauh. Sejarah lebih tahu. Tak perlu guasarkan apa-apa.
Marsli N.O
Untuk apa Anugerah Sasterawan Negara?Kalau di tanya kepada bekas2 penerima SN, pastinya jawapan berbunyi begini..." Bukan anugerah yg kami pinta tetapi keihklasan dlm berkarya"
Ada yg berkarya utk nama.Ada juga kerana utk kekayaan.Berapa ramai menulis utk keihklasan dlm perjuangan Islam ? Berapa ramai menulis tentang sains & teknologi?Yg pasti ramai yg menulis karya menlalaikan dan menyesatkan.
### Sdr Azizi patut usulkan kpd kepimpinan PAS...buat Anugerah Sasterawan Islam sebagai mertabatkan penulis2 karya Islam.
Sdr Azizi, Pejuangan yang ikhlas dan suci lebih mulia dari anugerah duniawi. apa guna anugerah jika maruah perjuangan terpaksa digadaikan?
Dunia ini hanya sementara akhirat jua yang kekal..
3 bulan lepas seingat saya...saya cari dr internet gambar semua sasterawan negara- 9 orang ketika itu. saya cetak dalam satu muka kertas A4 dan tampalkan di kelas-
saya pun cakap dengan pelajar... kalau pintar dan banyak membaca... siapa sasterawan negara yang ke 10..
jawapan mereka macam telahan saya
Dalam hati saya sedari dulu ustazlah SN yg ke 10 itu.. walaupun tidak diumumkan sedemikian - ustaz sasteranan Negara di hati orang yang menikmati karya ustaz dulu hingga kini. harapnya dikurniakan keupayaan untuk ustaz terus berkarya. sememangnya ustaz sentiasa konsisten dalam berkarya..
Kepada sdra dalam blog ini.
Jangan ingat saya resah dan kecewa atau nak komplen. Apa yang saya tulis dalam blog adalah hasil perbualan dari seorang kawan.
Ini bukan luahan atau rasa tak puas hati saya.
Saya tak ada apa-apa.
Sila lihat jawapan saya terhadap komen SN Anuar Ridhwan dalam Malaysiakini.
azizi
tulisan tuan hebat...membenarkan kebenaran walau pahit untuk ditelan.
harap kebenaran sentiasa menjadi aspirasi tuan berkarya.
salam perjuangan
Post a Comment