Tentang Yakjud Makjud

Posted by Tukya Labels:


Ini hanya gambaran, bukan benda yang dicerita di bawah.


Anda sekelian, saya telah menerima satu e mail dari seorang kawan penyair di Terengganu. Mungkin anda sudah membaca dan menerima e mail seperti ini. Tapi apapun, ada baik ia dikongsi sebagai satu ilmu.

-azizi hj abdullah


Bismillahirrahmanir rahim…

WASHINGTON — Weekly World News telah mendedahkan tentang penemuan mengejutkan mengenai satu kaum primitif yang di panggil Mole People hidup 20 batu di bawah tanah, menggunakan terowong rahsia untuk memasuki United States! Penemuan ini telah dibuat bukan oleh ahli kaji purba, tetapi oleh saintis NASA yang menggali jauh ke dalam Bumi – dan mereka cuba menyembunyikan kewujudan kaum ini dari pengetahuan awam ...

Seorang pekerja NASA yang tidak mahu dikenali telah mendedahkan gambar-gambar eksklusif and informasi mengenai kaum ‘orang gua’ ini. “Cerita ini harus diberitahu,” kata sumber itu. “Ia terlalu besar untuk disorok”. Sumber itu telah mendedahkan beberapa rahsia besar mengenai Mole People. “Nampaknya mereka seperti kaum yang peramah”, beliau berkata, “Tetapi mereka amat primitif. Kami cuba berkomunikasi dengan mereka, tetapi ia satu kerja yang susah memandangkan mereka tidak tahu bahasa English”.

“Mole People, sebagaimana yang kami panggil, mempunyai laluan senang untuk ke muka Bumi (surface world)”, kata sumber itu. “Dengan demikian, President Bush mengendalikan situasi ini dengan penuh berhati-hati. “Tersilap langkah boleh mengakibatkan makhluk ini mengisytiharkan perang dengan manusia di atas. Kami tidak pasti berapa jumlah mereka ini. Kami baru melihat satu bandar setakat ini, dengan anggaran 2000 orang Mole tinggai di situ. “Tetapi ada pihak yang menyatakan bahawa mungkin berjuta-juta orang Mole tinggal merata-rata di dalam bandar-bandar bawah tanah, berselerak di bawah muka Bumi”.

Makhluk itu mempunyai beberapa persamaan dengan manusia – dan juga sedikit perbezaan. “Seperti kita, mereka berjalan dengan dua kaki, tetapi mereka jauh lebih tinggi dari manusia biasa – setinggi 8 ke 10 kaki tinggi. Jari-jari mereka seperti kuku binatang. Dan tangan mereka juga seperti kaki itik (webbed), direka untuk menggali, bukan seperti kuku mole” “Kulit mereka sangat kuat. Ia adalah untuk menahan panas yang melampau dan juga keadaan yang teruk di bawah Bumi”.

“Didapati bahawa terdapat perhubungan dan interaksi di antara manusia dengan makhluk ini suatu ketika dahulu – mereka bercakap di dalam bahasa yang hampir sama dengan dialek Navajo Lama.

Sumber itu juga menyatakan bahawa kaum Mole ini mempunyai sistem otot-otot yang sangat besar, membuatkan mereka mampu bertindak ganas. “Apabila salah seorang ahli ekspedisi itu menyalakan rokok, kaum Mole menganggap itu sebagai satu ancaman dan terus menyerang belia u”. “Mereka mencakar dan menyerang beliau seperti kucing hutan, hampir menjatuhkan beliau bersama rokoknya.. Beliau amat bertuah selamat dan hidup dari insiden itu”.

Kaum Mole amat berminat dengan dunia atas muka Bumi – pakaian, alat-alatan dan makanan terutamanya. Mereka amat meminati buah-buahan segar. “Saya belikan mereka sedikit anggur, dan mereka terus berpestadan bersukaria”, mengikut kata sumber.

