ZAID, BISU SAJALAH MULUT!

Posted by Tukya Labels:

zaid ibrahim

Secara peribadi saya rasa bukan saya seorang yang meluat dengan perangai Zaid Ibrahim. Zaid sepatutnya tidak jadi Zaid sekarang. Zaid sepatutnya jadi seperti Zaid ketika dia diserang sewaktu menjadi calon PKR di Ulu Selangor dulu, yang penuh sopan, tawaduk, rendah diri sehingga ketika itu nama Zaid melonjak dan dihormati. Dengan ketawadukannya ketika itu Zaid dapat mententeramkan dirinya sendiri dan PKR, penyokong, walaupun isu beliau dengan arak sebelumnya tersangat berat hendak ditangkis.

Sayang Zaid bertukar hanya kerana kononnya ‘prinsip.’

Saya tertanya-tanya perangai yang sebegini datangnya dari mana? Untuk apa seseorang masuk sesuatu parti politik kemudiannya apabila secara prinsip tidak setuju, dijadikan parti politik dan pemimpin sebagai tempat hentam dan perlekeh.

Prinsip bukan tempikan dan bercakap, tapi sikap!

Dalam Malaysia orang politik seperti ini ada dua tapi berlainan cara dan berlainan sebab. Pertama YB Zulkifli Nordin yang terumbang ambing kritikannya seperti mencari tapak baru tapi takut dibayangi ‘ hantu ’ politik itu sendiri. Manakala Zaid menganggap semua hal, semua perkara, semua benda, semua dasar dalam politik yang diceburinya, beliau sahaja yang betul.

Perangai begini sebenarnya budaya dari seorang yang memasuki Umno lebih dahulu dari parti lain. Sebenarnya Umno dan dasarnya tidak mengajar begitu, tetapi budaya ahlinya itulah yang menjadikan seseorang yang lompat keluar dari Umno selalu ada kerak daki keUmnoannya, sedangkan dasar parti Umno tidak menyuruh begitu.

PKR bukanlah parti yang semua betul dan baik. Tapi Zaid menghentam PKR telah membuka ruang orang berfikir siapa Zaid yang sebenarnya dan ruang fikiran itu tidak menyebelahi Zaid.

Bagi Zaid jika semua betul dalam PKR, pada Zaid ada yang tak betul sehinggalah beliau berada di atas untuk memberitahu, inilah yang betul.

Zaid yang belum berhenti menyerang kepimpinan PKR dan orang-orang ‘khusus’ kelihatan seperti orang yang memukul dan mencakar dada kerana marah sedangkan kesan cakar dan tumbukan itu ke dadanya sendiri.
Yang terbaik bagi PKR ialah tidak menyambut tepukan dan cakaran itu. Ketua Umumnya bersikap seperti tidak dengar apa pun. Diharap sehingga Zaid keluar dari PKR nanti seperti yang diakui dalam Malayskini 15 Nov 2010, PKR tidak akan meratap berhiba sebaliknya buatlah kenduri pulut kuning dengan sepanduk ‘Sayonara.’

Mustahil Zaid akan bersama DAP tetapi kemungkinan bersama Pas jika Zaid masih ingin bermain politik berprinsipnya. Bagaimana pun Pas diharap tidaklah seghairah Ketua Umum PKR menyanjung kehebatan Zaid ketika itu kerana Pas melihat yang orang yang bertaqwa sahaja yang patut menyertai, bukan orang yang berprinsip sendiri.

35 comments:

  1. Anonymous

    Biar dia blah la... kalau prinsip yang dia sahaja betul pergi la duduk seorang diri dalam hutan....
    Rasa nya lepas ini dia akan bisu la... tak kan nak jadi Ahli PAS kot!
    DAP pun tak kan nak terima mamat ni.

  1. jab sp

    Perangai begini sebenarnya budaya dari seorang yang memasuki Umno lebih dahulu dari parti lain..bersambung(petikan catatan dalam posting kali ini).

