Lambang Yahudi seperti ini ada di mana-mana.
Sahabat saya, Dinsman menulis dalam ruangan ‘Wacana Budaya’nya keluaran 16-18 April 2010 bilangan 1531 mengatakan bagaimana Yahudi Israel sudah masuk ke rumah kita.
‘Masuk buat apa?’ Tanya Makngah Piah dari Felda Gedangsa yang baru habis letih mengurus makan minum Wanita Umno di pilihanraya kecil Ulu Selangor. ‘Masakan jantan Israel ada selesa nak rogol perempuan Melayu?’ Tanya pula Siti Som, jiran tetangganya.
Memang pun Yahudi Israel sudah masuk ke dalam rumah, setiap rumah kita. Kalau ada yang rajin nak buat kira banci, rumah orang besar-besar, pemimpin-pemimpin lagi banyak yahudi Israel masuk. Dari perabotnya sehinggalah seluar dalam. Sudah lama mereka rogol budaya dan maruah negara. Sudah lama ‘Millah’ mereka bermaharajalela.
Kalau rajin teliti, di Palestin dan di Gaza sendiri belambak-lambak Yahudi Israel masuk dan diguna pakai pula oleh ramai rakyat Palestin mahupun di Gaza.
Tenguklah pakaian anak-anak muda Palestin ketika membaling batu ke arah kereta kebal Israel. Seluar jenama apa yang mereka pakai? T-shirt jenis apa yang mereka pakai? Tali pinggang apa yang membelit mereka? Itu tak periksa beg kulit, dompet duit lagi. Itu tak tenguk Coca-Cola yang mereka minum. Multimedia dan telekomunikasi siapa punya agaknya.
Jadi tak hairanlah kalau di rumah kita di Malaysia berlambak-lambak Yahudi Israel dah masuk, malah ‘mencabul’ pun sudah.
Perihal masuknya sesuatu ke dalam rumah kita sama ada sedar atau tidak, baik yang halal atau yang haram sudah tidak terkata lagi. Saya juga seperti yang lain, termasuk rumah-rumah ulama, banglo atau rumah mewah korporat, rumah menteri, rumah mufti, rumah lebai, rumah haji, rumah tuan guru dan rumah-pondok pondok sudah dimasuki tanpa sedar hal-hal kemaksiatan, kesyirikan, kebejatan.
Jangan tak sedar, rumah tuan guru yang kedepang-kedepong bersyarah dengan aqidah setiap minggu di masjid, sudah masuk gambar berhala melalui program tertentu. Jika tuan guru tak izin, anak atau isteri pula yang tekan punat TV. Jangan hairan pendakwah yang berleter tentang aurat muda mudi, seluar ketat atau sekarang nampak lurah punggung, sekarang bukan rumah pendakwah saja, malah rumah menteri yang menjaga hal ehwal wanita juga sudah ada hal-hal tersebut.
Ada ulama yang bercakap tentang syubhah, bagaimana arak jika tidak minum pun, kalau simpan atau beli barang dalam peti ais yang ada botol arak, sudah dikira syubhah. Kita marah-marah kepada anak gadis yang bekerja di bar atau coffe house yang hanya tukang angkat gelas dan botol Ancor atau Wain kononnya itu kerja syubhah. Tapi bagaimana yang meniarab tiap-tiap malam waktu musim piala dunia bola sepak? Pada satu musim yang lalu kira-kira RM7 juta tajaan dari syarikat arak? Bagaimana Babuji atau Murjit Sing minum todi dalam babak melarikan kekasih Sunil? Bagaimana persembahan Bollywood yang masyhur dengan tarian gedik? Nampak pusat dan perut? Bagaimana kita sendiri dalam rancangan Astro Ria dan lain-lain program, sang pondan menjadi penari latar atau suami isteri sedang tidur atas katil sedangkan mereka hanya pelakon?
Hahhh, macam-macam lagi boleh kita sebutkan apabila memperkata sesuatu yang lebih dari Yahudi masuk ke dalam rumah. Jadi, jikalah hal-hal yang disebutkan tadi begitu senang masuk ke dalam rumah, sama ada sedar atau tidak dan Yahudi Israel pun turut masuk seperti yang ditulis oleh Dinsman, maka apakah kita hairan jika Yahudi Israel sudah lama masuk ke dalam mehrab masjid nak jadi tukang azan??
Persoalan kita sekarang, berapa peratus agaknya kemasukan Yasudi Israel ke dalam rumah kita dan berapa peratus pula unsur lucah, khurafat, maksiat, berhala, arak, bogel, telanjang, judi, tipu, rasuah yang sudah lama masuk hingga ke bilik tidur kita?
