NAK JADI APA, HAA?

Posted by Tukya Labels:


Si Mamat baru menikah tiga bulan. Satu malam isteri senak perut. Esok bawa ke klinik. Periksa sana sini, Doktor kata mengandung.


Balik Mamat buat kenduri pulut kuning. Selepas itu berbeka-beka (merancang) jika anak lelaki nak suruh jadi apa,kalau anak perempuan nak jadi apa.


Mamat yakin anak lelaki, maka dia pun merancang masa depan anaknya. Pertama akan dinamakan Ketuanan Melayu. Tapi setiap rancangannya, ada-ada saja timbal balik dan kontra.



  • Mau jadi peguam - sekarang selalu hujah melalut.

  • Nak jadi speaker- tak pandai baca peraturan.

  • Nak jadi orang undang-undang - fasal selalu berubah.

  • Nak jadi ketua hukum, itu undang-undang kanda yang bikin.

  • Nak jadi orang taat setia – kebal dan istimewa sudah dirampas.

  • Nak jadi setiausaha - ramai yang pertikai.

  • Nak jadi ulama, ramai jadi pengampu.

  • Nak suruh jadi peniaga –harga barang selalu naik.

  • Nak suruh jadi ushawan - tak tahan dengan rasuah.

  • Nak suruh jadi orang politik- cakap jadi kupang tembaga.

  • Nak suruh berjuang ketuanan, ramai sangat nak jadi tuan.


Mamat pun tanya isteri, habisnya mau jadi apa? Jawab isterinya:



  • Jadi tukang angguk kan senang.

  • Jadi tukang ampu, kan selamat.



Akhirnya selepas kenduri pulut kuning, mereka pun baca doa selamat. Mamat tidak pasti bila Ketuanan Melayu akan lahir.

13 comments:

  1. kelab afyassin

    Saya cadang anak yang lahir itu dinamakan tukang gosip politik. Dipendekkan nama jadi tugopol. Bila besar Tugopol jual cerita dekat warong kopi. Kalau pandai jual cerita minum kopi mesti free punya. Toke warong kasi free sebab ramai pelanggan datang dengan cerita Tugopol. Bagaimana Sdr Azizi, setuju?

  1. Juliana

    Amboi, tajamnya sindiran. Boleh sambung buat satira ni, Tukya.

  1. mra

    bila besak chek nak jadi ahli umno.
    depa bagi tau chek.jadi umno ni baguih.
    bila jadi ahli umno depa bagi kad ahli pada chek.kad ni jangan bagi hilang,kalau hilang kena angkat sumpah,baru dapat ganti.
    kalau wawan nak tau apa untung dapat kad ni.la ni chek nak habak.
    1.kalau barang naik,chek dapat harga lama.chek tak rugi.
    2,nak masuk U nanti chek tak payah bayak yuran.
    3.bapa chek waktu nak hantar chek pi KL kena masuk tol.kad ni pun bolih dapat diskaun 10% lepas tengah malam.
    ada banyak lagilah istimewa kad ni.
    bila wawan nak joint badan yang chek kata ni.

  1. Panglima Perang Cyber

    kalau boleh disiarkan link ini

    http://www.youtube.com/watch?v=XAS1XffR0Yw


    kalau berani !

  1. Cetusan

    tukang AMPUUU selamtt kenyanggg

  1. jab sp

    PPC,
    biasa dengar lagu:
    Marilah tengok ubat saya.
    Biasa tengok P.Ramlie jual ubat sakit gagal gatal.

  1. Cikli

    salam tukya,

    biar anak jadi kuat. jadi PERKASA

  1. awat

    chegu,
    blog panglima perang cyber dah tak ada orang nak tengok.pasai tu dia melilau dalam semua blog pro pakatan.
    inilah cara macam mana depa nak paksa orang tengok laman depa.
    kalau bolih lah DELETE buang laman ni dari laman Chegu ni.
    kita bukan tak bolih berbeza pendapat,nak kutuk kita pun tak apa,tapi melilau macam ni seolah bawa virus pada kita

  1. Anonymous

    Sdra sekelian,
    Terima kasih banyak. Yang paling nak tergelak ialah entry CIKLI.
    dunia kita sekarang, dihabukan oleh habuk politik kotor. yang lurus dibengkukkan. yang putih dihitamkan. yang e;lok dihuduhkan.
    habis, sampai bila nak jadi ketahuan? sudah ramai melayu murtad dari bangsanya. mujur ada islam.
    salam

  1. merahsilu99@gmail.com

    Tuan Haji,

    Mau jadi peguam, nak jadi ulama, nak jadi ustaz empat ganjil lima genap, nak jadi lebai pisau raut, nak jadi peniaga, nak jadi usahawan - Nak jadi orang politik-
    nak jadi tukang angguk,
    nak jadi tukang ampu, nak jadi pengkritik nak jadi penyamon tarbus - nanti ada orang tanya;
    "Hang mengaji tang manaa"?
    Oleh itu supaya hidop lebih harmonis tenang damai jadilah Pak Pandir yang bendol pak turut segala. Orang putih kata 'sacred cow' kerana mengaji tinggi - tapi watak macam l**** ..

    maafkan saya tuan haji

  1. naimisa

    hmmm... memang sinikal tulisan ini.

    Menarik.

  1. jab sp

    nak jadi orang kampung yang ada pokok kelapa @ pokok nyok.
    santan mahai sekarang ni.nyok rm1.00 sebiji,itu pun belum tentu ada.

  1. Anonymous

    teringat lak kata2 fadilah kamsah ``...klu jdi tukang sapu pon, jadilah tukang sapu sampah yang hebat``

    tp pd aku org yg hebat itu adalah org yg jujur. lbih2 lg kerja sbg penulis ni...tp ramai yg hebat wlupon mksud penulisannya kurang jujur mc buku terbaru... apa nama tu...