
Sinopsis :
Aku ingi hidup bersendirian. Aku ingin bergerak seperti awan-gemawan - yang biasa menangis - mencurah air mata sehingga dunia tahu bahawa aku hanya pernah bersamamu, tapi tidak mungkin bertemu lagi...
Demi cinta murni, dia sanggup membelah laut berdepan badai. Kini perlukah cinta yang diikat dengan ijab kabul dirungkai untuk jiwa kembali tenang?
Badai Cinta
Penulis: Azizi Abdullah
ISBN : 978-967-362-100-2
Harga: RM19.00
Hubungi Pn Anita bt Azizi untuk mendapatkan Edisi Khas novel ini.
Tel : 012-4396060
18 comments:
terkejut bila tiba2 blog Allahyarham di kemaskini...tahniah. saya berharap blog ini terus hidup/
Wah siapa tolong perkemas...boleh kenal siapa dia?
sama. saya pun terbeliak mata tengok blog ni update. harapkan blog arwah masih hidup, mewakili karyanya yang juga hidup
mungkin ramai lagi yang terkejut dengan entri dan layout terbaru ni. terima kasih kepada yang mengemaskinikan blog ni. harap terus hidup lagi.
As salam,terkejut bila blog di kemas kini.. teruskan usaha ayah kamu..
Seperti yang saya harapkan blog ini akan terus hidup dan itulah antara sebab kenapa saya tidak delete dari blog list saya. Terima kasih atas usaha terus menghidupkan blog ini.
Apa selepas ini? Apakah strategi untuk terus memalarhijaukan karya Azizi Abdullah...?
Alhamdulillah ada waris cikgu azizi yang mahu terus meladeni blog ini...
Pn Anita, tahniah-jaga elok2 harta intelek Pak Azizi.Tengok klau masih ada royalti dari penerbit2 dahulu.Kalau perlu ambil balik novel2 bapa anda dan cari penerbit yg aktif.Contohnya PTS Publication (pn Ainon) atau Karangkraf.
Jangan sia-siakan khazanah Azizi Hj Abdullah-sangat bernilai kpd ketamadunan bangsa.
Zain A. Ghani -Sg Penchala, KL
salam anaknda,
teruskan usaha ayah anaknda........saya salah seorang sahabatnya.
alfatihah kpdnya.
UDAH UDAHLA TU
TUTUP JA LA BLOG NI, NAK TUMPANG KUAH KE
Salam, saya pun mengharapkan blog ini terus hidup walaupun arwah sudah tiada. Saya juga ingin mencadangkan agar karya-karya terbitan lama dapat diterbitkan semula.
alhamdulillah masih ada lagi yg mengemaskini.
blog ini adalah dalam tangga teratas bookmark saya...tapi sejak Allahyarham tiada saya tidak lagi membuka blog ini....saya sungguh terkejut apabila hari ini melihat blog ini di kemaskini....teruskan perjuangan malar hijau ini...semoga ALLAH memudahkan urusan anda...
Alhamdulillah,walaupun Tokya sudah meninggalkan kita,Insyaallah segala karyanya akan jadi nasihat berguna untuk kita,Terimakasih pada warisnya yang meneruskan blog ini.Semoga pahalanya berterusan.Amin..
Selalu2 saya mengintai blog arwah tukya, sayangnya sepi selalu. Terdetik dihati, sampainya hati!!
blog ditinggalkan tanpa noktah.
Alhamdulillah di pagi Jumaat mulia ini terasa nak jenguk blog ni lagi. Ternyata masih ada penyammbung warisan.
Teruskan bakti demi warisan anak2 bangsa.
Alhamdullah....saya berharap karya2 yang sudah tiada di pasaran dapat diterbitkan kembali.....
hai..rasa macam hidup tanpa roh melihat blog ini sekarang...
apa2 pun alhamdullah.
salam ,
ucap tahniah atas penghargaan diterima atas karya aruah..Buat pertama kali melihat isteri, anak dan cucu aruah di dada akhbar ..semuga ada kesinambungan seni dari family aruah ,
al fatihah
Post a Comment