Huhhh, sungguh kacau. Ke manakah tempat yang selamat untuk kita berhadapan dengan perkara ini? Apakah perlu umat Islam kini hidup dan berumah tangga tanpa TV? Bolehkah hidup sekarang tanpa TV?
Saya amat tidak yakin, dengan adanya TV lalu ditempahnya pula Astro dan yang lebih berada diletak pula Parabola dan lain-lain alat komunikasi, maka apakah semua itu boleh ditapis? Katakan seorang mufti mengelak dari rancangan maksiat itu, apakah ia terjamin tidak dibuka oleh anaknya apabila beliau tidak ada di rumah?
Sebelum saya menulis artikel ini, saya sudah berhadapan dengan S.M. Mohamed Idris, Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang. Beliau menghentak beberapa persoalan kenapa, mengapa masyarakat kita terjadi begini sekarang, rogol, sosial, tipu, rasuah dan anak-anak bertindak liar. Dia memberi kesimpulan, ‘Amal makruf nahi mungkar’ sebenarnya bukan kenyataan Tuhan sahaja tetapi suruhan Tuhan di mana semua manusia mesti lakukan, mesti bertindak.
Salah satu kesimpulan yang diberi ialah pengaruh TV. Bukan TV yang salah tetapi rancangan dan pihak yang membenarkan itulah yang sedikit sebanyak memberi pengaruh kepada masyarakat, khasnya golongan remaja. Manakala penonton sebagai pengguna juga mesti bijak berindak.
Saya pun terfikir begitu juga. Kenapa kita tidak pernah berbahas mengcari jalan mengelak gejala sosial ini? Apakah rancangan-rancangan TV yang membolehkan serba ada di dalamnya hanya memberi kesan buruk kepada sosial bangsa Melayu, maka demi untuk kepentingan bangsa lain, maka ia mesti dibiarkan?
Ada banyak persoalan sebenarnya. Kita rasa kalau pun kita mendapat punca dan sebab, pihak berkenaan akan merasa satu tekanan lain yang tidak upaya dibuat keputusan. Kementerian yang berkaitan dengan multimedia dan telekomunikasi misalnya, apakah berupaya menahan gelombang globalisasi dari mereka yang menguasai tampuk ini?
-Saya teringat kitab Ehya...rupa-rupanya pemikiran Al-Ghazali sudah tak relevan
(Tersiar dalam Kolum Tepi Harakah 30 April dan 1,2, May 2010)
25 comments:
Ass. Yang lain semua ok, tapi tang bawah tu tak patut sangatlah. Taik kuku Imam Al-Ghazali pun kita tak dak dari semua segi macam mana boleh kata tak relevan. Kena lalu dulu macam Imam al-Ghazali lalu baru boleh komen, tu pun tak tentu, berhati-hatilah dengan Ulama....
Chegu membawa satu persoalan yang telah ada jawapan tetapi jawapan jawapan ini menyebabkan kita semua pening kepala.Apa tidaknya,lagi dirungkai lagi berserabut jadinya.
Lihat juga bagaimana seorang ustaz samada muda atau tua dengan fasih tanpa sikit terganggu menceritakan bagaimana kelakuan anak muda dikatakan kurang bermoral,lengkap dengan contoh dan petunjuknya.Jika ditanya(tak akan ada yang sanggup bertanya)pasti ustaz ini akan katakan semua dilihat melalui tv tau himpunan ramai.Inilah masaalah nya,benda yang haram dihalalkan dengan alasan hendak dijadikan modal kuliah dan tazkirah.
Apa juga nukilan,chegu dan Dinsman membawa apa yang dilihat.Namun saya ingin membawa apa yang dicakap dan apa yang diluahkan.
Dalam satu penerbangan daripada Bangkok ke Amman saya duduk seat bersebelahan satu manusia yang memegang pasport Israel.11 jam bersama dengan perbualan sebelum mata mengantuk mendedahkan manusia Israel juga manusia biasa.Sama seperti kita.Ada yang macam Perkasa,ada yang macam Ikatan Pakatan.Taksub pada bangsa ada dimana mana,baik Israel,baik Melayu,baik Cina,baik India.Yang membezakan adalah pelaksana yang memimpin bangsa.Jika gelong maka akan gelonglah semua.Manusia Israel disamping saya adalah manusia yang KATANYA,hidup bersama adalah impiannya dan sebahagian rakan rakannya.Namun persepsi dunia menjadikan ia sebagai musuh untuk selama lamanya.
Manusia yang berjaya adalah insan yang selalu berfikir tentang apakah yang dia boleh lakukan dan seterusnya buat perubahan.