“Amat jelas mereka tidak boleh menanam buah-buahan mereka sendiri memandangkan mereka tinggal 20 batu di bawah muka Bumi”. NASA amat berminat untuk mengkaji kaum Mole. “Kami mahu tahu segala-galanya mengenai mereka – apa yang mereka makan,bagaimana mereka tinggal dan yang paling mustahak, apakah perhubungan mereka dengan kaum manusia”.

“Kami tertanya-tanya jikalau mereka itu ada kaitan dengan manusia di dalam aspek-aspek yang tertentu. Adakah mereka adalah nenek moyang manusia moden hari ini secara genetiknya ?” Pakar berkata terdapat spekulasi yang pelbagai mengenai kaum Mole. “Mereka boleh jadi apa saja, dari Yetis (BigFoot), makhluk asing dari angkasa atau saki baki orang yang terselamat dari bandar Atlantis Yang Hilang.. Adakah makhluk itu musuh dan suka berperang ataupun peramah dan sanggup bekerjasaman? Dan bagaimana dengan minyak dan simpanan mineral di bawah Bumi? Siapa yang memiliki mereka: kaum Mole atau kita?

Bagaimanakah dengan NASA dimana misi asalnya adalah untuk meneroka ruang angkasa – telah menjumpai kaum yang hidup di bawah muka Bumi? Jurucakap NASA tidak menafikan mahupun mengiyakan laporan itu. Setelah menerima tekanan hebat dari warta wan , jurucakap White House menjanjikan informasi yang dibenarkan oleh White House untuk disebarkan. Tetapi beliau telah memberi amaran “mungkin tidak untuk jangkamasa yang terdekat”.

Menurut sumber itu, NASA menjumpai kaum bawah tanah itu dalam bulan Ogos ketika sedang menjalankan projek rahsia yang di beri nama Operation Mole Hole – satu inisiatif dimana warta wan sekarang percaya ia mungkin untuk mengintip China, menggunakan “teknologi bawah tanah”.

Setakat ini NASA telah menjumpai pintu laluan rahsia ke dunia bawah tanah di kawasan sekitar Washington State’s Mount Shasta, gua Mammoth di Kentucky dan juga gua-gua yang berselerak sekitar barat daya U.S mengikut kata sumber. Berkurun lamanya manusia telah bercerita tentang kewujudan makhluk di bawah muka Bumi.

Sekarang, buat pertama kalinya, spekulasi itu telah dibuktikan kesahihannya. Tetapi samada makhluk-makhluk ini kawan ataupun lawan masih tidak diketahui.

DARI SURAH AL KAHFI:

Allah menceritakan kisah lelaki itu seperti firman-Nya dalam surah itu: “Mereka akan bertanya kepadamu (Muhammad) mengenai Zulkarnain. Katakanlah: ‘Aku akan bacakan kepadamu cerita mengenainya’. Sesungguhnya Kami memberi kekuasaan kepadanya di (muka) bumi, dan Kami memberikan kepadanya jalan (untuk mencapai) segala sesuatu, maka dia pun menempuh suatu jalan.

“Hingga apabila dia sampai ke tempat terbenam matahari, dia melihat matahari terbenam di dalam laut berlumpur hitam dan dia mendapati di situ segolongan umat. Kami berkata: ‘Hai Zulkarnain, kamu boleh menyeksa atau boleh berbuat kebaikan terhadap mereka’. Berkata Zulkarnain: ‘Adapun orang yang aniaya maka kami kelak akan mengazabnya dengan azab yang tidak ada taranya’.” (ayat 83 hingga 87)

“Kemudian dia menempuh jalan (yang lain).. Hingga apabila sampai ke tempat terbit matahari (Timur) dia mendapati matahari itu menyinari segolongan umat yang Kami tidak menjadikan bagi mereka sesuatu yang melindunginya dari (cahaya) matahari itu,” (ayat 89 dan 90).

“Kemudian dia menempuh suatu jalan (yang lain lagi). Hingga apabila dia sampai antara dua gunung, dia mendapati di hadapan kedua bukit itu suatu kaum yang hampir tidak mengerti pembicaraan. Mereka berkata: ‘Hai Zulkarnain, sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj itu.

orang yang membuat kerosakan di muka bumi, maka dapatkah kami memberikan sesuatu pembayaran kepadamu, supaya kamu membuat dinding antara mereka?’.

