Siapa Mahu Ikut Salman Al Farisi?

Posted by Tukya Labels:



Ketika menyelak-nyelak buku sejarah untuk menulis sebuah buku tentang 10 mereka yang berani mati, terdapat kisah seorang sahabat Rasulullah yang sebelum ini saya tidak temui. Mungkin anda sudah membacanya tapi saya, inilah baru pertama kali menemui secebis kisah ini walaupun Salman Al Farisi seorang arkitek yang masyhur dalam peperangan Khandak.


1.
Ketika beliau bertuga sebagai Amir di kota Madain, ia telah menolak untuk menerima gaji walaupun satu dirham. Ia tetap membiayai hidupnya dan keluagranya dari hasil menganyam dan merajut daun-daun kurma yang dibuat bakul kemudian dijualnya. Pakaiannya tidak lebih sehelai baju luar.

Sekarang: dengar khabar ada pemimpin yang membuang sehelai baju setiap hari, kasut tumit tinggi sahaja hampir selori, membeli belah pakai van dan cerut sebatang RM250.


2.
Satu hari ketika sedang berjalan di sebatang jalan, dia didatangi seorang lalaki dari Syiria menanggung sebakul buah tin dan kurma dalam keadaan sukar dan lelah. Lelaki itu tidak mengenali Salman, lalu meminta Salman turut membawa bakul buah itu bersama ke tempat yang dituju.

Salman dengan rela hati melakukanya.

Dalam perjalanan itu, laki bersama Salman yang merengkuh membawa buah-buah itu bertembung dengan satu rombongan. Salman memberi salam. Rupanya rombongan itu mengenali Salman sebagai Amir.

Maka guguplah lelaki yang meminta Salman membawa buah-buahnya. Lalu lelaki itu pun meminta maaf dan meminta semula bakul-bakul yang dibawa oleh Salman.

Salman segera menjawab: “ Tidak, biar aku aku hantar sampai ke rumahmu.”

Sekarang: Era jangan bekerja untuk saya tapi bekerjalah bersama-sama saya, sudah berlalu dan 1Malaysia sedang digauli. Siapa sudi membawa ikon Salman Al-Farisi?


3.
Satu ketika Salman pernah ditanya orang, kenapa dia tidak menyukai jawatan Amir? Salmam menjawab: “ Kerana sangat manis ketika menjawatnya tetapi sukar hendak melepaskannya.”

Sekarang: Jawatan yang disandang sudah jadi macam pelepah pisang tua.


4.
Ketika hendak mendirikan sebuah rumah dari lebihan bangunan, Salman bertanya kepada tukang rumahnya: “ Bagaimana bentuk yang kamu hendak dirikan rumah ini?”

Tukang rumah itu sememangnya tahu Salman orang yang sederhana dan bukan dari orang yang suka bermewah-mewah, lalu dikatakan kepada Salman: “ Janganlah tuan bimbang, rumah yang akan saya lakukan ini, hanya untuk berteduh ketika panas dan berlindung ketika hujan. Jika tuan berdiri, kepala tuan akan menyentuhi langit bumbung dan jika tuan berbaring, kaki tuan akan terhantuk kepada dinding.”

Dengan selamba Salman berkata: “ Betul tu, begitulah yang saya mahu.”

Sekarang: Tertanya-tanya oleh sesiapa pun, berapa juta rumah mantan-mantan, berapa juta ladang kuda, berapa juta lagi di Prisent-prisent dan berapa juta lagi rumah anu-anu?


5.
Di saat firasatnya mengetahui bahawa ia akan dijemput Allah ke alam baqa, Salman tidak mempunyai apa-apa yang berharga, kecuali satu. Ketika menjelang nazak, Salman meminta isterinya mengambil sebungkus kasturi yang sangat dihargainya. Meminta isterinya mengambil secangkir air lalu dibancuhnya dengan tangannya. “Perciklah air ini di sekelilingku. Sekarang sudah hadir makhluk Allah (malaikat) yang tidak gemar makan tetapi gemar wangi-wangian.

Tutuplah pintu rumah dan keluarlah,” katanya kepada isterinya lagi.

Setelah beberapa ketika, isterinya pun masuk semula ke dalam rumah, alangkah pilunya apabila mendapati Salman sudah wafat.

Rupa-rupanya ketika isterinya di luar, rohnya sudah terbang melayah ke alam yang tinggi, terbang dengan sayap kerinduan, menemui janjinya.

Sekarang: Akan bertanya orang yang sedang nazak, saham aku macam mana, syarikat kita apa jadi? Dan akhirnya setelah meninggal, anak isteri bercakaran, samam menyaman kerana pembahagian harta tak memuaskan.

Demikian adanya.

17 comments:

  1. EizaL

    Salam...saya amat meminati ketokohan salman farisi..pejuang islam unggul...

  1. Abi Qalam

    Salam Tukya,

    Kan baguih kalau kita boleh beriktibar dengan cerita ni.. kalau nak kaitkan dengan orang memang boleh sangat.. tapi yang paling susahnya membawa kisah ni untuk menginsafi diri kita sendiri.. ni yang paling susah ni..

  1. mie3425

    Salam Tukya,

    Terima kasih di atas artikel yang ini semoga ilmu yang saya dapat pelajari ini akan menjadi iktibar.

  1. Zolkharnain Abidin

    Blog bongkarsauh telah berpindah ke alamat baru seperti berikut:

    http://sauhdibongkar.blogspot.com/

    Pohon update link tuan. Terima kasih.