Manusia yang gagal dan suka berangan-angan ialah manusia yang memikirkan perkara-perkara yang dia tiada kuasa mengubahnya. Maka beretoriklah dia sepanjang hidupnya dan mendapat rezeki dengan retoriknya itu.
Kejayaan rasulullah adalah memikir dan melakukan apa yang baginda boleh buat dan terbukti berjaya. Jika Baginda hanya beretorik tentang keburukan jahiliah dan yahudi sahaja, sampai bilapun syiar Islam tak akan kemana-mana.
Marilah kita memikirkan apa yang kita boleh ubah tentang diri kita, anak-anak kita yang mana kita berkuasa mengubahnya. Daripada kita hanya beretorik tentang kejahatan Yahudi yang mana kita tidak ada kuasa untuk mengubahnya.
Kemungkinan kita boleh dapat duit menulis keburukan dan kelemahan orang lain, tetapi sebenarnya kita hanya melayani nafsu amarah yang tak bertepi dan tak berpijak pada realiti.
Salam Ustaz
Bila Melayu terdengar perkataan Yahudi,seperti Melayu melihat anjing masuk kat Kampung,depa mesti ligan sampai dapat,depa lupa yang anjing tu juga makluk Allah.Pernah diriwayatkan,seorang pelacur masuk syurga kerana membantu anjing.Solehan yang masuk neraka kerana menzalimi kucing.
Sebenarnya dalam seluar Pak aji pun ada Yahudi,diusungnya kehulu ke hilir.Kekadang berdering dari dalam poket ketika solat,katanya tidak apa kerana nada deringnya suara Al Quran.
Pak Aji membaca khubah dengan mulut Yahudi,ceramah agama tok guru dari mulut Yahudi...tetapi dalam masa yang sama menghina yahudi....
Bukan semua yang dibawa oleh yahudi itu tidak baik.Dalam yahudi ada Islam.
PERSOALANNYA : MELAYU takut dengan YAHUDI tapi bergantung hidup dengan YAHUDI.tanpa sedari menjilat ludah sendiri.....
Abanghalim,
Soalnya skap. Sikap kita. Kekuatan manusia pada sikap, kelemahan kita pada sikap.
Betul saranan halim tu.
azizi abdullah
Salam tuan,
setahu saya bintang yahudi berbucu enam tapi yang ini berbucu lima. confuse saya tuan.. mana yang betul bintangnya milik yahudi..
dan untuk pengetahuan tuan, yahudi merupakan satu bangsa dan penciptaannya bukan satu ancaman (siapa yang nak dilahirkan sebagai yahudi) tetapi yang mengancam adalah fahaman zionis.. adakah betul tuan?
anuar,
betullah tu.
ambilan yahudi berdasrkan gambaran qur`an. zionis hanya muncul ketika palestin dirampas atau sebelumnya.
kalau tak betul, terima kasih di atas pembetulan.
azizi
Cikgu Azizi.
Saya hanya mahu bertanya, jika pemikiran Al-Ghazzali tidak lagi relevan, adakah pemikiran Cikgu Azizi relevan - Maksud saya, Orang Tua di Kaki Gunung, Ayahanda, Memoir Seorang Guru, dan puluhan novel lain, termasuk Sami Mekong boleh menyelesaikan masalah umat.
Saya tidak ada masalah apabila Cikgu mengkritik UMNO dan juak-juaknya, tetapi apabila cikgu kata pemikiran Al-Ghazzali tidak lagi relevan, saya cuba mencari signifikannya di mana.
Adillah ketika bercakap tentang ulama. Jangan jadi macam wahhabi sudah.
Tetapi, kalau Cikgu rasa pemikiran Azizi dan novel-novelnya lebih relevan, semacam Sami Mekong boleh menyelesaikan masalah umat, jika begitu, betullah pemikiran al-Ghazzali tidak relevan lagi, sekurang-kurangnya ke atas seorang Azizi Abdullah.
Semoga kita diberikan hidayah
Salam Tukya,
Saya berbangga sungguh dengan blog Tukya ni dalam melahirkan insan-insan yang boleh berfikir. Terima kasih Tukya.
Cuma hebatnya kerja Allah, pemikiran-pemikiran yang timbul tak semestinya seperti pemikiran kita. Contohnya, sungguh pun blog ini anti pada Umno, tetapi ianya tidak menyekat mereka yang Pro Umno mengambil manfaat. Betapa Maha Suci dan Maha Hebatnya Allah dalam mengekalkan keseimbangan.
Berkenaan keyahudian, untuk memanjangkan lagi topik Tukya, saya menggesa supaya kita mengikis cara pemikiran Yahudi dalam diri kita sendiri. Perasan diri kita terlebih baik dari orang lain dan insan yang dikasih Tuhan, contohnya.