Zulkarnain berkata: ‘Apa yang dikuasakan Tuhanku kepadaku terhadapnya adalah lebih baik, maka tolonglah aku dengan kekuatan (manusia dan alat-alat), agar aku membuatkan dinding antara kamu dan mereka, berilah aku potongan-potongan besi’.

“Hingga apabila besi itu sama rata dengan kedua (puncak) gunung itu, berkatalah Zulkarnain: ‘Tiuplah (api itu)’. Hingga apabila besi itu sudah menjadi (merah seperti) api, dia pun berkata: ‘Berilah aku tembaga (yang mendidih) agar ku tuangkan ke atas besi panas itu’.

“Maka mereka tidak bisa mendakinya dan mereka tidak bisa (pula) melubanginya. Zulkarnain berkata: ‘Ini (dinding) adalah rahmat dari Tuhanku, maka apabila sudah datang janji Tuhanku, Dia akan menjadikannya hancur luluh; dan janji Tuhanku itu adalah benar’,” (ayat 92 hingga 98).

Demikianlah secebis kisah mengenai Zulkarnain. Dalam rentetan perjalanan hidupnya, lelaki itu bertanggungjawab membina tembok bagi menghalang bangsa Yakjuj dan Makjuj mendatangkan angkara kepada manusia. Tembok binaan Zulkarnain itu hanya akan runtuh apabila dunia terlalu hampir dengan kiamat..

http://groups. yahoo.com/ group/malaysiari a/join


Misteri Yakjuj & Makjuj

Misteri: Yakjuj, Makjuj dikurung dalam tembok ajaib
Oleh Nasron Sira Rahim

DI sebalik pembinaan kota besar hasil kemajuan pembangunan dan kemodenan yang melanda hampir seluruh pelusuk dunia hari ini, masih terdapat satu kawasan rahsia di muka bumi ini yang menyimpan ribuan makhluk misteri. Sehingga kini, penerokaan demi penerokaan di seluruh kawasan bumi masih belum menemui wilayah asing itu sekali gus menyebabkan kewujudan makhluk terbabit tidak akan dikenal pasti pengkaji atau manusia umumnya.

Bagaimanapun, kewujudan makhluk itu adalah sahih dan suatu hari nanti, mereka akan muncul juga di hadapan manusia. Akan tetapi, ketika makhluk itu muncul, sudah terlambat untuk manusia berbuat apa-apa lagi. Tiada lagi kajian mengenai sejarah kewujudan atau penyelidikan sains dilakukan terhadap makhluk itu seperti penemuan artifak atau spesies baru ketika ini kerana sewaktu munculnya makhluk dikenali Yakjuj dan Makjuj itu, dunia sudah terlalu hampir dengan kiamat! Sejak dikurung ribuan tahun lalu, kewujudan dan lokasi ‘pusat tahanan’ Yakjuj dan Makjuj masih menjadi misteri kepada manusia.

Bagaimanapun, kewujudan dua makhluk itu adalah pasti lantaran ia dinyatakan dalam al-Quran serta tergolong dalam perkara ghaib yang wajib diimani manusia menerusi tanda besar berlakunya kiamat. Pensyarah Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (API-UM), Prof Madya Dr Fauzi Deraman, berkata Yakjuj dan Makjuj bukanlah berupa haiwan atau spesies lain sebaliknya ia adalah manusia yang berasal daripada keturunan Nabi Adam AS.

Katanya, mengikut hadis, bangsa Yakjuj dan Makjuj berasal daripada keturunan anak lelaki Nabi Nuh AS iaitu Yafis yang berkembang melewati masa sehinggalah Zulkarnain membina tembok bagi menghalang mereka keluar dari lokasi mereka. “Cerita mengenai sejarah Yakjuj dan Makjuj tertera dalam al-Quran menerusi surah al-Kahfi, ayat ke-92 hingga 98 manakala kebangkitan mereka dinyatakan dalam surah an-Anbiyaa’, ayat ke-96 dan 97,” katanya. Allah berfirman menerusi ayat surah al-Kahfi itu: “Kemudian dia (Zulkarnain) menempuh suatu jalan (yang lain lagi).