    Chegu tak perlu tunggu lama untuk lihat dan menatap komen komen yang tidak dapat menerima hakikat apa yang Chegu catat itu amat betul.Bagi "setengah" daripada depa menganggap politik depa sesuci kepercayaan agama,menyamakan perlembagaan politik lain dengan politik mereka menjurus kepada amalan sesat yang tersangat besar.
    Depa tidak mahu terima hakikat bahawa pelaku lah yang sebenarnya menjadikan parti itu dipandang sesat atau tidak.
    Zaid ini ibarat penumpang bas pelancong yang menaiki bas ditengah jalan.Distinasi perlancongan telah ditetapkan,aturcara lawatan juga lengkap disusun olih ketua rombongan.Dalam program sebelum ini,semua berjalan lancar ,tapi tup tup,bagi program kali ini dia yang baru naik bas ini,nak buat jadual sendiri.Kemudian bila ditegur,bukan nak diterimanya teguran tu,malah kata pula jadual yang diatur banyak silapnya dan tidak mengikut apa yang dia mahu.
    Paling malang,ada pula penumpang lain yang tak tau apa apa tumpang semangkok mengatakan apa yang dia buat adalah betul.

  1. Lana~Bulu

    Bila hajat tak kesampaian dan mula menyalak kat luar..memberikan laluan pada musuh2 politik mengambil peluang yg dihidangkan...
    masakan seorang berjiwa pemimpin berkelakuan sebegini..???
    sepatutnya PKR kena lebih bijak dalam memilih pemimpin pelapis..jgnkan bila dah ada nama dan keluar bn langsong diterima dan beri laluan yg besar pada mereka ini..sedangkan orang lama yg sudah lama bersama susah senang kurang diperhatikan...

  1. abdullahngah

    Orang bisu saja yang yang tak bercakap.

    Kalau tak bisu sudah pasti siksa kalau tak bercakap.

    Mana ada orang yang tak bisu tak guna mulut miskipun kerana mulut banyak dosa.

    Mustahil Zaid tak akan menggunakan mulut, lebih lebih bagi mereka yang ada agenda untuk menguburkan PKR.

    itulah agenda Zaid. Tapi malangnya orang macam ini telah ditawar masuk PAS.

    Memang orang PAS ni tak kira siapa. Orang jahat dikatakan boleh tolong naikkan PAS.

    Kalau tak mana mungkin Zaid ditawar menyertai PAS.

    Atas sebab itu betapa ramai musuh dalam selimut pas betapa ramai munafik dalam Pas dan betapa ramai api dalam sekam.

  1. Anonymous

    Tuan;

    Kenapa apabila Zaid masuk PKR, dia di puji dan di junjung, di bawa desana sini sebagai "poster boy" tetapi apabila keluar PKR di cerca dan di hentam?

    Tidak kah kelakuan and penilaian seperti ini jua yang menunjukkan sikap diri sendiri yang cendrung pada "double standard"?

    Sendiri juga mau tengok cermin.

    MRSM Kalae Chepo 66/73

  1. Anonymous

    MRSM Kalae Chepo 66/73
    Jaga status MRSM tu.Jangan tunjuk bekas pelajar MRSM terdiri daripada orang yang tak mampu berfikir.
    Zaid keluar bukan cara baik.Dia kata,dialah yang terbaik,dari kalangan terbaik.Hampir semua orang pemimpin yang tidak "seangin" dengan dijadikan musuh.
    Kata muafakat Pakatan diabaikan."Aku buat apa yang aku mahu",bukankah itu gambaran dari cakap cakapnya.
    Majlis Pakatan menggesa UM di boikot,tetapi inilah media yang dicarinya.Media ini biasa diherdiknya.Kalau mahu bukti aku masih ada simpan apa yang dia tulis dalam blognya.

  1. Anonymous

    ..sebenarnya..
    zaid dah menyesal keluar Umno, sbb apa yg dikatakan Che Det dan lain2 tentang Anwar dan PKRnya adalah benar.
    ..sebenarnya, hanya PAS dan DAP sahaja yang benar2 parti pembangkang. PKR hanyalah parti untuk menjadikan Anwar Ibrahim PM Malaysia..
    ..my 2cents..