Berkenaan dengan pemikiran Imam Al Ghazali rahimahuLlah pula, saya kira pemikiran beliau bagai laut yang amatlah dalam, sehinggakan kita yang baru belajar berenang ini takut untuk menyelaminya dek kerana takut lemas dan tenggelam. Tetapi tak guna pula kita melekeh dan membenci lautan dalam itu kerana kebolehan kita sendiri tidak berupaya mengharunginya.
Malangnya bertambah pula, apabila kita mengambil kaedah pemikirannya secara bersuku dan tidak menyeluruh. Contoh, didalam pendapat beliau berkenaan tertutupnya pintu ijtihad, darjat kedudukan antara intelek dan nas serta beberapa perkara fundamental yang lain. Ini yang menimbulkan kesuraman dan kedangkalan intelektual pada perspektif kita, bukan pada pemikiran beliau sendiri.
Askm.Awg bukan tak gemor dgn isu macam ni.Era sekarang sukar untuk kita menghakis pengaruh liar yg sudah bernanah daging.Yg mustahaknya bagaimana kita mengawal diri.Lebih utama peranan ibu bapa dan sistem kekeluargaan perlu dimantapkan dgn ilmu agama yang lebih mantap dan bervisi.Moga sumbangan Tukya terus diberi dukungan yg padu.
Sekadar pembetulan:
Kepada Annonymous 9.12 am dan Abi Qalam.
Kelemahan penulis, kadang-kadang yang kita sampaikan tidak sampai kepada pembaca. Kitab-kitab agama juga, kadang-kadang yang dikata mengelirukan, kadang-kadang kita tak sampai menyirat maksudnya.
Ketika mengaji dulu, saya pernah membantah supaya pemikiran Ghazali ini dalam Ehya tidak patut dipakai. Itu tak betul, ini berdosa.
Tapi saya memang bodoh. Tak sampai menyelam ilmu Ghazali. Selepas itu baru saya sedar.
Sdra anonymous 9.12 am dan Abi Qalam,saya tidak bermaksud itu tapi mungkin kawan-kawan menganggap saya menghina dan anggap tak relevannya Ghazali.
Begini misalnya: Seorang bapa yang sudah puas menegah anaknya memanjat pokok, lalu dilihatnya anak memanjat juga, maka di tempiknya dengan kata; Naik! Naiklah! Naik lagi tinggi lagi bagus!
Adakah bapa itu suka anaknya jatuh atau naik pokok?
Saya cuma tidak menggunakan tanda (?)apabila mengatakan ajaran Ghazali tak relevan.Saya cuma meminta sejauh mana kita peka. Saya mahu tengok respon. Itu saja.
Maaf dan harap maklumlah kerana saya masih lemah lagi dalam memperkata pemahaman gaya bahasa ini.Ilmu agama kadang-kadang kesan yang baik saya dapati dari pantulan kawan-kawan, seperti Abi Qalam.
-azizi hj abdullah
Sekadar pembetulan:
Kepada Annonymous 9.12 am dan Abi Qalam.
Kelemahan penulis, kadang-kadang yang kita sampaikan tidak sampai kepada pembaca. Kitab-kitab agama juga, kadang-kadang yang dikata mengelirukan, kadang-kadang kita tak sampai menyirat maksudnya.
Ketika mengaji dulu, saya pernah membantah supaya pemikiran Ghazali ini dalam Ehya tidak patut dipakai. Itu tak betul, ini berdosa.
Tapi saya memang bodoh. Tak sampai menyelam ilmu Ghazali. Selepas itu baru saya sedar.
Sdra anonymous 9.12 am dan Abi Qalam,saya tidak bermaksud itu tapi mungkin kawan-kawan menganggap saya menghina dan anggap tak relevannya Ghazali.
Begini misalnya: Seorang bapa yang sudah puas menegah anaknya memanjat pokok, lalu dilihatnya anak memanjat juga, maka di tempiknya dengan kata; Naik! Naiklah! Naik lagi tinggi lagi bagus!
Adakah bapa itu suka anaknya jatuh atau naik pokok?
Saya cuma tidak menggunakan tanda (?)apabila mengatakan ajaran Ghazali tak relevan.Saya cuma meminta sejauh mana kita peka. Saya mahu tengok respon. Itu saja.
Maaf dan harap maklumlah kerana saya masih lemah lagi dalam memperkata pemahaman gaya bahasa ini.Ilmu agama kadang-kadang kesan yang baik saya dapati dari pantulan kawan-kawan, seperti Abi Qalam.