Hingga apabila dia sampai antara dua gunung, dia mendapati di hadapan kedua bukit itu suatu kaum yang hampir tidak mengerti pembicaraan.. “Mereka berkata: ‘Hai Zulkarnain, sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj itu orang yang membuat kerosakan di muka bumi, maka dapatkah kami memberikan sesuatu pembayaran kepadamu, supaya kamu membuat dinding antara mereka?’. “Zulkarnain berkata: ‘Apa yang dikuasakan Tuhanku kepadaku terhadapnya adalah lebih baik, maka tolonglah aku dengan kekuatan (manusia dan peralatan), agar aku membuatkan dinding antara kamu dan mereka. Berilah aku potongan-potongan besi’. “Hingga apabila besi itu sudah sama rata dengan kedua-dua (puncak) gunung itu, berkatalah Zulkarnain: ‘Tiuplah (api itu)’. Hingga apabila besi itu sudah menjadi (merah seperti) api, dia pun berkata: ‘Berilah aku tembaga (yang mendidih) agar aku tuangkan ke atas besi panas itu. “Maka mereka tidak dapat mendakinya dan mereka tidak dapat melubanginya.

Zulkarnain berkata: ‘Ini (dinding) adalah rahmat daripada Tuhanku, maka apabila sudah datang janji Tuhanku (kiamat), Dia akan menjadikannya hancur luluh dan janji Tuhanku itu adalah benar’.” Dalam ayat surah an-Anbiyaa’ pula, Allah berfirman: “Hingga apabila dibukakan (tembok) Yakjuj dan Makjuj; dan mereka turun dengan cepat dari seluruh tempat yang tinggi. Dan sudah dekatlah kedatangan janji yang benar (kaimat) maka tiba-tiba terbelalaklah mata orang kafir. (Mereka berkata): ‘Aduhai, celakalah kami, sesungguhnya kami adalah dalam kelalaian mengenai ini, bahkan kami adalah orang yang zalim’.”

Dr Fauzi berkata, selain dua surah al-Quran itu, terdapat banyak hadis kuat yang membicarakan mengenai Yakjuj dan Makjuj tetapi terdapat juga perbezaan pendapat di kalangan ulama mengenai ciri-ciri bangsa itu yang tidak diterangkan nas. “Hadis riwayat Imam Ahmad pula menerangkan ciri fizikal Yakjuj dan Makjuj yang antara lain bermuka bulat dan kulit kekuningan seperti wajah kebanyakan penduduk Asia Tengah. “Ulama juga cenderung mengatakan Yakjuj dan Makjuj berasal dan dikurung di benua Asia Tengah berdasarkan tafsiran ayat ke-90 dari surah al-Khafi yang menyebut Zulkarnain sampai ‘di tempat terbit matahari’ iaitu timur dunia,” katanya.

Pendapat lain menambah yang Yakjuj dan Makjuj berkemungkinan berasal daripada bangsa Tartar dan Mongul manakala lokasi tahanan mereka adalah kawasan pergunungan luas Caucasus. Beliau berkata, kebanyakan ulama menyatakan yang bangsa itu terus wujud sehingga kini tetapi dipisahkan daripada dunia manusia oleh Allah SWT menerusi tembok dibina Zulkarnain itu. Katanya, tugas bangsa itu setiap hari sejak ribuan tahun lalu adalah mengorek tembok itu untuk tembus ke dunia manusia tetapi Allah masih menghalang mereka dengan kembali meneguhkan benteng berkenaan sehinggalah hampirnya hari kiamat. “Allah akan mengizinkan tembok itu runtuh dan Yakjuj dan Makjuj bebas ke dunia manusia apabila hampirnya kiamat dan peristiwa itu menjadi satu daripada 10 tanda besar kiamat,” katanya. Yakjuj dan Makjuj juga muncul selepas kematian Dajal yang dibunuh Nabi Isa AS dan bangsa itu akan mendatangkan kerosakan besar di muka bumi.