  1. Anonymous

    sdra mrsm kalae chepo 66/73

    zaid dipuji kerana waktu itu dia dilihat sepatutnya dipuji. kini zaid dikritik kerana kini zaid sudah tidsak seperti dulu. jadi kritik sekarang kerana zaid tidak seperti dulu. kalau zaid seperti dulu,kini dan selamanya, pun kita rasa bukan boleh dipuji sangat.
    salam; azizi abdullah

  1. Anonymous

    Anon 1:29
    Rupa selama ini anda memang "ketinggalan kereta api".
    Baru anda sedar PKR diujudkan sebagai landasan untuk Anwar menjadi PM.Dan ia bukan disokong olih anggota PKR saja,tetapi olih semua pemimpin utama Pakatan.
    Kalau UMNO sanggup melakukan apa saja untuk mempertahankan Putra Jaya(refer ucapan Presiden UMNO dalam PAU baru),adakah salah dari segi undang undang jika ada pemimpin parti lain juga mempunyai niat kearah itu.
    Saudara,
    Tun Dr M masih hidup,Tun Abdullah juga belum mati,tetapi kenapa PM Malaysia sekarang adalah Najib.Ini bermakna dalam UMNO sendiri pun tendang menendang berlaku.Jika dalam parti sendiri pun berlaku pertelingkahan ,inikah pula dengan pemimpin parti lain yang memang dianggap musuh.
    Cara komen pro umno-bn ini seolah olah UMNO adalah parti yang tidak pernah bergolak.

  1. Anonymous

    Kih Kih.

    Chegu Azizi, memang eloklah ada oghang macam Zaid. Bos dia pun cakap bukan betui sangat. Dulu janji 16 September PR ambik aleh kerajaan Persekutuan. Habih dia kapuq orang PAS dgn DAP, termasuk Tn Guru Nik Aziz dan Chegu Azizi. Pembohong besaq macam tu apa beza dengan oghang yang chegu kritik ni, Zaid ni?

    Kesian tengok oghang pas. Satu masa nanti, oghang pas plak kena kapuq dengan pembohong besaq tu. Bila waktu tu, nak tengok apa pula Chegu azizi cakap, kih kih

  1. Anonymous

    7:36
    kalau mata hati dah buta inilah akibatnya.apa yang BN buat dulu,sekarang,semuanya betul.
    korup dihadapan mata tak nampak(sebab 7:36 pun mungkin seorang yang korup)penyelewangan dimana mana dibutakan mata untuk melihatnya.

    senang cerita,kalau betul betul BN bukan bapa penyelewangan yang cuba dibenteras olih pembangkang,kenapa TAKUT untuk letakkan SPRM,PDRM,SPR Kehakiman dibawah sistem yang bebas.Apa kejadahnya kuasa pendakwaan terletak dibawah Peguam Negara yang berada di PM.Bodohlah sangat jika ada orang yang sanggup membuat pendakwaan kesalahan yang dilakukan olih sendiri.
    Warga Felda menjadi anak emas,Kaum Cina dan India kini turut diberi perhatian,tol tak naik buat sementara,menteri turun padang,projek segera disogokan,:adakah semua ini akan berlaku kalau pembangkang tak kuat.
    Kalau nak bodoh pun,janganlah diheret orang lain menjadi bodoh.
    Kekalutan dalam UMNO lebih terok.Mengapa Tun Abdullah disingkirkan?.Adakah beliau mahu berhenti dengan sendiri..Podaah kalau dikatakan ya.
    Apa jadi dengan KJ.Melukut ditepi gantang.Apa pasal?.Kuasa pak mertua hilang,kuasa KJ diheret bersama.Inilah UMNO yang 7:36 yang 25 tahun aku bersamanya tetapi terus menjadi pujaan 7:36.

  1. wardah munirah

    "Perangai begini sebenarnya budaya dari seorang yang memasuki Umno lebih dahulu dari parti lain. Sebenarnya Umno dan dasarnya tidak mengajar begitu, tetapi budaya ahlinya itulah yang menjadikan seseorang yang lompat keluar dari Umno selalu ada kerak daki keUmnoannya, sedangkan dasar parti Umno tidak menyuruh begitu.

    PKR bukanlah parti yang semua betul dan baik. Tapi Zaid menghentam PKR telah membuka ruang orang berfikir siapa Zaid yang sebenarnya dan ruang fikiran itu tidak menyebelahi Zaid."

    Jarang saya temui pemikiran begini kerana kebanyakan orang terutama warga tua begitu taksub dengan dunia politik yang mereka ikuti sehingga enggan menerima keburukan dalam parti sendiri walaupun nyata terserlah. Terima kasih atas entri ini, cikgu.