-azizi hj abdullah
Assalaamu 'alaikum Tukya & sdra2 Muslim yg melayari blog ini,
1 Segala bentuk madaniyah hasil ciptan saintek spt seluar dalam, jam tangan, peti tv, handset, perabot, kenderaan, satelit, kapal terbang & kapal perang, kereta tank dsb, TIDAK SALAH & tidak memanggil dosa dimiliki oleh kaum Muslim; tidak kira dari mana atau drp siapa dia membelinya - waima dari lsrael - atau para intelek kaum Muslim sendiri mempelajarinya sehingga terhasil ciptaan2 moden drp penyelidikan mereka.
2 Sejarah mencatakan ramai drp kalangan para Sahabat spt Abdur Rahman al-Auf & para petugas perdagangan Saidina Uthman ra. misalnya, menjadi kaya-raya berdagang & berjual-beli dgn Yahudi kafir & pedagang2 kafir lain dari Parsi, Nasrani Syam dsb. Apakah agaknya tidak pernah ada karpet buatan Parsi Majusi di istana para Khalifah, atau bahkan di dlm masjid Nabi? Atau tidakkah ada kaum Muslimah yag memakai baju sutera buatan China kafir pada zaman Madinah & zaman2 selepasnya?
3 Bahkan, dlm konteks kekuatan & kelengkapan persenjataan, khususnya dlm persaingan antara lslam dgn Kristian-Barat-AS sekarang, roket kawalan komputer & bom nuklear SEWAJIBnya dipunyai oleh kaum Muslim, sesuai dengan perintah Allah untuk megumpulkan segala kekuatan yg dapat menakut & menggerunkan musuh2 Allah, musuh2 lslam & musuh2 kaum Muslim.
4 Nabi SAW sendiri pernah menghantar beberapa orang sahabat ke negeri kafir, Syam (Parsi), utk belajar membuat senjata berat (manjanik) yg akhirnya dapat menggempur-hancur kota2 Yahudi di sekitar luar Madinah & Nasrani (Rom) di Syam.
5 Pada zman sekarang, jika kaum Muslim mampu dari segi kewangan tapi tidak ada kepakaran membuat bom & senjata nuklear, misalnya, dibolehkan mengupah walau Yahudi lsrael sekalipun membuatnya utk kegunaan umat/negara lslam. Tiada masalah dlm hal ini dari segi hukum syara'. Bahkan, demi kita
menyahut seruan (perintah) Allah agar umat Muslim mengumpul kekuatan sehingga digeruni oleh kaum kafir kerana kekuatannya, (baik dari segi kekuatan ukhuwah Muslim global & persenjataan) kita sebvenarnya masih memikul dosa fardhu kifayah itu hingga sekarang.
6 Demikian fahaman di dalam lslam tentang memiliki ciptaan madaniyah (produk saintek) demi memudah & meningkatkan tamadun manusia, termasuk umat Muslim; KECUALI madaniyyah khusus spt salib, patung2 dan ciptaan2 lain yg menjadi simbol2 kekufuran.
Namun, apakah yang sangat PERLU diberi perhatian oleh umat Muslim supaya menjauhi Yahudi yg mereka sangat taboo dengannya? Sila ikuti selanjutnya.
Kusapakau dengan senyuman
Mataku selalu menceritakan perjalanan
Saat kusinggah di taman
Karyamu yang selalu kau perkenalkan
Al_Amien, 2010
Salam,
1 HADHARAH...lnilah yg sungguh2 PERLU diingat2 oleh umat Muslim supaya jelas apakah yg BOLEH & apa pula yang TIDAK BOLEH mereka ambil drp kafir (termasuk Yahudi yg dianggap sangat taboo itu?)
2 HADHARAH...iaitu fahaman2, pemikiran2 dan rumus2 yg menjadi landasan berfikir, yg menjadi ideologi & pandangan hidup bagi pengatur kehidupan & peradaban. Kenapa hadarah kena dipilih2, dan tidak madaniyyah? Kerana; mana ada saintek lslam & saintek kufur. la umum, boleh utk sesiapa sahaja, baik utk umat Muslim, baik utk si kafir. TIDAK ADA madaniyyah lslam atau madinayyah kufur (selain ciptaan2/simbol2 khusus lambang kekururan yg WAJIB ditolak).
3 Tapi hadharah; ada HADHARAH lSLAM dan ada HADHARAH KUFUR..! Cukup dulu kita ambil satu contoh paling rapat dgn kita: Hadharah kufur yg diistilahkan DEMOKRASI. Bukan lagi asing, kerana ramai umat Muslim pun mendukung & memperjuangkannya. Apa dia itu demokrasi? Ia bukan madaniyyah kerana tidak dapat dipegang, tidak dapat dilihat, tidak dapat dihidu, & tidak dapat digunakan secara praktis macam handset. Tapi dia ada. Di mana? Di minda dan jiwa, bukan di dlm poket spt handset.