Kekuatan mereka dikatakan luar biasa dan terlalu hebat sehingga tiada sesiapa yang mampu menewaskan kumpulan itu. “Nabi Isa AS memerintahkan manusia yang masih beriman berlindung di pergunungan bagi mengelak menjadi mangsa Yakjuj dan Makjuj; baginda kemudian berdoa kepada Allah SWT dan Allah membinasakan mereka dengan mengutuskan ulat yang menyerang belakang badan golongan itu sehingga mati. “Selepas bangsa Yakjuj dan Makjuj mati serta menjadi busuk, Allah mengutuskan seekor burung besar untuk mengangkut dan membersihkan mayat itu dari bumi,” katanya.

Menyoroti dalil kewujudan Yakjuj dan Makjuj, manusia seharusnya yakin mempertahankan akidah Islam dan tidak bertangguh memohon keampunan dan keredaan Allah kerana mereka yang masih lalai adalah golongan yang diterangkan dalam surah an-Anbiyaa’ di atas seperti firman-Nya: “(Mereka berkata): ‘Aduhai, celakalah kami, sesungguhnya kami adalah dalam kelalaian mengenai ini, bahkan kami adalah orang yang zalim’.” FAKTA Yakjuj dan Makjuj Ketika kemunculannya, mereka dikatakan akan menuju ke sebuah tasik di Palestin dan akan minum air tasik itu sehingga kering. Memiliki zuriat yang ramai dan dikatakan tidak akan mati sehingga melahirkan lebih 1,000 zuriat.

Tiada siapa mampu menewaskan mereka dan hanya binasa dengan kekuasaan Allah. Muncul selepas turunnya Nabi Isa AS dan Dajal. Dalam sebuah hadis, Rasulullah menyatakan kebimbangannya apabila pada zaman baginda, Yakjuj dan Makjuj dikatakan sudah berjaya menebuk benteng Zulkarnain sebesar bulatan dibentuk ibu jari dan jari telunjuk.

Apa pandangan atau pendapat anda tentang peristiwa di atas ?

25 comments:

  1. Abi Qalam

    Salam Tukya..

    Semoga Allah lindungi kita dari Ya'jut dan Ma'jud.. Harapnya ya'jut dan ma'jut dalam hati kita ni terkikis dengan zikruLlah..

    Amin

  1. MC_Shaharul

    masyaallah bnrkah cerita ini,kita smakin hampir dgn hari pembalasan Allah,ya Allah ampunkanlah dosa hamba mu ini..

  1. zeqzeq

    logik juga ketahanan AIS yang tebal, dibawah ais tedapat besi yang kukuh, kita tunggu air mencecah mana-mana gunung..dari lubang gunung air boleh menaikkan bahan2 yang berada dibawahnya..bila penuh..terapung..

  1. Naim

    Subhanallah!
    Hanya dia yang tahu hakikat kebenarannya.
    Pun begitu kita percaya kewujudan Yakjuj dan Makjuj itu pasti akan tiba juga. Cuma masa, bentuk, dan wajah mereka belum dapat dipastikan...
    Mungkin juga penemuan ini sebahagian daripada kebenaran firman-NYA.
    Wallahu 'alam.

    @naimisa

  1. mxypltk

    Salam,

    Pasal Yakjuj Wa Makjuj ni ada dalam Quran, tidak boleh dinafikan.

    Tapi bila Tukya tunjuk gambar dan berita ni, kena sangsi sikit, kerana belum pasti ada kebenaran dan kaitannya yang langsung dengan Yakjuj Wa Makjuj.

    Lagi satu, Mole man ni asalnya cerita Hollywood, Superman pun pernah lawan makhluk fiksyen ni. Google perkataan ni "Superman and the Mole-Men" ...

  1. abghalim

    salam Ustaz

    saya baca cerita bi di papan kenyataan Masjid Seberang jaya setahun yang lepas...

