Pembetulan Dan Pohon Maaf.

Posted by Tukya Labels:

Saya telah menerima banyak teguran apabila saya menulis DUNGUKAH JAIS, TERBURU-BURUKAH ASRI pada 10 November 2009, Di antara teguran yang saya terima dari Sdra Muhamad ialah teguran:

Tuan menulis "dari sudut ilmu dan ijtihad para ulama, apakah kita berpendapat Ahlussunnah Waljamaah saja yang betul, terpakai dan muktabar? Mau dilempar ke mana ilmu dan pemikiran ulama-ulama lain. Nak dihumban ke mana Hambali? Nak ditolak ke mana Hanafi dan ramai lagi pemikir, failasuf, ulama yang terdahulu yang tidak sealiran dengan Ahlussunnah Waljamaah."


Tuan Azizi (Jangan panggil saya Tuan- azizi)..Hambali,Maliki,Shafie dan hHanafi memang aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah dlm bidang fekah....teras aliran ilmu islam terbahagi 3 secara umum fekah,tauhid dan usuluddin..ketiga-tiga bidang ini dalam ASwj memang ada ulamak muktabar yang di iktiraf...maka dalam aliran fekah 4 mahzah itu adalah mazhab yg di iktiraf muktabar selaian ada lagi beberapa aliran yang di terima pakai....dalam bidang usludin dn tauhid ,masing2 ada aliran muktabar yang di iktiraf....

Sila rujuk ustaz-ustaz terdahulu utk posting ini...kesalahan terlalu basic

Wassalam

Pengakuan:
Saya berterima kasih di atas teguran anda semua. Saya akui saya tersilap. Sepatutnya ayat berhenti setakat “ ulamak-ulamak lain”. Saya memang maklum imam empat ini tergolong dalam ASWJ. Inilah yang dikata manusia yang serba lemah.
Maafkan saya.

Kesilapan ini saya harap tidak menghalang kita bermuhasabah, berpolimik dan bertukar-tukar fikiran.

Salam rendah hati: Azizi Hj Abdullah.

15 comments:

  1. Abi Qalam

    Salam Tukya,

    Terima kasih

    Buah kedondong diatas para
    Masak ranum diperam emak
    Tauhid Usuluddin Tasawwuf dinisbah nama
    Warisan RasuluLlah pada Ulama'

    Masak ranum diperam emak
    Sedap di cicah dengan kicap dan gula
    Bukan kita mendewakan ulama'
    Kita hanya ikut RasuluLlah kata

    Salam Tukya

  1. Cikgooden

    Salam TukYa:

    Kagum dgn ustaz yg merendah diri...tidak seperti 'manusia' lain yang masih bongkak tidak mengakui kesalahan diri, walaupun terang-terangan membuat salah

    Akhir Kalam...Salam Aidil Adha...

    -Cikgooden-

  1. Anonymous

    Assalamualaikum Pak Azizi,

    Ahli Sunnah wal Jamaah itu subjektif, kita kan dapat lihat secara zahirnya sahaja sebagaimana yang diterangkan oleh ulama-ulama muktabar. Sebab ada juga fiqhnya Hanafi tapi akidahnya muktazilah. Kata mazhab Syafie tapi akidahnya tah apa2 entah.

    Menafsir teks direct kepada Al-Quran dan As-Sunnah juga ada risikonya. Sebab dia memerlukan kepada kemampuan penafsiran itu, supaya sampai kepada fiqh yang sepatutnya. Sy lihat mazhab itu adalah penting. Mazhab itu instusi pemikiran yang tersusun dan sentiasa dijaga oleh ulama2 muktabar dalam mazhab.

    Sesiapa pun boleh baca teks Al-Quran dan As-Sunnah, tapi ulama2 hebat dulu pun boleh tergelincir masuk dalam firqah berbeza2 bila buat begitu. Ni kumpulan yang cuba tafsir dari 0 ni, hadapi risiko yang samalah.

    Sekadar pandangan.

    Faqir ilallah

  1. Anonymous

    Sya pohon maaf pada Pak Azizi jika teguran saya membuat Pak Aizi tidak selesa. Kesilapan tersebut tidak memcacat celekan input/nilai/mesej yg banyak memberi manfaat pada saya dan umum.

    Muhamed Abdullah

  1. JHaZKiTaRo

    Salam dari kota Dublin, Ireland. Blog hopping. Sudi2lah kiranya melawat blog hamba. :)

  1. Anonymous

    Sdra Adi Qalam, Cikgooden,Faqir, Mohamad Abdullah.
    Kenapa pula saya mesti marah dan kecil hati. Terima kasih atas teguran. Sememangnya kita kena akui jika sesuatu yang kita 'TER' salah.
    Tapi saya suka ulangi sekali lagi. Saya tidak menolak ulama, tok guru. Yang saya tekankan, jika apa-apa penentuan hukum, atau masalah atau berselisih, dahulukanlah Qur`an dan hadis, kemudian kita lihat pula huraian ulama, tok guru. Kan itu adap mencari ilmu?
    MOHD JHAZNARUL,
    Terima kasih kerana gambar anda di Dublin, sangat bagus. Beruntung sdra ke sana. jadilan ziarah itu sebagai ilmu bantu.
    -azizi abdullah

  1. budisolutions

    salam hormat Tuan Azizi,
    jemput ke Budi Bookstore untuk melayari alam buku-buku motivasi dan kemajuan kendiri.
    terima kasih.