4 Dan dia ini telah pun menjadi ideologi banyak negara, termasuk negara2 yg pemerintahnya drp umat Muslim di mana demokrasi adalah tuntunan & landasan perfikir & bertindak dlm banyak hal. Apa yg
demokrasi bawa? Banyak; spt:
[i] dlm sistem bernegara & pemerintahan, demokrasi mengangkat manusia - melalui pilihan raya - manjadi pembuat hukum2 di dewan lagislatif [parliman], mengambil- alih tempat as-Syarii' [Allah Yg Maha Pembuat Hukum] yg akibatnya hukum2 buatan mereka, iaitu hukum2 sivil [hukum thaghut] telah mengambil-ganti hukum2 syara' [syariah] sebagai pengatur [undang2] bagi mengurus seluruh urusan kehidupan bernegara. Di negara ini, sumber induknya adalah perlembagaan yg disusun oleh suruhanjaya Lord Reid. Kerananya, hukum2 syara' terlontar jauh2 dan tidak menjadi pillar perundang-undangan, sebaliknya terpencil utk kes2 tertentu di mahkamah syariah, & hanya utk kaum Muslim semata2. [Walhal hukum Allah utk seluruh manusia & jin]
[ii] di bidang ekonomi, berjalanlah politik ekonomi kapitalis dgn sistem ribawi menjadi tunggaknya dgn kadar faedah, base lending rate, penswastaan, liberalisasi ekonomi, pasaran bebas, FTA, dsb. Akibatnya, konsep ekonomi lslam spt pengurusan kepemilikan umum, kepemilikan negara & kepemilikan individu tidak menjadi asas kepada pengagihan kekayaan yg adil dan mensejahterakan. Antara akibatnya, pendidikan yg sejatinya/sewajibnya perkhidmatan oleh kerajan telah diperniagakan, demikian juga perkhidmatan perubatan.
[iii] di dalam bidang sosial & kemasyarakatan, muncullah sosial bebas yg bertunjangkan hedonisme dgn kebebasan berperilaku, kebebasan berpendapat, kebebasan berekspresi, kebebasan kepemilikan dsb. Demikian juga muncul idea hak asasi manusia yg memberi sepenuh2 ruang utk menusia berbuat sesuka hati tanpa menjadikan hukum2 perbuatan dlm lslam [halal, haram, sunat, harus, makruh] sebagai tolok-ukur & standard bagi sesatu perbuatan.
5 ltu antara akibat drp [baru tiga] yg dipekejkan dan yg ditawarkan oleh hadharah bernama Demokrasi ini. Belum lagi anak2nya yg lain, spt: liberalisme, pluralisme, pragmatisme, moderat dll. Woi...ni baru satu hadharan: Demokrasi...Tukya.
6 Buah2 daripada idelogi demokrasi inilah yang masuk dan menyemai benih2 beracun yg membius minda2 umat Muslim di dalam rumah2 ulama', para ustaz, para pemimpin, para pemikir lslam & para intektualnya, dan rakyat awam yg semuanya telah & sedang dibimbing utk beriman dgnnya. lnilah hadharah; sebuah ideologi yg dicipta oleh kufur Barat, yg kita ambil dan dukung, sehingga secara sedar atau tidak kita otomatik menolak tsaqafah [pemikiran2 peradaban] wahyu [lslam/al-Quran] itu sendiri, sekalipun tidak membuang terus lslamnya.
Demikianlah wajah tulen Sekuralisme...
p/s: dankuala.com 1:40 PM, apa langkah kita sekarang? Tentu Anda pernah dengar Daulah Khilafah...
Ada hadis soheh tentangnya.
Ketika saya baca tulisan ustaz bertajuk "Bukan sahaja yahudi,...." lalu terjumpa ayat seakan melekehkan pemikiran Al Ghazali, lalu saya termenung seketika , mencari makna dan helah yang tersirat di sebalik kata-kata tersebut serta tujuan lontaran ustaz . Tak mungkin ustaz memperkecilkan kehebatan Al ghazali. Saya rasa tak mungkin ustaz seperti Aidh Al Qarni dalam buku nya" Pengelaman adalah guru yang terbaik " terdapat beberapa bahagian tulisannya yang perlekehkan Imam Al Ghazali.Sehingga ustaz perjelaskan dalam menjawab komen Abi alam _Hajilah
Salam Tukya,
Saya berterima kasih lagi sekali kepada Tukya kerana penerangan. Maafkan saya, ilmu yang cetek ini menghalang saya dari membaca yang tersirat dari pemikiran/penulisan Tukya. Sekarang baru saya faham betapa Tukya menyintai Ihya, dan betapa masyarakat jauh dari Ihya'!