  1. shera

    kenyataan ni dah berulang kali saya baca...pada saya.memang x meragukan...petanda kita dah hampir dgn akhir zaman...pelikny6a kenapa us xnak dedahkan penemuan mereka?adalah kerana mereka takut mengakui bahawa al-quran itu adalah benar?

  1. abey

    salam...
    saya ade terbaca artikel tentang yakjuj makjuj ni. apa yang saya faham yakjuj makjuj adalah dari kaum adam...maknanya manusia macam kita. dikatakan juga yakjuj makjuj itu adalah bangsa eropah/christian (Nasrani) yg bila mereka kuar mereka akan menjajah manusia. kadang saya terfikir yg sume cerita tentang yakjuj makjuj tu adalah sekadar kiasan..sebaliknya yakjuj makjuj itu adalah ideologi christian yg banyak menyesatkan umat Islam. kita boleh lihat sendiri bagaimana media diorg, budaya diorg telah mempengaruhi pemikiran kita di dunia Islam.

    Berita yg NASA keluarkan itu saya terfikir juga ia adalah sekadar
    untuk kita terfikir yg yakjuj makjuj n dajjal itu adalah makhluk yg menyerupai kebengisan. tetapi sebaliknya tidak. Mungkinkah itu untuk mengelirukan kita supaya kita tidak terfikir bangsa mereka lah bangsa yakjuj mkjuj n dajjal sebenarnya...merekalah yg menjajah kita dengan zaman moden ini. siapa kuasai dunia? mereka juga. tapi yg pasti Islam akan bangkit dan sedang bangkit untuk menghancurkan mereka...


    Wallahua'lam...

  1. roby

    memang bener.......
    kita semakin dekat dengan hari kiamat....
    kita juga harus waspada.

  1. epal hitam untuk blanka

    Hurm.. baru saya tau perbezaan antara dajjal dan yakjud makjud. Yang pasti Mereka menyerupai manusia yang di kurung tembok besar.. Antara kuasa yang kita dapat lihat atas bumi ini.. Kuasa kejahatan dan kuasa kebaikan.. Evil spirit sedang menguasai dunia. siapakah mereka? mereka adalah kaum yang menyembah kepada dajal dan lucifier(iblis).. yang bertugas memesongkn Manusia agar mengejar duniawi dan kemewahan.. Orang2 yg dimaksudkn.. ialah.. ada dalam Pemerintah2 yang berkuasa hari ini.. Mereka(perosak) menyebarkan virus(kerosakan) sekecil2 zarah untuk merosakkan cakra2 yang ada diri manusia agar jiwa kita rosak.. Berkaitan Yakjud makjud.. Mereka akan keluar akan SELEPAS KEKALAHAN DAJJAL.. So, cari la kebenaran dan sebarkanlah.. saya akan berkongsikan kepada anda.. tentang kebenaran ini.. bermulalah dengan video ini.. satu kedatangan.

    http://www.youtube.com/watch?v=vXFZOn5qL60

    anda faham.. dan sebarkanlah..

  1. faizun00123

    wahai rakan jgn cuba mempercayai fakta yang dikeluarkan poleh nasa dan artikel daripada sumber sebelum mengetahui fakta yang sebenar, mungkin ini hanya mainan kaum yahudi ataupun orang tertentu..... mcm tidak logik tentang cerita kaum mole... hayati cerita ini dan teliti btl2 dan bandingan kan dengan ayat al-quran ttg cerita ini....

  1. "Ibnu Mohamad"

    Fikirkanlah sebenarnya Yakjuj dan Makjuj sudah keluar pun. Cuba selidik ciri-ciri yang ada pada Yakjuj dan Makjuj ini sama dengan ciri-ciri yang ada pada bangsa Yahudi Dan Nasrani. Cuma org-org Yahudi & Nasrani ni bijak dan sering mengkaji al-Quran sebab itu mereka sering mengubah cerita itu dengan pelbagai cara bagi mengelak dari Orang Islam mengetahui cerita yang sebenarnya. Carilah ciri-ciri Yakjuj dan Makjuj tu dan bandingkanlah dengan Yahudi Dan Nasrani pasti anda menjumpainya.