  1. Ibnu Ahmad al-Kurauwi

    Pak Azizi,

    "Kesilapan tersebut tidak memcacat celekan input/nilai/mesej yg banyak memberi manfaat pada saya dan umum."

    Ya, isinya jelas, tidak cacat.

  1. Anonymous

    Inilah yg membuatkan saya kagum dengan Ustaz Azizi. Ustaz merendah diri mengaku kesilapan. Saya kagum dnegan ustaz. Shameel

  1. Anonymous

    Nik Aziz: Kita doa sampai pecah perut

    BELUM SEMPAT DOA SAMPAI PECAH DI PERUT SUDAH PECAH PULAK DI-MULUT YANG NIK AZIZ PERASUAH.

    MACAM MANA NAK JADI ULAMA NI TOK GURU. JANGAN-JANGAN ULAR DALAM SEMAK TAK.

    ADAKAH TUAN INGAT SEJARAH, MACAM MANA RASUL DI-PERLAKUKAN OLEH ORANG TAIF PADA MASA ITU.

    APA YANG TELAH RASUL BUAT. RASUL TELAH BER DOA AGAR MEREKA MEREKA DAN ANAK CUC MEREKA DI-BERI TAUFIK DAN HIDAYAH AGAR MEREKA NANTI KELAK AKAN BERIMAN PADA ALLAH DAN RASUL NYA.

    RASUL TAK DOA KAN BENCANA DAN LAKNAT BUAT MEREKA.

    ITU SIFAT KEPERIBADIAN YANG SUCI DAN MURNI DI-TUNJUKAN DAN DI-AJARKAN NABI.

    MASIH NAK NAFIKAN INI SEMUA WAHAI SAUDARA KU.

    BAGI SAYA TUAN GURU TOK AZIZ ORANG YANG TAK BERILMU DAN BERAKHLAK SEORANG ULAMA MALAH NIK AZIZ ADALAH PENGIKUT SYAITAN YANG DI-LAKNATKAN ALLAH.

    BERTAUBAT LAH KAMU SEMUA PENGIKUT AJARAN SESAT NIK AZIZ.

  1. camcoy

    Buat anoy 5:51PM

    Rasulullah dihina secara peribadi...maka dia tidak doakan laknat/bala buat penduduk Taif.

    TGNA bukan dihina secara peribadi,tetapi atas dasar dia Pemimpin Kerajaan Negeri yang diZALIMI UMNO/BN yang diketuai oleh YAB Najib yang ko sayangi tu.

    Jadi,memang patut doakan keburukan buat si penzalim.

    Ingatlah Islam mendahulukan KEADILAN melebihi segalanya.

    Jangan kerana seagama/sebangsa,kita sanggup tutup mata atas kelakuan ZALIM yang dilakukan.

    Hak yang dirampas (Royalti Kelantan) bukan milik Nik Aziz SEORANG!!!

    Tetapi hak SELURUH RAKYAT NEGERI KELANTAN TERMASUK BAYI-BAYI YANG SEDANG DIKANDUNGKAN OLEH IBU-IBU...JUGA MUNGKIN ANDA - JIKA ANDA JUGA ORANG KELANTAN -!!!

  1. Anonymous

    Anonymous 5.51 pm
    Sdra, saya nak betulkan sedikit tanggapan sdra, seperti kebanyakan tanggapan mereka yang menganggap Nik Aziz tak ada gunanya.
    Setahu saya, perkataan 'SAMPAI PECAH PERUT' IALAH KATA-KATA tgna KEPADA SEGOLONGAN CINA PERAK SATU KETIKA DULU, yang nak melawat kelantan, nak tunjuk tegar mereka nak minum arak.
    Oleh kerana undang-undang minum arak hanya kepada orang islam, maka kemahuan orang-orang cina yang nak tunjuk degil dulu itu, disambut oleh tuan guru dengan kata, datanglah, kalau nak minum sampai pecah perut pun boleh.
    Ini keadaan sebenar. tapi kata-kata ini dimain oleh media. sayangnya mereka yang tak mahu berfikir dan memusuhi TGNA buta tulis, membawa perkara ini kepada yang lain.
    ini satu cerminan, betapa orang melayu kita ini masih dibelenggu pemikiran mereka.
    salam saya sekadar nak beritahu.
    azizi hj abdullah

  1. Abi Qalam

    Salam,

    Pada saya, bersederhanalah dan lebih bagus jika kita mengambil sesuatu secara bersangka baik.

    Tindakan ektrem kita mengundang tindakan ektrem pula pada pihak yang lain.

    Peringatan ini juga untuk diri saya sendiri..

  1. Unknown

    louis vuitton handbag has managed the difficult feat of being both by maintaining louis vuitton replica handbags classic details, but having it re-interpreted every season by hot new creatures. The cheap louis vuitton handbags designed by Marc Jacobs shows a glimpse of its colored lining. The contemporary city bag features an adjustable strap.

  1. Unknown

    http://www.blurty.com/users/hermesbags111
    http://www.blurty.com/users/hermesbags222
    http://www.blurty.com/users/hermesbags333
    http://www.blurty.com/users/hermesbags444
    http://www.blurty.com/users/hermesbags553
    http://www.blurty.com/users/hermesbags552
    http://www.blurty.com/users/hermesbags487
    http://www.flixya.com/blog/Hermesbag1
    http://www.flixya.com/blog/Hermesbag2
    http://www.flixya.com/blog/Hermesbag3