Salam,
Sikap kita berhati-hati dengan kisah Israiliyyat, tetapi tidak bermakna kita membencinya atau menguburkan semuanya.
Ulama' dah terang-terang cakap, kisah israiliyyat ni ada 3 jenih. Satu Jenih yang sahih dan sejalan dengan kisah dari quran, ini harus diriwayatkan. Jenih kedua adalah jenih bertentang dengan nas dan dalil, yang ni tidak harus diriwayatkan dan jenis yang akhir ialah kisah yang tidak melibatkan jenih pertama dan kedua, tapi kita tak payah la nak pikiaq betui ka dak.. nak cerita sekadar kisah-kisah pun ulama' kata harus saja.
Cumanya, mari kita tenung dan renung.Ramai para Nabi dan Rasul (AS) lahir dikalangan bangsa Yahudi ni, dan apabila Ummul Mukminin Saidatina Safiyyah dihina kerana keyahudian beliau, maka Baginda Al Mustafa mengangkat pula darjat beliau dengan mengatakan " Bapa kamu adalah Harun dan Musa itu adalah bapa saudaramu"..
P/s- jangan salah sangka yang saya pro-Yahudi pula, cuma nak mengetuk akal Yahudi mana yang kita benci..
Salam Semua
Terpanggil untuk membuat ulasan kedua tentang Yahudi.
100% umat Islam benci Yahudi yang JAHAT dan sejahat ISRAEL dan senagkatan dengannya.
Akan tetapi kita tidak terlepas dengan dahyah dan apa saja yang bersangkutan dengan pemikiran dan hasil cipta yahudi.
Berpegang pada AL Quran dan Sunnah kita di kebalkan dari terpengaruh dengan anasir jahat mereka.
Kita ambil yang baik dan kita tolak yang jahat...dan sesungguhnya semuanya datang dari ALLAH swt.Allah menurunkan IKRAQ sebagai ayat pertama kepada Baginda Nabi SAW untuk kita memperkasakan diri dengan ILMU.
SELAMAT HARI GURU,USTAZ
Mendidik adalah nafasmu
Setiap denyutan nadi adalah ilmu
Yang diterjemahkan melalui pena
Yang mengimbangi pemikiran
Muridmu yang dewasa
Yang berlainan ideologi
Ustaz
Penghormatan muridmu berterusan
Ilmumu yang dipinjam Ilahi meresap ke sanubari
Walaupun ada yang terasa
TETAPI.....
Hemah mereka padamu dijunjung tinggi
Ustaz
Berterusan berpena selagi kurdrat ada
Bersaramu kelak hilang punca
Keberkatan ilmumu ternyata
Selagi ada yang membaca
SELAMAT HARI GURU,USTAZ
Semoga dimuliakan
Semoga sihat sejahtera
Semoga kaya
Semoga diberkati
Allah swt.
Abang Halim (Halim)
TERIMA KASIH KERANA INGAT.
HALIM MURID TINGGAL YANG BUAT UCAP CARA DI SINI.
Tadi saya solat zohor di masjid Kulim. pertama kali seorang murid berimamkan saya secara diam-diam. Teringat cerpen/drama tv Mohd. Dhuha.
azizi abdullah
Teman kami Abdul Rahim ada menghuraikan kritikan Ibn Rusyd terhadap pelbagai mazhab kalam, antaranya al-Asya'irah, yang antaranya dibawa al-Ghazali.
Tulisannya di sini: http://malaysiakini.com/columns/124743
Kedua, pada pandangan saya tiada salahnya mengkritik dalam rangka membahaskan pemikiran Al-Ghazani. Kerana pandangannya bukanlah qatie. Buka hukum yang bersifat putus.
Selain empat sumber hukum yang disepakati - al-Quran, Hadis, Ijmak, Qias - yang lainnya sentiasa terbuka kepada perdebatan, kritikan, dan lain-lain.
Wallahu'alam.
Yang bukan Yahudi dalam mesyarakat Melayu? kita ghongkoi maca dibawah:
MAKANAN
Makan suap dengan tangan.
Sambal tempoyak.
Sambal belacan.
Masak asam pedas Kedah.
Laksa buat dengan kebok.
Ayaq telaga dekat Bukit Meghiam.
Ikan bakaq dengan panggang buluh.
Pulut aghon,nyoq kukuq, ikan masin.
Makan dok besila.
Cucoq kodok
Lepat pisang
Ghebuih ubi kayu cicah nyoq kukuq
Pisang goreng
Nasi masak peghiok tanah
Api dapoq kayu
Nasi lemak masak dengan santan
Susu lembu/keghbau peghah sedighi
Buah deghian Singkiaq, Yan.