  1. man lipan bara

    Itulah PKR.Kalau yang diatas kencing berdiri.Yang ditengah kencing menarap.Yang dibawah berak dalam seluar.

  1. tebing tinggi

    "PAS hanya melihat orang yang bertakwa harus menyerti"

    Ini yang confuse, kerana ramai perlaku-perlaku dalam PAS hanya nampak takwa pada zahir ,'memakai jubah dan kopiah serta serban'tetapi kalau diamati kelakuan dan kata-kata jauh sekali.

    Melihat dengan pandagan,menilai dengan hati.

  1. man toya

    Ahli UMNO pun sudah.Ahli PKR pun sudah.Eloklah selepas ini ahli PAS pula.Tanding jawatan presiden PAS.

  1. Anonymous

    10:21 AM.

    Terima kasihlah kerana bagi ulasan, panjang pulak tu. Ternyata hang ni banyak masa.

    Apapun, tuduhan hang tentang buta hati, moga Allah menghakiminya.

    Sebelum tu, biaq aku jelaskan, bahawa, aku bukan penyokong AMENO. Dan aku tak pernah jadi penyokong AMENO yang hangpa dok benci sangat.

    Bagi aku, UMNO boleh survival, kerana PR sendiri lemah. Belum memerintah lagi, sudah macam-macam. Yang kedua, dalam PR, aku lihat PAS lah yang paling berjiwa kecil. Tak nampak potensi sendiri. Cara politik masih macam zaman batu, kajian tak dak, berpolitik dengan mata buta sebab tak dak buat penyelidikan. Dalam kes ni, sama saja pas dengan amno yang depa dok benci sangat, tak bermula dengan kajian dengan penyelidikan. Cuba lihat DAP, contohi penyelidikan dan kajian yang depa buat, bukan asyik dok menumpang kajian orang. Hang pa tengok, lepas DAP memerintah la ni, apa depa buat? Antaranya terbitkan majalah PEnang Monthly, hurai segala permsalahan, termasuk ekonomi, sosial, politik, sastera - dari kacamata yang ilmiah, bukan kaca mata politik murahan macam yang pas dok buat. Bila mereka bercakap, mereka bermula dengan fakta. PAS dah pegang kedah, KElantan, dulu terengganu, ada majalah macam PEnang Monthly? Ada? Takdak, habuk belaka. Jadi, selagi dok politik macam tu, politik kampung. Macam mana oghang nak yakin bahawa PAS boleh pegang Malaysia?

    Lepas tu, oghang PAS, la ni, marah sangat dengan Zaid. O.k aku tak kisahpun. Bagi aku, Zaid bukan sahaja ancaman kepada PR, Malah kepada MALAYSIA. Oghang PAs kena banyak menyelidik, banyak membaca, banya buat study- lihat sapa dok di belakang Zaid.

    Lepas tu, aku pun pening jugak, bila Zaid keluaq Keadilan, oghang pas pun mulalah menyeranah. Tapi yang pelik, sebab parti 'Islam' macam PAS langsung tak menyeranah bila ANwar kata agama ni, termasuk Islam, macam cahaya dan lampu. Lampu berbeza2, tapi cahaya sama. Apa tu maknanya? Maknanya dia lihat agama dari kaca mata orang liberal, bahawa, agama tu sama saja. Cuba oghang pas buka sikit buku aliran 'TRANSEDENTAL' search la dlm internet, akan jumpa buku2 berlambak, macam buku2 Shuon, Comaraswamy, Nasr, supaya oghang pas nampak. Tang ni, Chegu Azizi pun senyap sj.

    Aku nak tanya satu soalan la. antara isu ekonomi dengan akidah, hat mana yang lebih penting? Kalau kita nak memilih antara dua keburukan, kalau hangpa nak balik ke fiqh la - yang mana lebih buruk? Dan antara dua keburukan tu, keburukan yang mana kita nak pilih?

    Harap2 10;21 jawab, sebab dia tak buta hati. Chegu Azizi pun kena jawab jugak, sebab dia yang mula benda ni.