  1. Anonymous

    Lapangkan dada, sesungguhnya setelah kesulitan pasti ada kemudahan.(Q.S.: Alam nasrah 5 dan 6)

  1. Anonymous

    Salam Ustaz,

    Saya telah melalui kasyaf dengan memohon kepada Allah SWT, alhamdulilah. Ianya jelas mahluk Yakjuj Makjuj bukan jin bukan manusia, ia adalah mahluk ciptaan Allah yang tersendiri. Masih terkurung dialam gaib disebalik tembok besi yang di buat oleh Zulkranain. mereka tidak tinggi hanya sebaya budak umur lapan tahun/10 tahun. paras rupa 3 segi, mata agak besar tapi meroyot kebawah. hidung tak jelas. mulut kecil. telinganya panjang kebawa separas dagunya. tangannya agak panjang sampai kelulut. Jari jemarinya bagai pencakar.tidak berbulu atau berambut.Tidak berpakaian. Mereka terlalu ramai dan bersesak-sesak dan bagaikan tidak casar untuk melepasi diri dari tembok yang menghalang. Mereka kini dikurungan tembok yang terletak diantara 2 buah negara. Dan tidak mungkin terlihat oleh mata kasar manusia.Allahwualam.

  1. Anonymous

    Kita orang Islam suka mengkaji benda-benda yan pelik tapi yang nyata jauh ketinggalan.

  1. deen

    janji tuhan itu pasti akan berlaku..
    marilah kita bertaubat..kerana kita tidak akan selamat jika bukan dari kasih sayang tuhan..zaman dajjal lagi kita mungkin dikalangan org yg menentang tuhan...berdoalah moga kita tidak menempuh zaman itu.. ya Allah tetapkan hatiku moga ia sentiasa dalam kebenaran...

  1. daudakpe

    MENAKUTKAN....DOA TAUBAT PADA allah swt INGIN SEKALI AKU LAKUKAN DEMI DOSA SILAMKU...BILA AKU BACA ARTIKEL NI DAN TENGOKLAH DUNIA SEKARANG allha swt SAJA YANG TAHU AKAN KEBENARANNYA...

  1. Anonymous

    salam
    pihak yahudi sngt bijak untuk menysongkan kita....pada pndpt saya pihak nasa@yahudi ingin menglirukan umat islam...dgn mgatakan kmgkinan mrk ramah...sbnarnya mrk ingin kita anggp ape yg dprkatakn didalam Al-Quran adalah fake,secara tidak lngsung kita blh nmpak mmg bnar la kaum yahudi adlh musuh kpd umat islam dan mrk adlah kwn yakjud dam makjud....dan jika ape yg dprkatankn olh nasa,ia lg menguatkn lagi pndpt saye bhw org yahudi ingn brkwn dngn yakjud dan makjud untuk bersama sama mnjatuhkandan menyesatkn,umat islam wallahualm....harap kita sentiasa dlm mood brtaubat ...dan jauh drp kpalsuan yang menyesatkn..amin..

  1. Anonymous

    salam....

    yakjud & makjud adalah jenis bangsa manusia yang lalai dari mengerjakan suruhan ilahi, mereka kata mereka beriman kepada Allah swt, tetapi mereka tidak melaksanakan sembahyang seperti mana disuruh oleh Nabi Muhammad saw.. mereka bukanlah dari jenis sebangsa dengan manusia, tetapi mereka semua adalah jin yang berupa manusia yang menyembah syaitan... yakni menurut amalan syaitan yang tidak sujud ketika disuruh sujud..

    wallahuallam.....

