Buku: ANAK BELANTARA (Edisi Baru)

Posted by Tukya Labels:


“Kau beli untuk kemusnahan. Kami pertahan untuk hidup!” demikian intikata Uloi Jau dikulit novel edisi terbaru Azizi Hj Abdullah, terbitan Ameen Books, ISBN 978-967-362-072-2.

“Buah ciku minyak kelapa
Semut berkumpul di atas lantai
Kata itu banyak makna
Maksud tersimpul payah dirungkai.” –muka surat 99


Menaiki pesawat dari KL ke Kucing, kemudian ke Marudi, menaiki bot laju merentasi Sungai Baram, panjat tebing sungai dan bermalam di rumah Omang Joi, Penghulu Kaum Kayan di belantara Uma Bawang untuk menemui Penan di tengah belantara. Demkian penulis Azizi Hj Abullah ketika memperoses novel ANAK BELANTARA ini.

Sebuah novel menyintai dan mempertahan alam sekitar. Dapatkan sekarang. RM19, harga pos RM1. Boleh didapati melalui penulis; 012 4396060 atau Ameen Books atau di kedai buku sekarang.

-Pian,Pengelola Blog.

13 comments:

  1. Anonymous

    Ustaz,
    Semakan saya dalam Ameen Books Online,anak Belantara belum ada dalam senarai.
    Bolih minta depa senaraikan.

    jab sp

  1. Anonymous

    Salam Tuan, adakah ini edisi terbaru untuk novel lama, Anak Belantara Tropika. Shah Alam : Marwilis, 1992...?

    -Hakim

  1. Anonymous

    1. Jap sp
    2. -Hakim

    1. Mungkin, tapi sudah terbit. Kat saya dah ada.
    2. Ya tapi ini diolah sedikit.
    Salam

  1. Anonymous

    sangat2 berminat.

  1. Anonymous
    This comment has been removed by the author.
  1. Anonymous

    terima kasih tuan...

  1. AjiLah...hajilah57@yahoo.com...

    Buku Anak Belantara, dulu, saya tak kesempatan beli , Alhamdulillah dalam edisi baru saya ketemui. Terima kasih atas hantaran buku tersebut(dok tengah tunggu posmen) . Saya teruja catatan ustaz tentang banyaknya buku Henry Nurdi. Dah lama beliau tak menulis dalam majalah Sabili. (Ajilah)

  1. Faisal&Wan

    bakal dibeli. berminat untuk dimiliki.

    faisal usm

  1. Anonymous

    Mungkin untuk melihat jelmaan Pak Halim dan Jalaludin di lembah setinggan dan Uloi bersama Imang Jau yang dikelilingi wira wira hutan Uma Awang amat sukar dikala ini.Lebih sukar jika mereka bernama orang politik.
    Berapa kerat mereka mereka yang benar benar bersama menghayati kehidupan rimba hutan lantaran jiwa mereka telah disuapkan dengan kedinginan buatan yang dijelmakan melalui mesin mesin sejak dilahirkan.Realitinya hanya mereka yang susah saja bolih merasai perkara yang payah ,seperti yang dirasai Pak Halim bersama kawan kawannya,dan Uloi bersama kaum rumah panjangnya.
    Sebuah novel yang perlu dimiliki olih mereka yang cintakan keindahan yang hakiki.
    Jab SP-Setoi

  1. Anonymous

    i). Alhamdulillah, dapat khatam ANAK BELANTARA. Penulis telah membawa kenangan nostalgik saya ke tahun tujuh puluhan semasa bertugas di tengah belantara. Mengajar anak-anak di tengan belantara (bukan ANAK BELANTARA). Gambaran dan lukisan alam rimba dan muzik alam rimba amat mengesankan. Mersawa, medang dan tualang adalah antara ingatan indah saya semasa menjadi warga belantara di Pahang. Suatu kepayahan yang ni'mat dan indah.
    ii. Hijrahnya Uloi dapat menimba pengalaman dan dapat dipraktikkan di tempat asalnya. Hijrah yang bermenfaat. (ajilah)

  1. Shah

    Sangat-sangat berminat untuk membacanya.

  1. myslot

    อยู่ที่ไหนก็เล่นสล็อตxo ได้เงินจริง เล่นแล้วยังได้เงินจริงเล่นเลย slotxo เครดิตฟรี

    https://www.slot4u.com/slotxo

  1. Unknown

    เว็บไซด์เกมออนไลน์มหาเทพ เครดิตฟรี pgslot เครดิตฟรี เกมสล็อตอออนไลน์ เล่นง่ายได้จริงไม่มีโกง
    http://kirito11.full-design.com/-Slotv9--35825484