    Bagi aku, UMNO boleh survival, kerana PR sendiri lemah. Yang kedua, dalam PR, aku lihat PAS lah yang paling berjiwa kecil. Tak nampak potensi sendiri. Cara politik masih macam zaman batu, kajian tak dak, berpolitik dengan mata buta sebab tak dak buat penyelidikan. Dalam kes ni, sama saja pas dengan amno yang depa dok benci sangat, tak bermula dengan kajian dengan penyelidikan. Cuba lihat DAP, contohi penyelidikan dan kajian yang depa buat, bukan asyik dok menumpang kajian orang. Hang pa tengok, lepas DAP memerintah la ni, apa depa buat? Antaranya terbitkan majalah PEnang Monthly, hurai segala permsalahan, termasuk ekonomi, sosial, politik, sastera - dari kacamata yang ilmiah, bukan kaca mata politik murahan macam yang pas dok buat. Bila mereka bercakap, mereka bermula dengan fakta. PAS dah pegang kedah, KElantan, dulu terengganu, ada majalah macam PEnang Monthly? Ada? Takdak, habuk belaka. Jadi, selagi dok politik macam tu, politik kampung. Macam mana oghang nak yakin bahawa PAS boleh pegang Malaysia?

    Lepas tu, oghang PAS, la ni, marah sangat dengan Zaid. O.k aku tak kisahpun. Bagi aku, Zaid bukan sahaja ancaman kepada PR, Malah kepada MALAYSIA. Oghang PAs kena banyak menyelidik, banyak membaca, banya buat study- lihat sapa dok di belakang Zaid.

    Lepas tu, aku pun pening jugak, bila Zaid keluaq Keadilan, oghang pas pun mulalah menyeranah. Tapi yang pelik, sebab parti 'Islam' macam PAS langsung tak menyeranah bila ANwar kata agama ni, termasuk Islam, macam cahaya dan lampu. Lampu berbeza2, tapi cahaya sama. Apa tu maknanya? Maknanya dia lihat agama dari kaca mata orang liberal, bahawa, agama tu sama saja. Cuba oghang pas buka sikit buku aliran 'TRANSEDENTAL' search la dlm internet, akan jumpa buku2 berlambak, macam buku2 Shuon, Comaraswamy, Nasr, supaya oghang pas nampak. Tang ni, Chegu Azizi pun senyap sj.

    Aku nak tanya satu soalan la. antara isu ekonomi dengan akidah, hat mana yang lebih penting? Kalau kita nak memilih antara dua keburukan, kalau hangpa nak balik ke fiqh la - yang mana lebih buruk? Dan antara dua keburukan tu, keburukan yang mana kita nak pilih?

    Harap2 10;21 jawab, sebab dia tak buta hati. Chegu Azizi pun kena jawab jugak, sebab dia yang mula benda ni.

  1. Anonymous

    10:23am
    ternyata hang tak layak dilayan.
    buang masa saja.tulis tak ada fakta.kata bukan orang umno,tapi cara tulis memang orang umno(maksud aku pemimpin umno dan bukan ahli biasa umno).
    orang yang tak ada pendirian.dok cari salah orang duduk atas pagar,bolih mampus kalau jatuh.tak ada orang nak tolong.
    3 posting benda yang sama menandakan gila yang tak bolih dilayan.

  1. Anonymous

    sebenarnya aku tak mau campuk pertelingkahan anatar 10:21 dengan 10:23 ni,tapi bila tengok depa makin merapu,aku pun nak campuk sama.
    kata aku:hampa dua ni dua dua ekoq sama saja.
    10:23 dengan ulasan mula mula kutuk orang,tapi bila ada orang balas balik dia dah jadi sasau.
    10:21 pula,aku agak bila hang jolok orang sasau ni,hang tak tau dia tu sasau/bengong.jadi hang terima balasannya.
    jalan terbaik,elok hampa dua ekoq ni buat blog sendiri,lepas tu tulis apa saja yang hampa nak tulis.

  1. pro demokrasi

    Zaid dah angin.Dia kena sedar PKR tu parti keluarga anak pinak.UMNO pula beradik-beradik pupu poyang anak menantu.DAP pun serupa juga anak pinak.PAS pun ada tempias juga anak menantu.Jadi oleh kerana Zaid cuma ada kuasa wang tapi tak ada kuasa hubungan anak pinak menatu dan sebagainya maka jadilah susah sikit.Bimbang ragu dan prajudis burok terhadapnya amat tinggi.Elok lah parti politik dimalaysia kena ada hubungan ini.Tak salah cuma bila bercakap mereka lupa realiti sebenarnya.Elok lah Zaid tubuh parti baru dan cari ahli baru.Ramai rakyat Malaysia yang tak berparti.Kita memerlukan pembangkang yang kuat dan berkesan.Jangan biar kan parti kerajaan jadi maharaja dalam kerajaan.Kita mahu pembangkang juga main peranan yang baik untok rakyat.Malaysia dalah negera demorasi.