Buah Petai
Ulam pucuk cemamak, janggoih dan lain pucuk kayu.
Ikan Keli, ghuan, puyu, tengaih dan lain ikan sungai Sedim.
oih... banyaklagi.
Boleh hidup, kan?
PAKAIAN/PEMAKAIAN
Kain baju drp Kulit kayu katok nipih.
Tikaq megkuang
Lantai, tiang, dindin, ghasok, kalangketa buluh dan atap ghembia/nipah buat ghumah.
tangga buluh.
Pelita minyak gaih
Papan batu, tulih disekolah
Tangkap ikan sauk buluh
Ghakit ikat tali seghigang
Pukoi padi? pakai apa?
Banyak lagiiii...
Boleh hidup juga, kan?
PENGANGKUTAN
Tok sah naik baih, kegheta, lori, keghetapi, kapai, kapaiteghbang jet, geghek, mutusikal.
Kerana kesemua ini lumrah alam, barang Yahudi ka, Cina ka , Jepun ka, Prancis ka, German ka, Thailand ka, Australia ka, semua tu tak leh buat apa dah. Kena makan kena pakai.
Cuma, jika halangan pakailah/makan lah barangan MALAYSIA yang ada tanda 3 calit tuuuu... dan jang lupa, jika makanan kena tengok ada tanda HALAL.
FALSAFAHNYA KITA NI JANGAN TAKSUB AKAN FAHAMAN YANG TIDAK RELIVEN DENGAN KEHIDUPAN MANUSIA.
CONTOHNYA, KITA JANGAN INGAT BAHAWA ALYAHUDI NIII.. LAH SAHAJA YANG BIJAKLAKSANA MENGUJUDKAN SEGALA BENTUK BARANGAN YANG DI GUNAKAN MANUSIA DI SELURUH DUNIA INI.
PAKAIAN, MAKANAN DAN BARANGAN KEGUNAAN MANUSIA KA, BINATANG KA ATAU MAKANAN POKOK2 KA BUKAN SEMUANYA BUATAN YAHUDI.
ILMUAN MENYATAKAN DARI ZAMAN BERZAMAN BAHAWA ILMU YANG DITUNTUT AKAN MEMBAWA BAHGIA.
NAH, SEKARANG ILMU, SAMADA DARI NEGERI CINA, JEPUN, INDIA, RUSIA, KOREA DAN BANYAK LAGI BUKAN YAHUDI, BOLEH DITUNTUT DAN BOLEH DI BAWA BALIK KA NEGARA INI, DICANAI, DICIPTA DAN DIAJAR SUPAYA BOLEH MENGUJUDKAN BARANGAN DAN JUGA MAKANAN UNTUK RAKYAT NEGARA KITA.
SEKARANG TERBUKTI, BANYAK ILMUAN DAN DAN RAKYAT YANG BIJAKSANA TELAH MEREALISASIKAN ILMU MEREKA DENGAN MENCIPTA SEGALA MACAM MAKANAN DAN BARANG KEGUNAAN MANUSIA, BINATANG DAN POKOK. NAMPAKNYA BERJAYA DAN DIGUNAPAKAI OLEH RAKYAT MENYELURUH.
YANG USTAZ KATA, BARANGAN YAHUDI SEMUA ADA DALAM RUMAH, SAMPAI KECEROK DAPOR PUN ADA BARANGAN YAHUDI TU TAK BETUL LAH. KITA TAK SETUJU LAH. KALAU PUN TAK ADA LAGI PELITA MINYAK TANAH, LETRIK TU USAHA KITA DAAAHHH.. TEKNOLOJINYA YANG MENGUJUDKAN LETRIK TUUU.. PUN KITA USAHA SENDIRI.
KITA BUKAN MENYANGGAH REALITI BARANGAN DAN MAKANAN BUATAN YAHUDI TAK ADA LANGSUNG DALAM RUMAH KITA. UBAT GIGI COLGET YANG DIBUAT DI KL TUUU.. MEMANG MASIH BARANG YAHUDI LAGI. COCACOLA YANG DIMINUM AKAN MUDA MASIH MAKANAN YANG DIBUAT YAHUDI LAGII...
TAK PAYAH, MULAI SEKARANG, USTAZ YANG DOK BUAT KERJA DEKAT CEP TUUU... KITA SPIN KAN ISU BAHAWA BARANGAN YAHUDI ADALAH HARAM DIGUNANKAN DAN DIMAKAN.
The louis vuitton fashion house is well known for its world class and excellent style. This French fashion designer produces many types of louis vuitton handbags and totes, and also many other kind of items. Though Louis Vuitton 2010 are considered one of the much Collection Beach Caba by replicates, getting the real thing is an awesome experience.
Post a Comment