  1. dilaga

    Sdr Azizi,

    i)

    Kisahnya sangat bagus untuk manusia, ya, kita yang semuanya manusia. Kisah seperti ini adalah vitamin motivasi iman.

    ii)

    Salman ini bolehkah kita ibaratkan macam orang bukan Melayulah Mekah waktu itu, bukankah begitu sdr? Untung juga Nabi tak sebut bahawa Si Salman ini bukanlah dari spesiesku, Arab Quraish.

    iii)

    Jangan lupa masih ada yang (honar agama, buta agama dll?) yang menyebut begini:

    Ah, itu budaya Arab. Itu dulu. Mereka berpurdah kerana debu, mereka boleh berpoligami kerana itu budaya Arab.

    Dulu bolehlah hanya ada unta dan kuda, sekarang lain. Orang sekarang sangat maju...lagi dan lagi.

    iv)

    Eloklah kita terus berjuang supaya subjek yang namanya akidah dan segala yang berkaitan dengannya dimantapkan untuk anak cucu kita.

    v)

    Bayangkan di antara kerja Pikun selama berkuasa ialah mahu mencipta sekelompok jutawan Melayu dan memastikan harta negara sekurang-kurangnya 30% dimiliki orang-orang Melayu. Perihal 99 peratus Melayu dan bukan Melayu lain yang melarat...makan pun kadang-kadang miss...Lantaklah!

    Puak-puak ini elok selalu diceritakan/tarbiah dengan kisah-kisah begini.

    Akhir sekali, sekadar bertanya: Masih adakah tempias-tempias spesies seperti Salman ini di negara kita?


    Wallahuaklam.

  1. Anonymous

    Sdra Dilaga,
    Berlambak,berlori,berkontena.
    Misalnya RM2 juta. Bukan 2 juta soalnya tetapi macam mana boleh ada 2 juta.
    Melukut dalam PKR yang bersipongang tu, tak mau ambil iktibarkah?
    azizi

  1. me,myself n all around da world

    Salman Al-Farisi,

    Waktu mudanya dihabiskan untuk mencari kebenaran dalam beragama malah adakalanya sanggup menjadi hamba sehingga bertemu dengan Rasul saw.

  1. Anonymous

    Salman Al Farisi adalah sangat sederhana. Di Malaysia ni adakah tokoh yang hampir-hampir menyamai beliau? Tak ada rasanya. Yang ada nak tambah harta adalah! Selain itu ada juga yang nak tambah bini! Dengarnya PM juga ada tambah bini di Acheh. Tak pasti pula berita ni benar. Kalau benarlah tentu Rosmah usahakan supaya bom C4 dibawa ke sana untuk bunuh madunya tu seperti yang berlaku ke atas Altantuya.

  1. dilaga

    Tuan Anonymous 9.47,

    Tuan, bukan main lagi, cukup terkini. Sampai cerita bini muda dekat Aceh pun sudah tahu. Tak baiklah bawa-bawa mulut apatah lagi dengan kisah-kisah C4. Ini yang C4, C4 ini apa bendanya? Formula kimia organan yang kita belajar dkt sekolahkah?

    Atau itu grednya dalam SPM, credit empat?

    Itulah beg besar yang bernama: Satu Malaysia!!

  1. Abi Qalam

    Salam,

    Haa.. itulah.. sejarah dan sirah utamanya untuk kita muhasabah diri, ambik iktibar dan zahirkan melalui akhlaq.. nak menyedarkan orang pun boleh juga.. cuma jangan dok peleceh kuman kat seberang sampai tak nampak setan dok berak kencing dalam hati dan kepala sendiri..

  1. Naim

    salman al-Farisi menternak sekumpulan kambing. Apabila Qabilah dari Makkah melalui tempatnya, dia memohon untuk mengkuti rombongan perniagaan Quraisy itu. Syaratnya, dia perlu memberi ternakannya. Maka dia memberi kesemua haiwan ternakan itu. Dalam perjalanan, dia dijual dan terpaksa menjadi abdi kepada seorang Yahudi di Yathrib (Madinah). Sehinggaah apabila nabi berhijrah ke Madinah, dia dibantu oleh umat Islam dan akhirnya dimerdekakan.

    (dicatat dalam buku Sahabat-sahabat Terhebat)
    -----
    hebatnya beliau....

    @naimisa

  1. perfectwater75

    Slm Tukya,

    Confirm UMNO tak suka sebab bukan melayu ini orang.... hehehe!

  1. Unknown

    Tukya
    Kisah ni memang tak pertnah dengar .Mungkin sebab kurang membaca. Apapun sebuah kisah yang baik dan begitu menyentuh naluri paara pejuang.Adake lagi zaman 1 Malaysia pemimpin yang berjiwa Salman?

  1. Anonymous

    klau ketua menteri penang tau mesti dia nak jd camni .... ye ke?hahhahaha

  1. Juliana

    Assalamualaikum.
    Terima kasih atas perkongsian ini.

  1. Anonymous

    salam Tukya,
    Saya meminati tulisan2 anda terutamanya dlm Harakah,insyallah Pejuang Islam akan tetap unggul hingga hari kiamat,yang masalahnya org bergelar Islam tu sendiri,yang ada kesombongan dlm diri.......

  1. Unknown

    http://blogs.bigadda.com/bag5064319/
    http://blogs.bigadda.com/her5071781/
    http://blogleaf.com/hermesbags123/
    http://blogleaf.com/hermesbags478/
    http://blogleaf.com/hermesbags852/
    http://blogleaf.com/hermesbags589/
    http://hermesbags333.bravejournal.com/
    http://hermesbags444.bravejournal.com/
    http://hermesbags487.bravejournal.com/
    http://hermesbags553.bravejournal.com/