  1. Anonymous

    kawan2 pengkomen

    saya tak boleh jawab dengan waras. nampaknya ada yang naik bedengung sungguh dan yang jawab pun nak bedengung juha.

    haaaa...hhaaa..haaa macam lawak hebear zombi kampung pisang. maaf kerana membakar emosi.
    azizi abdullah

  1. Anonymous

    Assalamualaikum

    Bila ana baca balik posting 10.23, ana akui, bahasanya agak merapu. Tetapi bila 10.21 menuduh tulisan 10.23 itu tidak ada fakta, ana rasa, macam ada sedikit salah faham.

    Baik ana perturunkan kembali beberapa fakta dalam 10.23:

    1. 10.23 memaklumkan bahawa D.S. Anwar Ibrahim telah menyatakan bahawa agama itu seolah-olah lampu dan cahaya. Cahaya itu sama sahaja, tetapi lampu itu yang berbeza. Dalam pengertian yang lain, D.S.A.I telah menyatakan bahawa agama itu sama sahaja. Ucapan tersebut telah dilakukan pada 18 Mac 2010 di London School of Economic. Ana harap, ucapan itu dibaca kerana 'statement' dalam ucapan itu penting apabila diucapkan oleh seorang tokoh PKR, yang menjalinkan hubungan dengan PAS.

    2. 10.23 juga ada menyatakan bahawa PAS tidak banyak melakukan kajian dan penyelidikan. Dalam hal ini, ana rasa, Dr Zulkifli di PAS pusat kekurangan tenaga, dan dari satu sudut, memang ana lihat sendiri, unit kajian dan penyelidikan PAS seperti tidak bermaya. Untuk itu, ana rasa, adalah elok jika PAS mengukuhkan unit penyelidikan mereka dan mencontohi DAP yang memang memberikan tugasan penyelidikan kepada mereka yang terlatih dan pakar dalam bidang ini.

    3. Jika tidak keterlaluan, izinkan ana menambahkan satu lagi fakta. Memang, Keadilan mempunyai projek untuk meliberalkan ideologi rakyat MAlaysia. Hal ini memang tidak boleh dinafikan lagi. Institur Kajian Dasar, yang diketuai oleh Sdr. Khalid Jaafar memang melaksanakan terjemahan buku-buku berfahaman liberal dan buku-buku itu kelihatannya dipasarkan dengan baik. Tulisan2 Locke, Ali Abd. Raziq, Luthfi Assyaukanie, dan lain-lain, telah disebarkan oleh mereka. MAlah mereka mendapat dana daripada Konrad, satu NGO dari German, yang bermisikan mewujudkan masyarakat plural dan liberal. Bagi ana, ini satu bentuk ancaman intelektual, yang harus ditentang dengan jawapan yang liberal, gerak kerja yang tersusun (seperti terjemahan buku-buku Al-Buthi, Al-Attas) dll, dan buku-buku itu dipasarkan dengan baik ke kedai-kedai buku. Kerja ini perlu dilakukan oleh PAS sendiri memandangkan dalam jangka masa panjang, jika tidak diberikan wacana balas, ana rasa, ramai anak muda yang akan terpikat dengan bahasa liberalisme dan pluralisme.

    Apapun, kepada 10.21 dan 10.23, ana rasa, gunakanlah bahasa yang baik. Kita didunia ini sekejap sahaja, dan carilah kebenaran dengan ikhlas dan murni. Fastakim kama umirta, kata al-Quran.

    Wallahua'lam
    Pengkagum Al-Buthi

  1. Anonymous

    Idea Ketua Rombongan yg sedia ada tu tak boleh pakai. Idea yg cantik sekali ialah idea dia saja. Jadi dia kata rombongan itu akan lebih berjaya kalau dia jadi Ketua Rombongan. Prinsip taik kuching.