  1. baha uddin

    BISMILLAH
    YAKJUD MAKJUD TIDAK AKAN KELUAR SELAGI ADANYA AZAN DIDUNIA INI,DIA AKAN KELUAR PADA PERANG DUNIA KE3 (AMARGEDON)SEWAKTU PERANG ITU TIADA SESIAPA PUN YANG AKAN AZAN

  1. hariyanto

    asslmualaikum.
    maaf semua nya, jgn terlalu percaya denggan pemberitahan ini terlalu jauh. karena yang tau semua nya dari isi dan seluru alam dunia dan akhirat hanya allah swt. kita hanya bisa berdoa dan memperbaiki amalan kita selama ini. tpi bukan krna pemberitaan ini kita berbondong-bondong melakukan kebaikan. berbuat baik lah untuk mendapat ridho allah swt. bukan krna pemberitahan yg gak pasti

  1. Anonymous

    aq pelik dgn manusia yg berlagak melalui kasyaf yg mengaku sifat yakjud dan makjud berkuku tajam,bermata bulat,tinggi 8-10 kaki..knpa x rujuk kitab kuning,quran dan hadis nabi????knpa membawa agenda kepercayaan crta2 ISRAILIYAT???rujuklh kitab syiekh abdul fatah salah al-khalidi yg menyebut dan menyenaraikan crta2 israiliyat..wallahualam

  1. Anonymous

    Asalammualaikum. Setelah baca artikel ini dan baca comment semua saya serasa faham dengan yakjuj dan makjuj ini. Serasa mengerti dan Ada di sekeliling Manusia sehari hari. Tapi susah menjelaskannya dan menggambarkan nya. Apa kalian semua merasakannya? Atau hanya firasat saya saja yang berlebihan menanggapi ini ?
    Terbantahkan firasat saya ni dengan kebenaran Al-quran yang menyebutkan tentang zulkarnain di atas tadi
    Disebutkan "orang" dan di sebutkan lagi "kaum perosak" , "tembok", "dinding". "Tak dapat di daki n tak dapat di lubangi"
    Coba. Susun kata" dalam kurung!!
    Masih ingat pelajan di sekolah dasar?
    Yang di dalam kurung adalah yang paling penting!!
    Mungkin biar lebih yakin tengok tafsir quran, nah di situ lebih jelas!!

    Kalaupun apa yang saya beritahu ini bukan untuk maksud menyesatkan, tapi saya orangnya emang suka meneliti
    Bukankah ini ilmu pengetahuan juga, dan Allah senang dgn umat yang suka mencari ilmu (dari tak tau menjadi tau)


    Wallahualam

  1. zainudin jani

    KATA DAJJAL, DIBAITKAN IMAM MAHADI dan DITURUNKAN SEMULA ISA AL MASEH AS tidak disebut dalam Al Quran...kecuali dalam Hadis. Manakla Yakjud Makjud dan Dab Bad Al Ard jelas disebut dalam Ak Quran. Kesimpulannya SIAPA YANG HARUS DITUNGGU berita dari Al Quran atau dari Hadis?

  1. tanya khidir

    Tanya Nabi Allah Khidir. Baginda Khidir sahabat Zulkarnaen, seorang yang LADUNI mengetahui apa yang telah dan belum berlaku.

    Tanya jugak hal ehwal yang bersangkutan dengan 2 Nabi Allah yang diangkat ke suatu tempat tertinggi yang hanya Allah tahu di mana iaitu Nabi Idris AS dan Isa Al Maseh AS.

    Paling akhir cuba tanya Khidir tentang Nabi Allah Elyasa AS yg sentiasa berzikir di taman taman dan kenapa dia iaitu baginda Khidir tidak diwafatkan serta diangkat sebagai penguasa lautan dan daratan.

    Nasihat saya mereka yang menganggap diri mereka khasyaf, wali, lkhwan Rasulallah SAW, ulamak dsb adalah mereka yang dikenal, bukan mengenal...belum tentu tafsiran mereka benar, kecuali mereka kenal dan boleh berkomunikasi dengan Nabi Allah Khidir dan Elyasa AS. Dan apabila mereka dapat tahu kebenaran itu maka dengan sendirinya mereka TIDAK KENAL DIRI MEREKA SIAPA dan ORANG RAMAI HANYA KENAL ORANG ITU SEBAGAI ORANG BIASA.