  1. Anonymous

    Anak gajah bapa pun gajah
    Merajalela di Hutan Belum.
    UMNO sudah PKR pun sudah.
    PAS saja dia yang belum.

  1. Anonymous

    Sdra-sdra pengkomen, terutama
    Pengkagum Al Buti 7.07
    10.23
    10.24
    10.21
    10.23
    Saya menghormati pemikiran anda. Sungguh, membaca pemikiran anda yang ada kematangan, saya mengenepikan siapa PAS dan UMNO atau PKR. Saya melihat kita sudah mampu berfikir, termasuk betapa di dalam PAS masih kekurangan pengkaji dan penyelidik. Saya tabek ini.
    Bacaan anda juga saya kagum, saya sendiri tidak sampai ke situ. Saya lihat anda lebih berfikir dari pemimpin politik itu sendiri.
    Tapi sayang, saya tetap 'ALLERGIC' dengan kehebatan Umno kerana saya tidak dapat memadamkan kekejaman pemimpin terhadap kezaliman, bahasa dan agama.
    Kerana pemimpin Umno, kita boleh buat andaian begini:
    Orang Jepun tidak pernah bangkit tunjuk perasaan meminta pemimpin mereka mertabatkan bahasa Jepun. orang Jerman, Prancis tidak pernah berarak tunjuk perasaan minta pemimpin mereka iktiraf bahasa mereka. Orang China juga tidak pernah berdemo minta kerajaan mereka daulatkan bahsa China.
    Tapi anihnya di Malaysia, orang Melayu sanggup berdemo ratusan ribu semata-mata minta kepada pemimpin/kerajaan bangsanya supaya mendaulatkan bahasa Melayu.
    Tidakkah ini pelik?
    Itulah Umno
    -azizi hj abdullah

  1. jab sp

    9:33
    aku tak kisah dengan perinsip taik kucing sebab dirumah aku sekarang ada 17 ekor kucing.busok taik kucing dah biasa orang macam aku.
    ditengah busok taik kucing yang tak busok bagi aku,rupanya masih ada "kawak" yang masuk rumah orang tapi nak buat macam rumah sendiri.
    adalah tidak menghairan jika ada yang lebih gila dari segala jenis orang gila yang melihat bahawa tindakan penumpang gila untuk mengambil alih tugas driver yang diarahkan olih ketua rombongan sebagai suatu perkara yang bukan taik kucing,malah taik anjing gila.
    sewajarnya orang gila yang menyokong orang gila perlu lari bila menyedari ada orang gila bersamanya,tetapi dia tidak lari kerana dia juga salah seorang yang gila.

  1. udahydra@hotmail.com

    Orang besar memang susah nak jadi ahli biasa. Maklumlah mereka rasa mereka VIP dan perlu jadi ketua. PAS agak lebih baik. Pemimpin yang tak tahan diuji tidak akan bertahan lama. Dengan sendirinya akan tersisih. Itu lah proses yang mantap.

  1. Anonymous

    Salam.Sekiranya sikap sebegini adalah kerana pernah menjadi ahli UMNO maka anwar juga mempunyai sikap sebegini.Kerana anwar dulunya juga adalah ahli UMNO.

  1. Anonymous

    12:10
    tajuk yang Chegu Azizi beri berkaitan Zaid.
    yang hang dok rengkei pasal anwar pernah jadi ahli umno dan lupa zaid juga pernah jadi ahli umno menunjuk hang pengikut haprak "manusia melayu pelupa" di Malaysia ini.
    heloo,lawanlah dengan hujah.bukan lawan dengan akai yang hang dapat dari um atau bh.

  1. guru pencen

    Apa susah sangat.Tubuhlah parti baru.Jadi lah empunya parti sendiri.Angkat diri sendiri jadi Presiden parti sendiri.Kemudian nak selamat kan pengaruh sendiri carilah adik beradik ke ipar ke isteri ke menantu ke sepupu ke dalam barisan parti itu.Carilah ideologi parti yang sesuai dengan kehendak rakyat masa kini.Kemudia lawan lah dengan UMNO PAS PKR DAP PBS SUPP dsbnya.Kalau menang angkatlah diri sendiri jadi PM.Nak elok bagi nama slogan 5 malaysia.Bagi lebih sikit dari UMNO BN.Atau pun super keadilan atau parti Islam alternatif.Semua boleh belaka.Baru hidup demokrasi di Malaysia.

  1. man serdang

    Ust.Teringat pasai parti beradik-beradik ini.Di Kulim/Bandra baru pun macam tu jugalah.Dari abang dihadiah kan pada adik.Yang peliknya orang anak jati Kulim/Bandar Baru mana pergi.Atau pun dah kena beli sekupang dua.Lece ust orang luar tanya awat macam tu.Itu melayu UMNO punya cerita.tapi amat lece lah ust.

  1. Anonymous

    KEPADA SAUDARA TUK YA DAN SEMUA SAUDARA 33 COMMNET DIBAWAH!,

    SAYA MENYOKONG ZAID TAPI SAYA FAHAM PRINSIPNYA. KEBENCIAN ORANG TERHADAPNYA KERANA DIA BERSIKAP TERBUKA! HMM SIKAP TERBUKA MEMANG DIBENCI OLEH BANGSA MELAYU KITA TAPI ITU BUKAN SATU KESALAHAN! KERANA DEMOKRASI MEMBENARKANNYA.. KEBENCIAN ORANG TERHADAPNYA JUGA KERANA DIA BERSIKAP KRITIS TERHADAP KEADILAN DAN ANWAR TAPI ITU BUKAN SATU KESALAHAN PUN SEBAB ANWAR DAN KEADILAN BUKAN MAKSUM!! MANUSIA BOLEH BERUBAH PRINSIPNYA SAMA SEPERTI ANWAR DAN KEADILAN.. UNTUK MAKLUMAN TUK YA DAN 33 SAUDARA YANG MEMBERIKAN KOMEN, BUKAN ZAID AJE TAPI KEBANYAKKAN DALAM KEADILAN TAK SETUJU TAPI DOK DIAM TAK BERTINDAK!! MACAM PERANGAI UMNO DAH JADINYA PADA PEMIMPIN DAN AHLI KEADILAN!! HAIRAN MENGAPA ZAID ADA JADI MANGSA!? (KERANA BERTERUS TERANG), MUSTAPA DAN CHEGU BARD JUGA TAK SETUJU DAN IKTIRAF PEMILIHAN PKR, KENAPA MEREKA TAK DISERANG. KERANA MEREKA BUKAN EX-UMNO KE JADI TIADA SIAPA SERANG MEREKA BERDUA.

    BELAJAR DARI SEJARAH TUKYA DAN 33 SAUDARA SEKALIAN!! SEMASA KHALIFAH UMAR BERJANJI UNTUK MENEGAKKAN KEADILAN MAKA SEORANG HAMBA ALLAH DENGAN BERANI MENHUNUSKAN PEDANG KEPADA UMAR DAN BERKATA DIA AKAN MELURUSKAN UMAR DENGAN PEDANG INI JIKA UMAR TIDAK TEGAK KEADILAN. ADA UMAR MARAH DAN PAKAT TANGKAP LELAKI TU?!! TAK DAK. KERANA KEADILAN BERHAK DIBANGKITKAN OLEH SESIAPA SAHAJA DAN DENGAN BENTUK APA SAHAJA!!

    TAK SETUJU DENGAN PANDANGAN SAYA SILA EMAIL KEPADA SAYA!!

    ACHMAD ABDOLLAH
    notoracist@gmail.com

  1. Anonymous

    anon 12:25 PM dan semua saudara,

    zaid tidak pernah mengatakan dia yang terbaik. cuma mememang prinsip sahaja. Sebenarnya yang menjadi kita membenci seseorang adalah kerana kita tak boleh dikritik. Jika parti dan pemimpin dikritik maka kita akan cepat melenting. pada anda anon 12:25 dan semua saudara.... seorang pemimpin bukan nabi ya.. Dalam kes anwar ni, dia bukan sempurna dan tidak boleh dikritik.. Jika ada kesalahan perlu ditegur. Kepada sesiapa yang keluar parti, biar pilah dia buat apa diserangnya. Dia bukan kutuk ahli keadilan pun cuma mengkritik mana yang tak benar. Mustapa dan chegu bard kritik, hampa semua tak kata apa pun!!

    Hampa semua 2x5 macam perangai pemimpin UMNO, pantang pemimpin kena kritik sanggup pertahankan walaupun tak tahu cerita sebenaqnya!!